P ak Utih ada menyuarakan hasrat untuk menukar kereta. Katanya kereta yang dimiliki sekarang sudah agak uzur sesuai dengan usianya yang sudah lebih 20 tahun. Dia bukan berhajatkan kereta baru. Pak Utih cuma mahu menukar kereta yang lebih baik. Dia sukar membuat pilihan kerana banyaknya yang menarik hati dan mata. Dia perlukan pandangan saya dan saya tidak ada masalah untuk membantunya membuat pilihan. Pastinya pilihan yang tepat dan berbaloi. Pengalaman memiliki beberapa buah kereta terpakai mengajar saya agar tidak terpedaya kereta yang menyilau mata namun menggores hati. Kereta yang nampak baru tidak semestinya baik. Kereta begitu berkemungkinan dirawat cat baru lalu nampak cantik dan sekaligus menyorokkan segala yang karat dan tercemar. Saya katakan pada Pak Utih supaya terpedaya dengan kereta yang asli luarannya, tanpa salutan cat baru dan ada kemik-kemik sedikit. Bunyi macam lucu. Namun yang penting kereta begitu tidak menyembunyikan sebarang cacat cela yang tidak terpandang dek m