Skip to main content

Benarkah atau Provokasi?



Utusan Malaysia melaporkan...
IPOH 15 April - Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming mendakwa orang Melayu secara keseluruhannya tidak marah jika orang Cina membela babi tetapi aktiviti itu hanya ditentang oleh orang UMNO.

Menurutnya, masyarakat Melayu Pas sentiasa menghormati hak orang Cina yang memakan daging babi seperti masyarakat India menghormati hak orang Islam memakan daging lembu.

''Apabila kerajaan negeri Melaka hendak menghapuskan babi di Melaka pada tahun lalu, orang Islam Melayu Pas yang mempertahankan hak penternak babi di negeri itu.

''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi.

Kor Ming mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis Perhimpunan Rakyat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Turut hadir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Husam Musa mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping meminta semua yang hadir pada majlis itu menghentikan amalan politik berasaskan perkauman seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, parti politik berasaskan perkauman sudah tidak relevan dan UMNO, MCA dan MIC hanya layak diletakkan di muzium untuk tatapan.

''UMNO dan BN boleh masuk kubur. Negara Malaysia untuk semua, ini negara Cina, negara Melayu dan juga negara India.

''Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat," katanya
.

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...