A dakalanya kita suka sangat dengar cakap orang yang berkesudahan dengan menyusahkan kita. Kalau kita sebok memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, akhirnya semua yang kita buat tidak betul. Buat ini salah,buat itu salah dan akhirnya serba salah. Mungkin kisah ini boleh kita jadikan panduan. Ada seorang penjual ikan di pasar yang baru hari pertama menjual ikan di pasar awam Segamat. Melihat ramainya penjual ikan yang lebih berpengalaman yang dia perlu bersaing, peniaga ini menarik perhatian pembeli yang lalu lalang dengan memasang papan tanda "DI SINI JUAL IKAN SEGAR". Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung wanita yang menegur papan tandanya itu.. "Mengapa kena tulis kata: DI SINI? Bukankah semua orang tahu yang awak memang jual DI SINI, bukan DI SANA pun?" "Betul juga!" fikir si penjual ikan itu, lalu di potongnya kata DI SINI, dan cuma tinggal tulisan "JUAL IKAN SEGAR". sahaja. Selang bebarapa minit datang pula se...