Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Change

Change is the buzz word of this season. Every time I turn the television or the radio on I hear people talking about change. What is it about this word that has made it so popular? Could it be that people are looking for change more than the want to admit? What kinds of change are they looking for? Is it social, personal change or political. The change that is being discussed through the media right now is pretty much social or political, because people want to see change in the government. I would like to discuss personal change, because when people learn to change themselves and their situations form ordinary to extraordinary, they will learn to accept and appreciate change at other levels. Change can be difficult, but it is an important part of life. Change is hard because people overestimate the value of what they have and underestimate the value of what they may gain by giving that up.We would rather be ruined than to change. What change do we need in our life right now? Is it ou

Onions

I like both raw and cooked onions or even have it fried, dried or roasted. I just hate when it burns my eyes when I cut them up. What would life be like without onions? The onion has been used as an ingredient in various dishes for thousands of years by many cultures around the world. There are many different varieties of onion, red, yellow, white, and green, each with their own unique flavor, from very strong to mildly sweet. My wife loves to use onions to flavor dips, salads, soups, spreads, stir-fry and other dishes. Based on the article that I read recently, it is the cysteine sulfoxides responsible for the onion flavor and produce the eye-irritating compounds that induce lacrimation. The article that I read reveals that onions have a variety of medicinal effects.Fantastic! Early American settlers used wild onions to treat colds, coughs, and asthma, and to repel insects. In Chinese medicine, onions have been used to treat angina, coughs, bacterial infections, and breathing prob

...key

An American and a Japanese were sitting on the plane on the way to LA when the American turned to the Japanese and asked, "What kind of ese are you?" Confused, the Japanese replied, "Sorry but I don't understand what you mean." The American repeated, "What kind of -ese are you?" Again, the Japanese was confused over the question. The American, now irritated, then yelled, "What kind of -ese are you... Are you a Chinese, Japanese,Vietnamese!, etc... ... " The Japanese then replied, "Oh, I am a Japanese." A while later the Japanese turned to the American and asked what kind of 'key' was he. The American, frustrated, yelled, "What do you mean what kind of '-key' am I?!" The Japanese said, "Are you a Yankee, donkey, or monkee?" Pena Tumpul - Never insult anyone.

Kesedaran

Kejayaan Nur Madihah mengenggam 20A dalam SPM baru-baru ini ternyata mencuri perhatian ramai orang. Tidak siapa menyangka dalam kedaifan hidup dan serba kekurangan anak seorang nelayan ini bisa tampil sebagai pelajar yang paling cemerlang malah mengalahkan rekod yang pernah dipegang oleh pelajar lain sebelum ini. Saya sempat menelusuri kesah pelajar dari Kelantan ini yang dipaparkan dalam Kosmo semalam. Sarat dengan kesah-kesah pahit getir gadis 18 tahun ini berjuang untuk sebuah kejayaan. Yang menarik, dalam kepayahan beliau mencipta kejayaan.Dalam kedaifan beliau bangkit untuk memberitahu bahawa kesempitan hidup bukanlah penghalang untuk menggapai kecemerlangan. Saya cuba menyuntik semangat dan kecekalan serta ketabahan beliau kepada Haziq yang kelihatannya masih leka dan kurang penumpuan dalam pelajarannya. Adakalanya kesenangan dan keselesaan membuat kita lalai dan mengambil sikap acuh tidak acuh dalam merencanakan segala tindakan. Pena Tumpul - Kejayaan Nur Madihah satu realiti

Melayu

Adakah rakyat negara ini, khususnya bangsa Melayu bersedia untuk menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri (PM)? Wajarkah kalau sampai masanya nanti, jawatan PM ini tidak lagi menjadi hak istimewa kaum Melayu semata-mata malah kaum lain pun berhak untuknya? Inilah dua persoalan yang bermain di fikiran saya, apabila menyaksikan tindakan setengah-setengah pihak yang semakin lantang dan cabul mencabar ketuanan Melayu sejak akhir-akhir ini. Yang lebih mengharukan, orang Melayu sendiri turut terheret sama mempersoalkan malah cuba mencabar institusi raja-raja Melayu. Demi kuasa politik,segala yang menjadi hak dan perlu dipertahankan hendak digoyah begitu sahaja. Betullah, politik memang memungkinkan segalanya! Walaupun perlembagaan tidak pernah menyatakan bahawa soal keturunan kaum menjadi syarat kelayakan untuk menjawat jawatan PM dan tidak ada menyebut bahawa cuma kaum Melayu sahaja yang berhak untuknya, ia tidak bermakna bahawa kaum bukan Melayu secara mudah boleh diberikan peluang u

