Hari ini adalah hari ketiga kerja-kerja ubahsuai dapor emak. Tidak banyak kemajuan kerana cuma seorang pekerja yang datang. Dia cuma dibantu oleh isterinya. Kegigihan wanita ini melakukan kerja-kerja yang selayaknya dibuat oleh lelaki begitu menarik perhatian saya. Dia menolak kereta sorong berisi batu bata selain membancuh simen- kerja yang saya kira tidak mahu dan mampu dilakukan oleh wanita negara ini.
O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d...
Comments