Tanpa disuruh anak kecil yang berusia sekitar 28 bulan ini meluru ke arah bendera yang terpacak dan berkibar megah menggamit kedatangan pengunjung yang singgah melepas lelah di RR Macap. Sambil melaung perkataan "merdeka" dengan sedikit pelat Hafiz tidak dapat ditahan lonjakan kegembiraannya untuk menyentuh jalur gemilang
yang telah menangkap pandangannya sebaik sahaja saya dan keluarga singgah sebentar dalam perjalanan balik dari Johor Baharu. Jika anak kecil begini yang tidak pernah kenal dan mengerti apa itu merdeka boleh begitu teruja dan berbangga dengan lambang kedaulatan negara tumpah darahnya, tentulah amat mengecewakan bahawa ada segelintir pihak yang cuba memperalatkan bendera kebanggaan negara ini untuk melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang mentadbir negara sekarang. Di mana bumi pijak di situ langit dijunjung!
P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...
Comments