Kemalangan

Betul kata orang tua-tua..malang memang tidak berbau.Pagi ini tanpa diduga saya terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah motosikal. Untuk mengelakkan dua buah motosikal yang meluncur laju dari arah bertentangan, saya tidak punya pilihan tetapi menggunakan brek secara mengejut atau saya akan bertembong dengan kedua-dua penunggang itu yang sudah memakan jalan atau bakal melanggar sebuah kereta yang terletak di bahu jalan. (Saya sudah lama menyedari bahawa kereta-kereta yang wewenangnya diletakkan di bahu jalan bakal mengundang padah juga nanti.Ia berlaku pada saya rupanya). Saya tidak pernah menyangka di belakang saya dituruti rapat oleh seorang penunggang motosikal! Saya hanya menyedarinya apabila terdengar bunyi hentakan di belakang kereta. Seorang pelajar sekolah tersungkam. Pastinya padah memecut laju. Hidung berdarah. Saya lega kerana tidak begitu serius cederanya. Saya tidak boleh menunggu lama kerana perlu bergegas ke tempat kerja, namun dengan hati yang agak kecewa berc

Pendatang

Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang menyaksikan negara ini turut menerima tempiasnya. Bilangan yang kehilangan pekerjaan terus meningkat selain daripada pertambahan kadar pengangguran. Peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin rumit dengan kebanjiran pendatang asing yang sudah mencecah 3 juta orang. Kebanyakan mereka bertumpu di sektor yang tidak menjadi minat pencari kerja tempatan iaitu di sektor perladangan dan pembinaan. Untuk menampung kekurangan tenaga kerja di kedua-dua sektor yang penting dalam mejana ekonomi negara ini, pengambilan tenaga kerja asing tentunya tidak dapat di elakkan. Kelibat mereka boleh dilihat hampir disetiap pelosok negara kini. Namun, dalam kemelut ekonomi sekarang ramai antara mereka yang sudah kehilangan pekerjaan.Tenaga mereka tidak lagi diperlukan malah menjadi beban dan ancaman kepada negara. Kadar jenayah dan masalah sosial yang meningkat cepat dikaitkan dengan kehadiran mereka. Saya pernah mengupas isu yang menjadi duri dalam

Bahasa

Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSMI) kian panas sehingga ada pihak yang hilang pertimbangan. Soal pendidikan yang menjadi tunggak dalam pembentukan negara bermaruah yang sepatutnya dibincangkan di meja rundingan secara lebih waras dan berhikmah dibiarkan dilanyak di atas jalanraya oleh mereka yang mendakwa sebagai pejuang bahasa ibunda. Agak memualkan saya melihat mereka yang bersorak dan menjerit di jalan melepaskan kemarahan (kepada siapa?) mendesak supaya Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa ibunda. Apakah salahnya Bahasa Inggeris diajarkan dalam matapelajaran tersebut? Akan hilangkah jati diri anak Melayu di sekolah sekiranya bahasa penjajah ini digunakan dalam pengajaran kedua-dua subjek tersebut walaupun kita menyedari bahasa ini jugalah yang menjadi bahasa kedua anak-anak kita selama 11 tahun mereka berada di sekolah rendah dan menengah? Tindakan golongan pembuat kacau tanpa motif yang pasti dan berasas terang-terang tidak lebih lebih bermotifkan

Tuisyen

Haziq begitu liat hendak ke kelas tuisyen malam tadi. Alasannya terlalu banyak kerja sekolah yang perlu dibereskan. Memang sejak dari awal lagi Haziq tidak begitu bersetuju dengan cadangan kami supaya beliau menghadiri kelas tuisyen, khususnya dalam subjek-subjek yang dia ketara agak bermasalah. Seingat saya, selama 13 tahun persekolahan, tidak ada sebarang kelas tuisyen yang saya hadiri. Selain daripada kurangnya kelas-kelas tuisyen pada era 70an dulu, faktor kewangan yang kurang mengizinkan juga turut membenamkan hasrat saya untuk ke kelas tuisyen. Keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Tuisyen dianggap satu keperluan malah adakalanya dilihat lebih penting daripada kelas biasa di sekolah. Ibubapa yang tidak menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dilihat seperti melawan arus dan tidak memenuhi tuntutan pendidikan masa kini. Perlukah kelas tuisyen sebagai dos tambahan yang perlu disuntik kepada para pelajar yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai kerja sekolah dan aktiviti kokurikulum

Samseng

Gejala salahlaku disiplin menghangatkan semula suhu sekolah setelah sejuk buat beberapa ketika. Isu ini pernah panas pada tahun 2000 dahulu dan saya pernah menulis tentangnya dalam Utusan Malaysia. Bendung samseng pelajar daripada merebak Oleh: AHMAD KAMIL MOHAMED SETELAH kita digemparkan dengan beberapa insiden keganasan yang melibatkan para pelajar sekolah di sekitar awal 1997 yang lalu, kali ini kita dikejutkan lagi dengan masalah disiplin yang kian membimbangkan. Nampaknya, masalah yang menghantui dunia pendidikan selama ini masih lagi belum dapat diselesaikan malah semakin parah dan mencemaskan. Kajian yang memaparkan betapa sejumlah satu pertiga daripada sekolah-sekolah harian di negara ini terdedah kepada bahaya kegiatan samseng atau pun gengsterisme bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ibarat api dalam sekam, jika dibiarkan marak tanpa kawalan sudah tentu bakal mengundang padah yang lebih buruk lagi. Walaupun Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Shukor Abdullah menga

