Skip to main content

Atok

Semalam saya sempat bersembang-sembang dengan Atok saya yang telah lama tidak saya kunjungi. Walaupun sudah 88 usianya, namun kudratnya mengalahkan mereka yang muda belia. Dalam usia begitu dia masih bertenaga mengerjakan kebunnya- pekerjaan yang menjadi darah dagingnya selama ini.

Katanya dia tidak mampu untuk sekadar duduk diam tanpa buat sesuatu atau dia akan cepat letih dan tidak bermaya. Dia seboleh-bolehnya menjauhkan minuman ais, malah sayuran di pasar pun menjadi satu kepantangan padanya. Ulam-ulam menjadi kegemaran malah satu kemestian dalam makanan hariannya. Saya akur bila menurutnya faktor makanan punca utama kepada pelbagai penyakit yang membunuh manusia secara senyap dewasa ini. Sayuran yang nampak segar di pasar tetapi tercemar oleh racun serangga yang membawa pelbagai komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang. Begitu juga makanan yang ditambah dengan bahan pewarna dan perasa pemancing selera. Saya memilih untuk setuju dengan pandangan atok justeru tubuh bertenaga didepan saya buktinya.

Namun apa yang lebih membuat saya cukup teruja atok saya masih setia dengan pokok getahnya. Saya tambah teruja apabila katanya dia mampu memperolehi pendapatan setinggi RM6000 sebulan hasil getahnya seluas 4 ekar sejak akhir-akhir ini. Saya tidak mampu untuk tidak akur dengan dakwaannya itu kerana dengan harga getah sekarang, memang ramai penoreh getah yang tersenyum lebar dengan pendapatan yang mereka perolehi. Keterujaan saya tidak berhenti disitu. Dengan tanah yang saya beli sejak sebulan yang lalu saya bertekad untuk menjadikan getah sebagai tanamannya.
Sekitar 300 atau 400 pokok cukuplah, asalkan jangan ketinggalan!

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d...

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...