Skip to main content

Posts

Semalu dan Perempuan

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wani...

Tauge

" Asyik-asyik tauge, tak ada sayur lain ke?" itulah keluhan isteri saya setiap kali saya membawa tauge dari pasar. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pa...

Hati_hati bila meminta...

Itulah padahnya kalau tidak mahu menerima diri sendiri seadanya. Apalagi cuba pula membebaskan diri daripada tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan

Sekitar Sambutan Hari Jadi

Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya pada sambutan hari jadi Hafiz dan Udanya di rumah emak di Batu Anam.Emak masak luar biasa banyaknya. Ada kari daging kerana emak tahu itu kegemaran anaknya ini, sambal ayaam kesukaan Haziq dan tidak lupa juga pengat pisang..sedapnya. Isteri saya pula menjamu kami dengan resepi istemewanya iaitu ayam goreng KFC- tidak sempat nak masak katanya, maklumlah masih letih selepas empat hari bertarung dengan kertas peperiksaan. Ani dan Aman menyediakan kek yang sedap untuk kami. Saya sekeluraga meninggalkan rumah emak sekitar 12 malam kekenyangan setelah Hafiz tergolek dibuai mimpi. Hafiz menangis kerana mahukan kamera ditambah lagi tidak selesa kerana pehanya yang melecir pedih.

Hafiz vs Hakimi

Apalah agaknya yang menarik perhatian dua sepupu ini. Aksi mereka ini dirakamkan ketika menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Serbaguna Putrajaya baru-baru ini. Walaupun nampak mesra, namun adakalanya mereka tidak boleh bersama langsung, ada sahaja benda yang menjadi rebutan. Selalunya, Hafiz lebih banyak mengalah tetapi akan menangis mendapatkan emak atau ayahnya dan Kimi bersorak beroleh kememangan. Saya sememangnya seronok melihat gelagat dua anak saudara ini.

Sesekali berjumpa

Tiga beradik sepupu ini jarang dapat bersama kecuali cuti sekolah dan hari raya apabila seluruh keluarga akan berkumpul di rumah emak.Minggu lepas lensa saya sempat merakam aksi mereka ketika duduk berehat-rehat di anjung rumah atok di kampung. Lin, 10 menetap di Rawang, Lokman, 13 di JB memang cukup rapat dengan Haziq,13 yang memang menetap di Segamat. Bila berpeluang bersama begini saya dapat merasakan keseronokan dan kemesraan mereka. Masing-masing tidak melepas peluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang adakalanya melucukan. Bagi Lukman dan Haziq pula kesempatan bersama selalunya akan mereka habiskan untuk beradu kehebatan dalam main "Playstation Game". Biasanya Lokmanlah yang selalu menang.

Bersyukurlah....

Selain daripada krisis bahan bakar dan tenaga, dunia kini turut dihimpit krisis makanan yang agak meruncing. Di setengah negara dilaporkan bekalan beras semakin berkurang bagi menampung keperluan penduduk. Di Filipina misalnya, orang ramai terpaksa beratur untuk membeli beras yang begitu terhad. Kita masih lagi bernasib baik kerana kerajaan memberi jaminan stok beras dalam negara boleh bertahan untuk tempoh tiga bulan lagi selain usaha menambahkan keluaran dan tidak terlalu bergantung kepada beras yang diimpot dari luar seperti Thailand. Di negara-negara lain rakyat dilaporkan merusuh untuk hidup. Di Haiti, misalnya istana Presiden diserang manakala di Cameron puluhan mati dalam rusuhan mendapatkan makanan. Kanak-kanak di kebanyakan negara Afrika tentunya lebih malang lagi sekian lama dinafikan keperluan untuk mendapatkan makanan seperti yang kita selalu nikmati. Saya selalu mengingatkan anak saya supaya janganlah terlalu memilih sangat dengan makanan yang dihidangkan di meja makan. N...

2 +47

Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 47. Seronoknya kegembiraan hari ini turut dikongsi bersama anak saudara saya yang genap 2 tahun, Muhammad Hafiz. Saya bercadang untuk menyambutnya bersama-sama disertai ahli keluarga yang lain. Saya berdoa kepada Ilahi semoga kami berdua dirahmati kesejahteraan dunia akhirat, menjadi hambanya yang mukmin dan semoga maju jaya dalam hidup. Amin.

Benarkah atau Provokasi?

Utusan Malaysia melaporkan... IPOH 15 April - Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming mendakwa orang Melayu secara keseluruhannya tidak marah jika orang Cina membela babi tetapi aktiviti itu hanya ditentang oleh orang UMNO. Menurutnya, masyarakat Melayu Pas sentiasa menghormati hak orang Cina yang memakan daging babi seperti masyarakat India menghormati hak orang Islam memakan daging lembu. ''Apabila kerajaan negeri Melaka hendak menghapuskan babi di Melaka pada tahun lalu, orang Islam Melayu Pas yang mempertahankan hak penternak babi di negeri itu. ''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi. Kor Ming mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis Perhimpunan Rakyat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ir...

Bakal PM?