Hilang

Haziq mengadu tiga buah buku teksnya hilang hari Isnin yang lepas. Saya menyalahkannya kerana begitu cuai dan sengaja meninggalkan buku-buku tersebut di dalam laci mejanya sehingga mengundang orang lain untuk mengambilnya. Kehilangan tidak mungkin berlaku sekiranya dia lebih berhati-hati. Saya mencadangkan kepadanya supaya memberitahu guru kelasnya untuk melakukan pemeriksaan mengejut sehingga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil milik orang lain dikenalpasti dan seterusnya dikenakan hukuman yang setimpal. Hari ini dia pulang dengan hampa. Guru kelasnya tidak melakukan sebarang tindakan malah mengambil jalan paling mudah dengan menyalahkannya kerana tidak menjaga buku pinjaman tersbut dengan baik. Kesian Haziq. Pencuri lepas bebas dan mungkin menelurkan perbuatan salah laku yang lebih menjegilkan jika tidak dibendung. Saya tidaklah berapa kisah sangat untuk menggantikannya dengan buku yang baru, tetapi gejala mencuri di kalangan pelajar itulah yang menggusarkan. Yang pasti be

Durian

. Khabarnya durian sudah kurang diminati khususnya di kalangan generasi muda bawah 20 tahun. Ini didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah FAMA hasil kajian rambang yang dilakukan oleh FAMA. Fenomena ini tidaklah mengejutkan. Golongan tua pun semakin menjauhi raja buah ini kerana buah ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan sekiranya diambil berlebihan, terutamanya yang mengalami masalah darah tinggi. Lagi pun durian yang ada sekarang tidak sama seperti durian dulu. Durian dulu gugur dari pokok-pokok tua di dusun yang terlepas dari pelbagai bahan kimia. Sekarang ini pelbagai cara dilakukan untuk menggalakkan penghasilan buah. Kalau dahulu, musim durian cuma dua kali dalam setahun, tetapi kini kehadiran buah durian di pasaran boleh dilihat hampir sepanjang tahun. Atok saya yang kini berusia 89 tahun pernah berkata dulu-dulu (sekitar 70an dan 80an), setiap kali musim durian, orang kampung khususnya yang memiliki dusun durian luar biasa seronoknya Katanya durian-durian kl

Cemburu

Seorang pelajar lelaki mendatangi saya pagi ini menyuarakan isi hatinya. Pertemuan ini saya anggap menarik kerana setelah hampir sebelas tahun di sini, seingat saya inilah kali pertama nasihat saya diminta untuk menghuraikan kekusutan yang ditanggung oleh pelajar yang tidak bersangkutan dengan soal akademik. Isunya tidaklah komplek mana pun, namun bisa saja menggugat emosi sekiranya tidak dibendung pantas. Sebuah konflik yang lumrah berlaku di kalangan remaja awal 20an. Khabarnya, ia tercetus dari rasa kurang senang seorang pelajar perempuan di dalam kelas yang saya ajar terhadap pelajar lelaki ini yang dipersepsi cuba berlagak pandai melebihi dia. Kesian pelajar lelaki ini. Bersungguh-sungguh dia meluahkan rasa hatinya bahawa bukanlah niatnya untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi berlagak pandai dalam kelas. Pelajar perempuan ini rasa tergugat kerana sebelum ini dia dilihat juara dalam kelas..baguslah tu. Memang dia tidak pernah tandus dengan soalan dan hujahan pendapat dalam kelas. Meman

Wayang

UiTM Johor meneruskan siri wacana intelektualnya dengan memaparkan isu yang amat menarik iaitu bagaimana filem boleh menjadi wadah menyemaikan kecintaan kepada budaya Melayu. Wacana yang mengundang Hatta Azad Khan dan Eman Manan sebagai pembicara sememangnya menarik minat saya untuk menghadirinya. Namun, terpaksa dilepaskan justeru ada perkara lain yang lebih perlu dan mendesak. Begitu juga hasrat untuk menonton Wayang bersama isteri tidak juga kesampaian. Teruja benar bila khabarnya Eman Manan pelakon utama kesah wayang kulit ini turut sama. Pagi ini saya mendapatkan cerita tersebut dan menontonnya. Sebuah filem yang menarik. Walaupun agak berjela tetapi mesejnya cukup jelas - wayang kulit budaya Melayu perlu dipertahankan dan dipelihara dan perlu disemai di kalangan generasi baru agar tidak pupus ditelan zaman. Wayang tidak memiliki tema popular untuk memancing penonton, tetapi punya kekuatan tersendiri. Saya hampir hilang tumpuan sejurus 10 minit berlalu namun garapan cerita ini mem