Skip to main content

Kenangan Mengusik Jiwa



Hari ini saya sekeluarga termasuk emak berkonvoi ke Putrajaya menghadiri majlis perkahwinan Suhaina Azlin (Lin). Bertolak dari Segamat sekitar jam 9 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang 3 jam berikutnya. Majlis ini amat bermakna kepada kami sekeluarga lebih-lebih lagi emak. Lin adalah antara mereka yang pernah emak asuh dan didik seawal bayi lagi. Kalau tidak silap ingatan saya, lebih kurang 20 orang yang pernah membesar di dalam asuhan dan didikan emak. Mengimbas kenangan lalu amat menyentuh jiwa.

Lin, Ana, Ijoi, Hafiz, Ajin, Aida, Zaki, Huda, Hanim (yang saya masih ingat) kini sudah meningkat dewasa dan berjaya dalam hidup masing-masing. Saya juga menganggap mereka bagaikan adik sendiri. Malah hubungan yang pernah terjalin dulu tidak pernah putus. Kami sentiasa bertanya khabar dan juga bersua muka sekali sekala lebih-lebih lagi ketika hari raya dan majlis perkahwinan. Mereka tidak pernah lupa kepada ibu asuh mereka. Sesekali berjumpa tidak lokek memberi sesuatu kepada kepada emak. Emak begitu tersentuh dan terharu melihat anak-anak asuhannya yang tidak lupa mengenang jasa.

Lin tentunya istemewa pada emak kerana Lin paling manja dengan emak berbanding dengan "anak-anak" emak yang lain. Mungkin Lin kehilangan bapanya ketika dia masih berusia 8 tahun. Saya lihat mata emak bergenang ketika Lin di atas pelamin. Saya faham apa yang bermain dalam hati emak. Saya juga turut sedih. Begitu juga akak, adik-adik, semuanya menyimpan kenangan sendiri bersama Lin waktu kecil dulu. Kini Lin telah dewasa dan sudah memiliki hidupnya sendiri. Kami sekeluarga bangga dengan Lin kerana Lin tidak pernah melupakan kami sekeluarga. Ana juga telah mempunyai keluarga sendiri dan sedang menyiapkan Phdnya. Begitu juga Ijoi.Zaki, adik Lin juga di universiti.

Saya lihat emak begitu seronok dikelilingi oleh "anak-anak"nya Lin, Zaki dan Aida.

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...