Skip to main content

Campur

Seorang kawan memberitahu saya bahawa walaupun dia mendekati Allah, namun tetap tidak bahagia juga.Hidup juga tetap sukar. Malah, masih terasa sempit dan selalu tidak tenang. Di mana silapnya dia. Tidak cukupkah lagi nilai kehambaannya kepada Penciptanya. Adakah ini bermakna, mendekati Allah tidak memberikan apa-apa kesan? Dia mahukan jawapan dari saya.

Saya hanya tersenyum. Allah menyatakan bahawa segala keburukan adalah daripada diri manusia sendiri. Adalah lebih elok untuk kita lihat dan kaji semula. Mengapa kita tidak rasa tenang dan mengapa juga kita tidak bahagia? Mengapa kita tidak punya kekuatan juga? Walaupun sudah mendekatiNya, mengapa semua itu tidak juga muncul?

Saya melihatnya begini. Benar, kita mendekatiNya dan juga meminta kepadaNya. Namun secara sedar atau tidak sedar, dalam masa yang sama, kita juga mendekati apa yang dimurkaiNya dan sekaligus mencintai pula kemungkaran itu. Walaupun ada banyak sebab lain lagi, tetapi ia adalah salah satu punca dan penghalang kepada kebahagiaan kita, kekuatan kita dan ketenangan kita yang kita terlepas pandang. Dosa itu ibarat bintik hitam yang melekat dalam hati. Makin banyak dosa, makin banyaklah bintik hitam. Ia kenyataan tanpa ragu.

Akhirnya, hati kita menjadi gelap dan keras. Kita mendekati Allah, tetapi kita mencintai maksiat juga. Kita perlu mengkajinya semula.

Mustahil kita menggabungkan dua cinta ini dalam satu masa. Cinta kepada Allah dan cinta kepada kemurkaanNya. Umpama pakai tudung tetapi pakai seluar ketat!

Pena Tumpul - Tidak setuju dengan kenyataan air dan minyak tidak bercampur

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...