H ampir tiga bulan saya memandu tanpa lesen rupanya.Saya tidak menyedari pun bahawa lesen memandu saya telah tamat tempohnya awal Ogos lalu. Cuai atau terlepas pandang atau mungkin juga mengingati tarikh tamat sah lesen tidaklah sangat penting berbanding mengingati perkara lain. Saya mungkin akan terus memandu di jalan raya berbekalkan lesen tamat tempoh sebebasnya kalaulah tidak diminta untuk menyerahkannya bersekali dengan kad pengenalan untuk difotokopi dalam satu permohonan baru-baru ini. Memandu tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan. Nasib menyebelahi saya, sepanjang tempoh itu sejauh Johor Bahru dan Kuala Lumpur saya tidak terserempak dengan sebarang sekatan jalanraya pun pihak berkuasa.Sesuatu yang lazim saya lihat sejak memandu, tidak pernah pun saya diminta menunjukkan lesen memandu. Bukan sekali malah berkali-kali. Adakalanya terfikir juga, kalau begini memandu tanpa lesen tidaklah merisaukan pun kerana kebarangkalian untuk diperiksa lesen sangat-sangat rendah! M