Skip to main content

Posts

Bengkel

Selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu hingga Jumaat saya mengikuti bengkel Metodologi Penyelidikan di UTM. Bengkel ini perlu dihadiri untuk menyuntik semangat dalam melaksanakan kerja-kerja penyelidikan PhD. Memang tidak dinafikan belajar di peringkat ini menuntut kesabaran, ketahanan dan komitmen yang bukan kepalang tingginya. Saya hampir-hampir ingin mengambil keputusan menangguhkan buat sementara dalam "perjuangan" ini kalau tidak mendapat galakan yang cukup kuat dari isteri saya sendiri. Namun selama 3 hari didedahkan dengan pelbagai input, semangat untuk meneruskan perjuangan berkobar semula. Namun, menuntut daya kerajinan yang paling tinggi, atau bakal tewas di pertengahan jalan. Semua penceramah semuanya semacam sepakat mengatakan.."Kerja kuat". Pena Tumpul - Bukan senang hendak senang

Kalimah

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah :jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah :jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah :jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Ayam panggang

Mantoba pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Mantoba menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Mantoba. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan ...

Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantikRasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada ki...

Wanita

Kita tentunya selalu terfikir betapa tidak beruntungnya jadi wanita. Ini kerana: 1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Namun pernahkah kita lihat sebaliknya?? - Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. - Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? -...

Palestine

Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...

Asyura

Hari ini adalah Hari Asyura.Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamat Musa dan pengikutnya. (9) Lemas Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa kelangit. (...

Qur'an

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24. Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an: Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115 Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88 Life 145 ... . Death 145 Benefit 50 . Corrupt 50 People 50 .. Messengers 50 Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11 Museebah (calamity) 75 . Thanks 75 Spending (Sadaqah)...

Ramalan

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah. "Esok hujan," katanya. Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah. "Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat. Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya. "Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi. Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Eso...

Bohong

Bagaimana ingin mengenali samada anda sedang dibohongi? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau sudah kaki pembohong, kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bah...

Oranges

Chinese new year is drawing near. When buying Chinese oranges please beware of the worms inside. These worms are very similar to the texture of the orange and therefore can only be observed if you look carefully (long sighted person may not notice). The Chinese government had in fact made efforts to destroy hundreds of tons of these oranges and compensate the farmers for these. But however some culprit may still sell it illegally. That's why we need to be careful. Whether the worms are harmful to the human body or not is still questionable. But generally if small quantities are consumed it should not cause any major harm according to doctors. It is advisable to be careful about it. Pena Tumpul - prefers papayas to oranges

Muharam

Kita berada di tahun baru Hijrah hari ini.Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku di bulan Muharam. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk ...

Cantik

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjdai mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam...

Kamera

Mama sudah lama memendamkan keinginannya untuk memiliki sebuah video kamera. Impiannya tinggal terpendam untuk beberapa ketika justeru keperluan kepadanya tidaklah begitu mendesak sangat. Lagi pun saya selalu berfikiran kamera digital yang kami ada rasanya sudah cukup "hebat" untuk memenuhi keperluan. Mama agak kecewa. Namun dalam diam-diam mama mengumpul wang dan bertekad untuk memiliki juga kamera idamannya. Segalanya terbongkar apabila apabila kami ke Melaka hari ini, Mama bersungguh-sungguh untuk singgah di salah sebuah kedai menjual kamera apabila kami melewatinya pagi ini. Saya terkejut apabila mama membeli secara tunai sebuah kamera video edisi terbaharu berjenama Sony berharga RM1.600.Tertunai juga hasrat mama memiliki barangan idamannya. Saya pun turut teruja kerana selepas ini kami akan dapat merakamkan pelbagai peristiwa menarik yang bakal menjadi khazanah memori kami sekeluarga. Pena Tumpul - Percaya kepada pepatah sedikit-sedikit lama jadi bukit

Tanah

Permintaan seorang kawan, Long Lojot untuk mengusahakan tanah yang tinggal terbiar sekian lama tidak mampu saya tolak. Long Lojot tidak punya pekerjaan tetap selain daripada menoreh getah. Kejatuhan mendadak komoditi ini menurutnya memberi impak yang cukup kuat kepada punca pendapatannya selama ini. Kalau sebelum ini beliau mampu meraih pulangan yang agak memberangsangkan dengan harga jualan RM4.00 sekilo, kini terpaksa menerima pukulan hebat dengan harga tidak sampai pun RM1 sekilo. Beliau berhasrat menanam jagung dan beberapa jenis tanaman yang cepat mengeluarkan hasil. Saya yakin dengan kesungguhannya. Kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk mengusahakan tanah seluas dua ekar itu sendirian. Pagi ini jentolak meredah semak samun dan pisang hutan yang tumbuh meliar dan yang mengejutkan upahnya kini RM380 berbanding dengan RM250 beberapa tahun yang lalu. Ini tidak termasuk kos membajak RM500. Tanahnya amat molek dan memang cukup sesuai untuk dicucuk dengan pelbagai jenis tanaman. R...

