Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan : Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu da

Makan

Isteri mempelawa saya bersamanya untuk makan-makan malam tadi. Sekitar jam lapan malam kami sampai di restoren Bonda. Menurut isteri saya, majikannya amat gembira kerana baru dinaikkan pangkat dan ingin berkongsi kegembiraan itu bersama guru-guru kanannya yang turut membantu dan bekerja keras menguruskan sekolah sepanjang ketiadaannya. Puan Tey cuti belajar dan cuma sekali sekala berada di sekolah. Selebihnya diuruskan oleh isteri saya, Guru Penolong Kanan 1 dan juga dua orang Guru Penolong Kanan yang lain, Encik Ali dan Puan Yati. Untuk tidak menghampakan isteri dan juga majikannya saya berbesar hati memenuhi ajakan tersebut. Lagi pun hubungan kami bagaikan satu keluarga - saling tolong menolong. Kata orang makanan yang paling sedap ialah makan " free ". Rezeki tidak baik kita tolak. Restoren agak luar biasa sesaknya-tamparan malam merdeka tentunya. Agak lama juga kami menunggu tempahan makanan yang dibuat. Lebih malang lagi- tempahan orang lain disajikan di meja kami. Agak

Ramadhan

Bulan Ramadhan datang lagi. Jangan curi-curi makan Jangan kerja.. Jangan asyik. . Jangan nak...... banyak-banyaklah bersabar.. Mestilah sentiasa..... Bye.. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah. SELA

Belasungkawa

Ahmad Mahmud menghembuskan nafas terakhir pada Rabu lalu (27 Ogos) jam 10.15 malam di kediamannya sesudah menderita penyakit buah pinggang sejak 2001 dan lapan hari dibawa pulang dari hospital ke rumah. Al-fatihah. Sejarah tercatat, Ahmad satu-satunya seniman kita yang mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan Seniman Agung, P Ramlee. Melalui program Fokus di TV1 (RTM) pada 24 Oktober 1984, Ahmad memberi komen P Ramlee bukanlah istimewa sangat. Malah, katanya, lakonan P Ramlee tidaklah terlalu baik. Kesan daripada kenyataannya, Ahmad dikritik pelbagai pihak, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya. Tanpa niat untuk membuka pekung, tetapi mahu kejujuran apabila menulis mengenai P Ramlee Ahmad pernah berkata jika menonton Ibu Mertuaku, ramai terpegun melihat P Ramlee begitu asyik meniup saksofon dengan lagu Jangan Tinggal Daku, tetapi hakikatnya peniup saksofon sebenar dalam filem itu ialah Yusof B. Menyorot latar Ahmad, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem, dia merantau di p

Cemburu

Penggunaan telefon bimbit walaupun memudahkan perhubungan, namun dalam setengah keadaan ia boleh menimbulkan masalah sekiranya silap perhitungan. Alkisah, seorang isteri dalam keadaan begitu terdesak untuk menghubungi suaminya,malangnya telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menelefon si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan,si anak memberitahu ibunya seorang pempuan lain yang menjawab pesanan telefon.Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah.Sesampainya suami,si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan ditalian tadi. Si anak pun mulalah bercakap " harap maaf,nombor yang anda dail berada di luar kawasan li

Bahasa

Di tengah-tengah pembentangan di dalam kelas "Organizational Behaviour", seorang pelajar meminta izin kepada saya untuk menggunakan Bahasa Melayu. Saya sedar dia mengalami masalah untuk memberi penjelasan yang saya perlukan terhadap persoalan yang saya kemukakan kepadanya. Saya katakan "tidak" kerana memang di peringkat awal pertemuan lagi sudah saya jelaskan pendirian saya bahawa Bahasa Melayu tidak akan saya benarkan dalam apa keadaan sekali pun. Saya faham tindakan ini tidak disenangi oleh sebahagian besar pelajar yang mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa pengantar ini. Saya tiada pilihan- untuk terus meningkatkan kemahiran bertutur dengan yakin dalam bahasa ini, mereka perlu menggunakan segala ruang yang ada untuk memanipulasikannya. Malah kecenderungan untuk menggunakan bahasa rojak dalam kelas amat tidak saya senangi- menyelangyelikan kedua-dua bahasa secara wewenang. Justeru akhirnya pelajar tidak akan mahir dalam mana-mana dua bah

Emergency

Two hunters are out in the woods when one of them collapses. He doesn't seem to be breathing and his eyes are glazed. The other guy whips out his phone and calls the emergency services. He gasps: "My friend is dead! What can I do?" The operator says: "Calm down, I can help. First, let's make sure he's dead." There is a silence, then a shot is heard. Back on the phone, the guy says: "OK, now what?" Pena Tumpul - ????

