Skip to main content

Krisis

Krisis keyakinan diperhatikan terus melanda masyarakat negara ini. Berita-berita yang bersumberkan media arus perdana tidak kira media cetak mahu pun elektronik kerap dipertikaikan kesahihannya malah diperlekehkan. Media bentuk baru khususnya blog kini dilihat mengambil alih peranan dalam mencorakkan pemikiran orang ramai terhadap sebarang isu yang berbangkit. Blog menjadi medan paling bertenaga kini untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kongkongan sajian berita-berita yang didakwa tidak benar oleh media arus perdana selama ini. Media perdana sering didakwa tidak bersifat objektif dalam laporan beritanya dan dikatakan berat salah kerana terlalu memihak kepada kerajaan sekurang-kurangnya dari kacamata pro pembangkang. Ironinya, setiap kali berpeluang menelusuri akhbar yang dipunyai oleh salah sebuah parti politik yang begitu kritis terhadap media perdana, kandungan beritanya tidak banyak bezanya malah lebih mencerminkan sikap pronya kepada parti yang didukungnya.
Bak kata orang, kata dulang paku serpih...Fenomena yang sedang rancak berlaku ini membuatkan orang ramai dijangkiti dengan sindrom termangu dan terpinga.Orang politik pula dilihat tiada lain pilihan untuk meyakinkan orang ramai sejak kebelakangan ini.Timbalan Perdana Menteri bersumpah dengan nama Allah disebuah masjid bersaksikan orang ramai hanya untuk meyakinkan bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan gadis Mongolia yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Terbaharu, mantan Menteri Besar Perak juga mengambil langkah yang sama juga untuk meyakinkan orang ramai bahawa beliau bukannya dalang dalam penangkapan Esko Perak.Namun, sumpah atas nama Allah juga dilihat gagal apabila ada pihak yang berani mempertikaikan kesahihan sumpah yang dibuat oleh seorang mangsa yang mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Sekiranya sumpah yang dibuat atas nama Allah di rumah suci sudah boleh dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh seorang ulama' apalah lagi yang tinggal untuk kita sandarkan keyakinan sekarang! Saya mengambil jalan paling mudah dalam mendepani situasi yang penuh celaru ini- Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...