Kegilaan dalam bekerja adakalanya membuat kita alpa tentang kesihatan. Hanya apabila sudah betul-betul tidak larat baharulah kita sedar bahawa rehat yang cukup sebenarnya amat penting bagi menyeimbangkan masa yang kita peruntukkan dalam bekerja. Setelah dinasihatkan oleh ahli keluarga yang simpati dengan masalah kesihatan yang telah ditanggungnya sekian lama, Rahman
adik ipar saya akhirnya alah dan akur dengan saranan kami sekeluarga supaya beliau mendapatkan pemeriksaan menyeluruh berhubung dengan status kesihatannya yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Bacaan kandungan darahnya sentiasa di bawah paras selesa dan memerlukan pemindahan darah. Beliau disyaki mengalami simptom telesemia dan sedikit masalah buasir. Rabu yang lalu beliau dimasukkan ke hospital dan melakukan transfusi darah. Melawatnya di hospital semalam, beliau masih lagi kelihatan agak pucat- tanda kekurangan darah yang dialaminya. Beliau merungut ingin dikeluarkan segera dari hospital kerana tidak betah berseorangan tanpa anak-anak di sisi. Hari ini mengalami pembedahan kecil merawat masalah buasirnya- dan perkembangan seterusnya kami nantikan dengan iringan doa agar beliau terlepas dari sebarang penyakit yang tidak diingini.
P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...
Comments