Skip to main content

Pendirian

Adakalanya kita suka sangat dengar cakap orang yang berkesudahan dengan menyusahkan kita. Kalau kita sebok memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, akhirnya semua yang kita buat tidak betul. Buat ini salah,buat itu salah dan akhirnya serba salah. Mungkin kisah ini boleh kita jadikan panduan.

Ada seorang penjual ikan di pasar yang baru hari pertama menjual ikan di pasar awam Segamat. Melihat ramainya penjual ikan yang lebih berpengalaman yang dia perlu bersaing, peniaga ini menarik perhatian pembeli yang lalu lalang dengan memasang papan tanda  "DI SINI JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung wanita yang menegur papan tandanya itu..
"Mengapa kena tulis kata: DI SINI? Bukankah semua orang  tahu yang awak memang jual  DI SINI, bukan DI SANA pun?"

"Betul juga!" fikir si penjual ikan itu, lalu di potongnya kata DI SINI, dan cuma tinggal tulisan "JUAL IKAN SEGAR". sahaja.

Selang bebarapa minit datang pula seorang lelaki muda dan turut menegur papan tandanya itu.
"Buat apa nak letak perkataan  SEGAR? Memang ikan yang dijual ini semuanya segar kan. Tak ada pun yang busuk kan?", komen lelaki itu.

"Betul juga ni", fikir penjual ikan yang sudah mula bingung., lalu dipotongnya kata SEGAR dan tinggal tulisan "JUAL IKAN" sahaja.

Tidak lama lepas itu, datang pula seorang lagi yang turut menegur papan tandanya itu.
"Mengapa perlu tulis kata JUAL? Bukankah semua orang tahu  ikan ini memang  untuk dijual, bukan untuk dipamerkan?. tegur pengunjung itu.

"Betul  juga", fikir si penjual ikan yang semakin bingung lalu dipotongnya pula  kata JUAL dan cuma tinggal tulisan "IKAN"

Selang beberapa waktu kemudian, datanglah pula pengunjung yang  keempat, juga menegur benda yang sama seperti pengunjung-pengunjung sebelumnya.
"Buat apa  nak tulis kata IKAN? Semua orang tahu ini memang ikan kan?"

"Benar juga", fikir si penjual ikan lalu di turunkannya terus  papan tanda itu. Puas hatinya dan berakhir dengan seekor ikan pun tidak laku dijual!


Begitulah kita mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain,sehingga kita tidak yakin dengan apa yang kita buat dan sekaligus gagal membuat keputusan sendiri.  Sepatutnya, kitalah yang paling tahu tentang hidup kita sendiri, dan paling mengerti apa yang kita cari dan kita perlukan untuk diri kita sendiri.Kita boleh dengar pandangan orang lain asalkan ia membantu. Kalau cuma membuntu kita sahaja, abaikan sahaja.

Kita perlu percaya pada diri kita sendiri kerana selalunya, diri kita sendiri tidak mungkin menipu kita!

Pena Tumpul - Makan buah beluluk, sendiri yang sakit tembolok

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...