Skip to main content

Tatap

Saya diberi kesempatan mengikuti sebuah ceramah  yang berkisar tentang tuntutan untuk taat dan hormat pada ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Sungguh menarik dan jarang saya dengar sebelum ini. Sarat dengan maklumat berguna untuk dijadikan pedoman dan panduan.

Kata Ustaz, lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita sebenarnya adalah di bawah seksa Allah kalau kita ada masa untuk buat benda tidak baik namun tidak pula punya masa untuk buat yang baik. Dan, jika kita tidak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.

Kalaulah kita berpeluang,tengok dan tataplah muka ibu ketika tidur, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. Jangan sekali-kali kita lukakan hati ibu. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Buatlah ibu menangis kerana kebaikan kita dan bukan kerana kebiadapan kita padanya.

Tambah Ustaz lagi, mereka yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya. Kalau pun mahu menangis, mungkin dalam hati sahaja..Bagi kita yang masih ada ibu, marilah kita ambil peluang untuk selalu memandang wajah ibu.

Ustaz juga bercakap tentang mereka yang suka dan selalu bergaduh dengan ibu. Katanya, ada kemungkinan mereka diganggu saka sebab itu mereka suka bergaduh dengan ibu. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak,dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi. Juga selalu sakit tulang belakang dan tulang belakang bengkok. Seperkara lagi, rasa mengantuk selepas Asar. Antara tanda-tanda kena saka ialah tidak boleh tidur lena tetapi bila menghampiri azan Subuh, senang pula untuk lena.Bila sudah sampai ke peringkat teruk, di usia tua sering pula rasa lapar waktu tengah malam. Dan, ada rasa kelibat orang lalu juga.

Kata Ustaz lagi cara untuk hilangkan saka ialah dengan baca Zikir "Laillahaillalah" sebanyak 700,000 kali sampai habis, Insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Bagaimana pula berdepan dengan anak yang degil dan keras kepala. Ustaz menyarankan dilakukan begini. Ketika anak sedang tidur, duduk di hujung kepala panggil roh anak kita."Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia."

Tidak rugi mendengar bicara Ustaz, banyak ilmu yang diperolehi.

Pena Tumpul - Tatap wajah emak sahaja pun dapat pahala

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...