KUALA LUMPUR, (Hrkh) 2008-04-15 13:38:52 Menurut Harakah seperti yang dilaporkan oleh Saidah Hairan dalam edisi onlinenya bertarikh 15 April, Anwar dilaporkan mendakwa jawatan Ketua Pembangkang tidak lama lagi akan diserahkan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Bagi tempoh sikit pada kita mungkin Mei, Jun, Julai, Ogos kalau kita menang hari ini esok harga minyak tetap akan turun," katanya. Menurut beliau, KeADILan, PAS dan DAP tidak bermusuh dengan ahli Umno di peringkat akar umbi, mereka tidak akan dizalimi sebaliknya segala masalah cuba diatasi. Dalam pada itu beliau berharap rakyat dapat bersabar menunggu dua minggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil. " Kalau perubahan lambat dan saya belum ke Parlimen, Azizah akan menjadi PM," katanya.

Bluetooth

K etika mana "bluetooth" menjadi begitu penting dalam teknologi komunikasi masakini, Pak Cik ini dikira bertuah justeru tidak payah sebok-sebok untuk memilikinya kerana beliau telah pun dianugerah sebatang " bluetooth ". Ini baru betul "bluetooth"!

Trilog

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? . Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran.. . Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?. Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi...

Kari

Seperti biasa kalau isteri tiada di rumah buat beberapa hari, saya dan anak saya Haziq dijamin tidak akan mati kelaparan. Tok Mak kepada Haziq selalunya begitu pemurah dan baik hati menghantar lauk untuk kami. Hari ini dia bermurah hati memberi semangkuk kari daging. Haziq berkali-kali mengatakan sedap malah luar biasa benar makannya hari ini. Saya percaya untuk dua tiga hari akan datang ini Tok Mak akan menyediakan lauk yang sedap-sedap lagi untuk kami. Terima Kasih. Haziq dah bercadang untuk menghadiahkan sesuatu untuk TokMaknya itu.

Merdeka

S aya meninggalkan rumah kira-kira jam 615 pagi ini bertolak ke Melaka menghantar isteri yang sedang berdepan dengan peperiksaan akhir 4 hari berturut-turut. Tahun ini tahun akhir baginya setelah berhempas pulas selama 4 tahun mengikuti program PJJ USM.  Berkat kegigihan,kekentalan dan semangat tabah beliau berjaya juga mencapai cita-citanya untuk menjadi pelajar universiti. Sementara menunggunya selesai peperiksaan pukul 12 nanti, saya bergegas ke Melaka Sentral mencari kedai makan untuk mengalas perut. Terpandang Cyber Cafe lalu menghabiskan masa kira-kira sejam disini. Sempat juga menulis untuk blog. Hari ini dia dengan ditemani kawannya akan menginap di hotel untuk keselesaan mengulangkaji pelajaran. Lagi pun tentunya penat untuk berulang alik selama 4 hari berturut-turut. Saya nasihatkan dia tabah menghadapi ujian paling penting ini. Rabu ini beliau boleh mengistiharkan merdeka dari buku dan tugasan-tugasan!Juga bersiap untuk menyarung jubah konvokesyen pada bulan Se...

Renungan

Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesama kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintis sendiri Anak Kecil Main Api Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutup hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Majulah dengan Maha Perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara

Adif dan kamera

Penat

Nabilah, 16 tahun antara cucu emak yang paling penat masa kenduri minggu lepas. Dalam keterpaksaan dia membuat kerja yang diarahkan kerana tentunya tidak sanggup menahan leteran ibunya. Dalam diam-diam dia merungut seorang diri di dapor. Tidak ikhlaslah tu...

Bakal PM?

Mana tahu satu hari nanti anak kecil ini bakal menjadi PM. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita berusaha ke arah itu dan kepercayaan kita kepada ketentuan yang Esa.Hari Rabu 16hb ini Hafiz akan menyambut hari lahirnya yang kedua tahun. Semoga terus diberkati Allah hidupnya dan jadi makin bijak dan ceria. Kami sayang Hafiz.

Sian Mak Mah

Kesian dekat KakLong, mungkin terlalu letih bertungkus lumus untuk majlis kenduri minggu lepas. Mana tidaknya dua hari berturut-turut. Apa nak buat, itu permintaan emak kami yang tidak berupaya untuk kami adik-beradik menolaknya. Zainab (Kak Long), 51 tahun menetap di Skudai JB dengan empat orang anaknya dan suaminya Pak Usop. Dia juga rajin, prihatin, bertanggungjawab dan kami adik beradik amat menyenanginya. Satu kehebatan beliau ialah pandai memasak. Katakan apa sahaja, nasi paprik, mee hailam, pau, roti, donut semuanya bisa diatur. Kalau berkunjung kerumahnya, kami semua pasti teruja dengan sajian yang menyelerakan dan luar biasanya pilihannya. Sesekali pandang, ada iras-iras Ruminah Sidek. Saya selalu mengusiknya begitu.

Mesra

Adik saya Fadzilah (Pazi) berusia 40 tahun jarang dapat pulang ke kampung dan berkumpul bersama ahli -ahli keluarga yang lain. Dia kini menetap di Rawang Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Di kalangan keluarga, beliau dianggap paling rajin dan suka ke dapor, malahan pantas membuat kerja. Waktu kenduri minggu lepas dia pulang dengan tiga orang anaknya dan sampai ke rumah pada jam 1130 malam. Kenduri yang telah selesai dengan pinggan mangkuk yang masih lagi belum dibereskan menuntut tenaganya untuk membersihkan. Seperti biasa, dia tidak menolak. Dengan dibantu oleh anak-anak saudaranya termasuk Zatil (akak), 18 tahun segalanya siap dikemaskan menjelang pukul 4 pagi. Namun disebalik senyumannya ini, tersimpan kegetiran yang penuh liku dan menuntut kesabarannya untuk menghadapinya.