Skip to main content

Anak



Petang ini keluarga saya dikunjungi oleh adik saya yang paling bongsu beserta dengan suaminya dan juga dua orang anak yang kedua-duanya lelaki. Yang sulung berusia setahun lebih dan bakal mencecah dua tahun pada 16hb April ini. Kebetulan tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir saya. Hafiz namanya dan memang rapat dan manja dengan saya. Setiap kali berkunjung ke rumah adik saya, saya tidak melepaskan peluang untuk bermesra denganya. Keletah nakalnya benar-benar mencuri hati saya. Isteri saya juga turut menumpang seronok melayan kerenah si anak kecil yang baru pandai bercakap sepatah dua ini. Gembira rasanya mendengar sebutan yang masih pelat-pelat apabila dia memanggil saya "TE" untuk "UDA".

Adiknya pula bernama Adif baru berusia 4 bulan.Juga comel dan saya selesa mengulitinya. Sesekali merajinkan diri memnyediakan susu untuknya dan juga menyalinkan lampinnya.Seronok juga, hati saya berkata. Setelah lebih kurang 13 tahun Haziq begitu selesa menjadi anak yang begitu manja diusia begitu kadang-kadang berdetik juga hati ini betapa ingin menimang anak kecil lagi. Sudah acapkali juga saya menyuarakan hasrat ini kepada isteri saya namun semacam tidak bersetuju dengan saya. Katanya di usia yang sudah hampir menjangkau setengah abad ini bukannya anak yang perlu ditimang dan dibelai tapi tentunya seorang cucu layaknya. Terpukul juga. Lalu hasrat itu terpadam begitu sahaja. Namun saya cuba memujuknya dengan berjanji akan sanggup bangun malam apabila si anak kecil menangis minta diganti lampin atau mungkin dahaga atau lapar. Malah sewaktu membesarkan anak saya dulu memang saya yang banyak bangkit malam daripada isteri saya sendiri. Sayangnya, janji manis itu juga tidak berupaya mengubah sikap tidak setujunya untuk beranak kecil lagi.Saya seolah-olah putus harapan dan serik untuk membangkitkan soal itu lagi. Biarlah takdir yang menentukannya. Hafiz dan Adif tentunya bersedia untuk bermesra dengan pak udanya ini.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...