$800

A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings. The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbor. Before she says a word, Bob says, “I’ll give you $800 to drop that towel.” After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob. After a few seconds, Bob hands her $800 and leaves. The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs. When she gets to the bathroom, her husband asks, “Who was that?” “It was Bob th e next door neighbor,” she replies. “Great!” the husband says, “did he say anything about the $800 he owes me?”. Moral of the story: If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time, you may be in a position to prevent avoidable exposure. Pena Tumpul - Look before you leap

Tukang

Berpeluang melakukan sendiri kerja tanpa perlu mengupah orang lain memang satu kepuasan. Kepuasan melihat hasil kerja yang dibuat dengan sedikit kemahiran yang ada walaupun tidak seratus peratus hebat seperti hasil kerja yang mahir di dalam bidang tersebut.Memang saya lebih suka untuk melakukan sendiri kerja-kerja yang melibatkan kemahiran pertukangan, pendawaian elektrik dan juga membaiki sendiri paip yang bocor. Lebih murah berbanding dengan mengupah orang lain untuk melakukannya. Saya diminta oleh isteri merobohkan garaj yang sedia ada dan seterusnya membuat garaj yang baru di belakang rumah. Garaj yang terletak di hadapan rumah mentua kelihatan tidak sesuai lagi untuk terus kekal di laman rumah baru yang dijangka siap dalam sebulan lagi. Saya mengambil masa hampir 3 jam menyiapkan kerja-kerja dengan bantuan Pak Usu saya (Lim Kit Siak)justeru kami berdua memang kurang kemahiran dalam bidang tersebut. Walaupun memang penat, namun berbaloi juga kerana selepas itu emak menyediakan pe

Bubur

Emak dan bapa mentua saya memilih untuk menikmati setakat bubur pulut hitam di majlis jemputan perkahwinan yang kami hadiri di Kg Air Panas, Labis. Alasannya mudah- ini adalah jemputan kedua dan pastinya mereka sudah tidak larat lagi untuk berdepan dengan juadah yang agak berat selepas menghadiri jemputan pertama di Taman Sulir, Pekan Jabi. Berbanding dahulu, masyarakat sekarang tidak lagi begitu memilih hari untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Hampir saban minggu, sekurang-kurangnya ada dua atau tiga jemputan yang perlu dihadiri. Dalam tempoh masa yang tinggal tidak beberapa hari lagi untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan, majlis perkahwinan tetap menjadi acara penting di hujung minggu. Juadah pun sudah beranika dan pelbagai -tidak lagi sekadar menu biasa daging, ayam malah diselitkan juga dengan lauk-lauk perangsang selera seperti gulai nangka dan pisang selain daripada ikan masin dan sambal tempoyak. Pemberian telor sebagai buah tangan tidak lagi memadai malah menjadi kecend

Patriotik

Tanpa disuruh anak kecil yang berusia sekitar 28 bulan ini meluru ke arah bendera yang terpacak dan berkibar megah menggamit kedatangan pengunjung yang singgah melepas lelah di RR Macap. Sambil melaung perkataan "merdeka" dengan sedikit pelat Hafiz tidak dapat ditahan lonjakan kegembiraannya untuk menyentuh jalur gemilang yang telah menangkap pandangannya sebaik sahaja saya dan keluarga singgah sebentar dalam perjalanan balik dari Johor Baharu. Jika anak kecil begini yang tidak pernah kenal dan mengerti apa itu merdeka boleh begitu teruja dan berbangga dengan lambang kedaulatan negara tumpah darahnya, tentulah amat mengecewakan bahawa ada segelintir pihak yang cuba memperalatkan bendera kebanggaan negara ini untuk melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang mentadbir negara sekarang. Di mana bumi pijak di situ langit dijunjung!

