Skip to main content

RM34.00?

Sekelar ikan tenggiri gulai kari dan sedikit goreng kobis bersekali dengan segelas air sirap limau. Selainnya sekelar ikan tenggiri asam pedas berencahkan bendi berserta sedikit ulaman juga segelas air sirap limau. Itulah makanan tengahari saya dan isteri  di sebuah restoren asam pedas tingkat bawah Angsana di bandaraya Johor Bahru.

Rasanya bolehlah tahan dan sedap dimakan.Ramai juga yang menyinggah di situ. Dari riak muka dan gaya,saya dapat menelah rata-ratanya macam orang Singapura. Usai menyantap hidangan, isteri saya memilih untuk membayar. Isteri terkejut bukan kepalang bila ongkos sajian berjumlah RM34.00. Reaksi spontan saya ialah tidak masuk akal langsung. Kami menggeleng kepala macam tidak percaya. Paling-paling bangsat pun saya mengagak harganya sekitar RM20.

Sambil beredar meninggalkan restoran yang saya anggap cekik darah itu, saya dan isteri membuat beberapa andaian. Pertama mungkin salah kira namun andaian ini tidaklah wajar sangat kerana mana mungkin salah kira.dalam bab makanan begini.  Saya kuat beranggapan mungkin mereka fikir saya dan isteri orang Singapura yang memang tidak kesah dalam soal berbelanja pun.

Apa pun alasan dan andaian,saya tetap melihat ia sebagai tidak berpatutan langsung. Mahu sahaja saya memintanya ulang kira tetapi tidak pula terdorong sangat sampai begitu kerana biasanya dalam soal makan ini amat jarang atau mungkin tidak ada langsung pelanggan meminta dikira semula.Inilah silap kita sebenarnya.

Yang pasti,tempat makan tersebut akan jadi tempat makan saya yang pertama dan terakhir!

Pena Tumpul - Bukan banyak duit apatah lagi berlagak macam banyak duit

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...