Selain daripada krisis bahan bakar dan tenaga, dunia kini turut dihimpit krisis makanan yang agak meruncing. Di setengah negara dilaporkan bekalan beras semakin berkurang bagi menampung keperluan penduduk. Di Filipina misalnya, orang ramai terpaksa beratur untuk membeli beras yang begitu terhad. Kita masih lagi bernasib baik kerana kerajaan memberi jaminan stok beras dalam negara boleh bertahan untuk tempoh tiga bulan lagi selain usaha menambahkan keluaran dan tidak terlalu bergantung kepada beras yang diimpot dari luar seperti Thailand. Di negara-negara lain rakyat dilaporkan merusuh untuk hidup. Di Haiti, misalnya istana Presiden diserang manakala di Cameron puluhan mati dalam rusuhan mendapatkan makanan. Kanak-kanak di kebanyakan negara Afrika tentunya lebih malang lagi sekian lama dinafikan keperluan untuk mendapatkan makanan seperti yang kita selalu nikmati. Saya selalu mengingatkan anak saya supaya janganlah terlalu memilih sangat dengan makanan yang dihidangkan di meja makan. Nikmatilah apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita tidak sampai dilanda krisis makanan seperti di negara lain. Belajarlah untuk menghargai rezeki yang ada sebelum kita dihimpit kebuluran.

Comments