Krisis

Krisis keyakinan diperhatikan terus melanda masyarakat negara ini. Berita-berita yang bersumberkan media arus perdana tidak kira media cetak mahu pun elektronik kerap dipertikaikan kesahihannya malah diperlekehkan. Media bentuk baru khususnya blog kini dilihat mengambil alih peranan dalam mencorakkan pemikiran orang ramai terhadap sebarang isu yang berbangkit. Blog menjadi medan paling bertenaga kini untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kongkongan sajian berita-berita yang didakwa tidak benar oleh media arus perdana selama ini. Media perdana sering didakwa tidak bersifat objektif dalam laporan beritanya dan dikatakan berat salah kerana terlalu memihak kepada kerajaan sekurang-kurangnya dari kacamata pro pembangkang. Ironinya, setiap kali berpeluang menelusuri akhbar yang dipunyai oleh salah sebuah parti politik yang begitu kritis terhadap media perdana, kandungan beritanya tidak banyak bezanya malah lebih mencerminkan sikap pronya kepada parti yang didukungnya. Bak kata o

Rehat

Kegilaan dalam bekerja adakalanya membuat kita alpa tentang kesihatan. Hanya apabila sudah betul-betul tidak larat baharulah kita sedar bahawa rehat yang cukup sebenarnya amat penting bagi menyeimbangkan masa yang kita peruntukkan dalam bekerja. Setelah dinasihatkan oleh ahli keluarga yang simpati dengan masalah kesihatan yang telah ditanggungnya sekian lama, Rahman adik ipar saya akhirnya alah dan akur dengan saranan kami sekeluarga supaya beliau mendapatkan pemeriksaan menyeluruh berhubung dengan status kesihatannya yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Bacaan kandungan darahnya sentiasa di bawah paras selesa dan memerlukan pemindahan darah. Beliau disyaki mengalami simptom telesemia dan sedikit masalah buasir. Rabu yang lalu beliau dimasukkan ke hospital dan melakukan transfusi darah. Melawatnya di hospital semalam, beliau masih lagi kelihatan agak pucat- tanda kekurangan darah yang dialaminya. Beliau merungut ingin dikeluarkan segera dari hospital kerana tidak betah berseo

Bumi

Usaha sebuah laman blog untuk mengajak rakyat negara ini agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebagai tanda protes kepada kerajaan ternyata perbuatan yang amat biadab. Mempamerkan keberangan dengan tindakan bodoh begini bukan sahaja tidak patriotik malah mencerminkan sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab. Rakyat yang berfikiran waras tidak sewajarnya termakan dengan idea luar tabii begini malah seeloknya membiarkan pencetus idea ini melakukannya sendiri- itu pun kalau dia cukup "jantan" untuk melakukannya. Saya perhatikan sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi selepas PRU12 di mana kerajaan di lihat agak "lemah" semakin ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh melampiaskan kemarahan masing-masing. Undang-undang di persendakan. Tindakan jujur setengah pihak diperlekehkan. Begitulah, demi sebuah kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja hatta berselindung di sebalik lalang sehelai. Saya selalu berpandangan bahawa sebarang rasa ti

Kenyataan

I mpian isteri saya, untuk naik ke pentas utama universiti dalam satu upacara konvokesyen menjadi kenyataan pada hari yang sangat bersejarah ini.  Setelah selama empat tahun mengejar masa antara kewajipan sebagai seorang pendidik dan juga mencuri waktu untuk belajar, hasrat yang pernah tertangguh sejak 20 tahun yang lalu akhirnya berjaya juga direalisasikan. Saya, isteri dan kedua-dua anak, ibu dan bapa mentua turut sama berkongsi kegembiraan meraikan kejayaan beliau. Seawal empat pagi 14Ogos, saya berangkat dari Segamat dan sampai di Pulau Pinang sekitar jam 2 petang. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam itu memang meletihkan walaupun saya sempat singgah melepaskan lelah di Dengkil dan Tapah. Setibanya di Pulau Pinang kami semua mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar tempat kami menginap sahaja iaitu Bukit Jambul kerana keletihan dan hasrat untuk tidur lebih awal bagi upacara yang amat bersejarah keesokan harinya. Saya meninggalkan Pulau Pinang sekitar jam 4 petang

