Skip to main content

E-Class


Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir berseloroh apabila berbicara tentang ikhlas dalam AlKuliyyah di TV3.Katanya amalan yang dilakukan perlu ikhlas bukan e-class.Ia terbit dari persoalan tentang keikhlasan dalam berkorban. Amalan berkorban pastinya sah sekiranya menepati tuntutan yang digariskan oleh Islam. Namun keraguan timbul sama ada ibadat korban yang dilaksanakan itu maqbul dan di terima oleh Allah.

Dalam hubungan ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah al-Hajj ayat 37)

Sukarnya hendak mengukur keikhlasan amalan yang dilakukan. Sering kita mendengar ucapan begini terpacul dari mulut: "Ambillah duit ni, saya ikhlas ni" Saya betul-betul ikhlas tolong ni, tak perlu apa-apa bayaran pun"Betullkah ikhlas atau cuma sekadar menanam tebu di tepi bibir. Justeru yang ikhlas tidak terucap di mulut tetapi tersemat di hati.

Fudhail bin ‘Iyaadh r.a ada berkata, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Contohnya, jika seseorang itu berniaga dengan niat ikhlas kerana Allah serta bertujuan menjunjung perintah dan sunnah Rasulullah, maka amalan itu dikira ibadat.Namun, apabila dia berniaga, tetapi lalai daripada menunaikan ibadat wajib seperti tidak melakukan solat, tidak mengeluarkan zakat keuntungan perniagaan atau tidak menggunakan keuntungan untuk menunaikan ibadat haji, maka amalan itu sia-sia. Amalan itu tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah.

Perkara yang amat penting untuk diambil perhatian dalam beribadat ialah mengelakkan diri daripada sebab yang boleh merosakkan amal. Hal ini termasuk, perasaan riak ketika beramal kerana boleh mensia-siakan keseluruhan amalan yang dilakukan.Perkara ini berdasarkan perumpamaan yang disebut oleh Rasulullah bahawa amalan yang tidak ikhlas akan membatalkan kualiti perbuatan itu seumpama api yang memakan kayu api, tiada yang tinggal, melainkan bara api dan debu-debu.

Tidak dinafikan untuk ikhlas dalam beramal bukanlah suatu perkara mudah. Hal ini kerana ulama mengibaratkannya seumpama semut hitam yang duduk di atas batu hitam di tengah malam yang sangat gelap dan amat susah untuk dilihat. Begitulah ibaratnya ikhlas yang amat susah untuk ditafsirkan.

Dalam sunan ibn Majah meriwayatkan daripada ‘Aus bin Shaddad : Aku pernah melihat Nabi s.a.w menangis. Aku bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis ya Rasulullah. Rasulullah pun menjawab: Aku takut syirik yang akan menimpa umatku. Bukanlah syirik mereka yang menyembah patung-patung atau matahari atau bulan ataupun batu-batu. Tetapi mereka ialah yang riak(suka menunjuk-nunjuk) dalam amalan mereka.

Pernah seorang lelaki bertanya kepada Yahya bin Mu’az: Bilakah seorang hamba itu ikhlas? Beliau menjawab: Apabila sifatnya menjadi seperti bayi, tidak peduli siapa yang memuji atau mencacinya.

Ikhlas bukanlah sesuatu yang perlu ditonjolkan atau dikhabarkan kepada orang ramai, tetapi ikhlas ialah sifat yang tersembunyi. Syabibah bin Nu’man berkata: Ali bin Hussin adalah seorang yang bakhil, setelah beliau meninggal dunia, didapati bahawa beliau telah memberi makan seratus ahli bait di Madinah.

Pena Tumpul - Suka lagu Ikhlas Tapi jauh alunan Zainal Abidin

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...