Barber

A guy sticks his head in the barber shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop and says, "About two hours." The guy leaves. A few days later, the same guy sticks his head in the door and asks, "How long before I get a haircut?" The barber looks around the shop full of customers and says, "About two hours." The guy leaves. A week later, the same guy sticks his head in the shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop an says, "About an hour and half." The guy leaves. The barber looks over at a friend in the shop and says, "Hey Bill, follow that guy and see where he goes." In a little while, Bill comes back into the shop laughing hysterically. The barber asks, "Bill, where did he go when he left here?" Bill looked up and said, "To your house."

Materialistic

One day, there was this lawyer who had just bought a new car, and he was eager to show it off to his colleagues,when all of a sudden an eighteen wheeler came out of nowhere and took of the driver's side door with him standing right there. "NOOO!" he screamed, because he knew that no matter how good a mechanic tried to fix it, it never would be the same. Finally, a cop came by,and the lawyer ran up to him yelling. "MY JAGUAR DOOR WAS JUST RUINED BY SOME FOOLISH DRIVER!!!" he exclaimed. "You are a lawyer aren't you?" asked the policeman. "Yes, I am, but what does this have to do with my car?!?!" the lawyer asked. "HA! Your lawyers are always so materialistic. All you care about is your possessions. I bet you didn't even notice that your left arm is missing did you?" the cop said. The lawyer looked down at his side and exclaimed " MY ROLEX! "

Dung

Two economists A and B are classmates. They are both reputable and wealthy, but they do not give in to each other. One day, they took a walk together. Seeing a pile of cattle dung on the roadside, A said to B, “Dare you eat it, I will give you 50 million dollars.” Hearing this, B was irritated at first. But soon he calmed down to evaluate this deal by using his knowledge of economics. After a careful consideration, B decided to eat it and A had to pay 50 million dollars to him. Later, they encountered another pile of cattle dung. Having eaten a pile of dung, B felt it was unbalanced if A did not eat it. So B retorted, “Dare you eat it, I will also give you 50 million!” After doing some calculation, A ate it and B paid the money to him. Finally, they both felt regretful after they found that actually they had gained nothing but only eating two piles of cattle dung. With this puzzlement, they asked their tutor, “Why did we gain nothing from the economic activity under elaborate calculati...

Petrol

Harga petrol turun lagi hari ini buat kali ke tujuh. Saya percaya ramai yang girang apabila harga bahan bakar kini cuma RM1.80 seliter, lebih rendah daripada harga sebelum dinaikkan secara mendadak dahulu, RM1.97 seliter. Girang tetapi tidak seronok. Membeli belah di supermarket misalnya tidak lagi seseronok dulu. Kehendak begitu dibatasi oleh harga yang melambong tinggi. Penurunan harga minyak tidak membawa makna apa-apa sekiranya harga barang keperluan terus dijual pada harga ketika minyak berada di paras RM2.70 seliter. Logiknya, apabila harga petrol turun, harga barang juga sepatutnya turun, justeru formula inilah yang diguna pakai oleh peniaga apabila harga minyak dinaikkan dahulu. Malangnya, bila harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali, formula ini dipinggirkan. Saya sendiri sudah mual, jemu dan bosan dengan sikap setengah peniaga kita. Begitu bermaharajalela memanipulasikan harga. Rakus. Tamak dan haloba. Namun, kita sebagai pengguna tidak punya banyak pilihan. Saya meliha...

Renovasi (2)

Hari ini adalah hari ketiga kerja-kerja ubahsuai dapor emak. Tidak banyak kemajuan kerana cuma seorang pekerja yang datang. Dia cuma dibantu oleh isterinya. Kegigihan wanita ini melakukan kerja-kerja yang selayaknya dibuat oleh lelaki begitu menarik perhatian saya. Dia menolak kereta sorong berisi batu bata selain membancuh simen- kerja yang saya kira tidak mahu dan mampu dilakukan oleh wanita negara ini.