Biadab

Saya memancing reaksi para pelajar ekoran kenyataan melulu MB Selangor Khalid Ibrahim mencadangkan idea yang saya kira amat biadab supaya UiTM membuka pintunya kepada pelajar bukan Bumiputera. Rata-ratanya menyuarakan rasa amat tidak setuju dan menganggap cadangan beliau itu sebagai usaha untuk menggadai maruah, hak dan kepentingan orang Melayu. Alasan bahawa UiTM tidak mewujudkan persaingan dalam mencapai kecemerlangan akademik langsung tidak boleh diterima kerana rekod menunjukkan pencapaian pelajar UiTM terus meningkat malah graduan lepasannya dilihat paling laku di pasaran. Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen tidak lama dahulu.Sebenarnya kita tidak perlu mengundang Ah Kau dan Ramasami masuk ke gelanggang kerana Ali dan Salmah pun sudah cukup untuk memberikan saingan yang cukup sengit dalam meraih kejayaan yang cemerlang. Saya sendiri melihat cadangan beliau ini tidak lebih dari usaha beliau untuk meraih sokongan kaum bukan Melayu terhadap PKR da

Tidur

Menulusuri rakan blog menemukan saya dengan catatan yang cukup menarik yang saya kira perlu dikongsi bersama. Kajian mengenai kedudukan tidur suami isteri. Dalam tempoh lima tahun, suami isteri akan tidur di mana hidung bertemu hidung. Lima tahun kemudian bahu bertemu bahu. Lima tahun seterusnya belakang bertemu belakang. Selepas itu tiada kajian dibuat kerana pelbagai misteri yang tidak terungkai. Namun, dikhabarkan apabila sudah tua suami lebih romantis kerana ketika itulah beliau mengharapkan isteri akan mengurut kepala, badan dan segala-galanya. Adakalanya isteri yang bertugas sebagai seorang doktor bertukar menjadi tukang urut. Anda bagaimana? Anda tidur dalam kedudukan macam mana?

Peningkatan

Menjadi amalan biasa bagi kebanyakan imam yang mengimamkan sembahyang berjamaah termasuk sembahyang Jumaat membaca ayat lazim selepas bacaan Fatihah. Sebabnya mudah sekali-ayat lazim mudah dihafal dan kebanyakannya pendek-pendek malah sependek Surah Al Kausar. Ada juga sekali-kali imam yang mencuba ayat-ayat panjang Surah Lazim. Menjadi makmum sembahyang Jumaat yang baru lalu di Masjid Kg Gudang Garam yang mana imamnya adalah bapa mertua saya sendiri memberi saya sedikit kejutan. Kejutan yang memberangsangkan. Saya tidak pernah menduga beliau akan membaca keseluruhan ayat-ayat dari Surah Jumaat bagi melengkapkan kedua-dua rakaat sembahyang tersebut. Satu peningkatan yang amat positif walaupun kedengaran agak gugup-ketakutan membuat silap dan dihinggap lupa barangkali. Saya mengharapkan selepas ini bapa mertua saya akan mencuba ayat-ayat yang mengandung maksudnya yang tertentu.

Terdampar

Setiap dua mingggu sekali khususnya pada hujung minggu Apiz dan Adif akan mengunjungi rumah saya bersama ibubapanya yang kebetulan diperlukan untuk "oncall" di atas kapasitinya sebagai jururawat dan pembantu perubatan. Adakalanya kedua-dua mereka perlu bergegas kehospital bila khidmat mereka diperlukan tidak kira masa dan ketika. Kesian kedua-dua anak kecil yang sedang lena tidor ditinggalkan terdampar dan pastinya menangis bila menyedari ibu dan bapa tiada lebih-lebih lagi Adif yang merengek mendambakan susu. Walaupun ada ketikanya saya dan isteri terpaksa bingkas di tengah malam mengambil alih peranan ibubapa mereka, namun kami tetap senang dan terhibur dengan keletak Adif dan Apiz yang terus rapat dengan keluarga saya.

Sujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru