Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang menyaksikan negara ini turut menerima tempiasnya. Bilangan yang kehilangan pekerjaan terus meningkat selain daripada pertambahan kadar pengangguran. Peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin rumit dengan kebanjiran pendatang asing yang sudah mencecah 3 juta orang. Kebanyakan mereka bertumpu di sektor yang tidak menjadi minat pencari kerja tempatan iaitu di sektor perladangan dan pembinaan. Untuk menampung kekurangan tenaga kerja di kedua-dua sektor yang penting dalam mejana ekonomi negara ini, pengambilan tenaga kerja asing tentunya tidak dapat di elakkan. Kelibat mereka boleh dilihat hampir disetiap pelosok negara kini. Namun, dalam kemelut ekonomi sekarang ramai antara mereka yang sudah kehilangan pekerjaan.Tenaga mereka tidak lagi diperlukan malah menjadi beban dan ancaman kepada negara. Kadar jenayah dan masalah sosial yang meningkat cepat dikaitkan dengan kehadiran mereka. Saya pernah mengupas isu yang menjadi duri dalam daging ini dalam Utusan Malaysia beberapa tahun lalu. Kali ini isu tentang mereka panas lagi dan kerajaan terpaksa bertindak lebih tegas lagi kerana pencari kerja tempatan yang lebih terhimpit sekarang sewajarnya diberikan keutamaan berbanding pendatang asing. Soalnya, sanggupkah pekerja tempatan mengambilalih tempat mereka?
Dilema menangani PATI
Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED
KEBIMBANGAN orang ramai terhadap pendatang asing bukanlah perkara baru. Ia terbit ekoran tanggapan negatif penduduk negara ini yang sering mengaitkan kelompok ini dengan pelbagai masalah sosial. Namun kebimbangan itu bukan tidak ada asasnya.
Di kampung-kampung kehadiran mereka pada awalnya dulu khususnya pendatang Indonesia dilihat menyumbang kepada kejadian kehilangan harta benda dan pecah rumah. Manakala pendatang Bangladesh pula menggusarkan ibu bapa dan para suami yang takut anak gadis dan isteri mereka terjebak dengan pesona cinta pendatang ini.
Kehadiran golongan yang pernah dilabelkan sebagai pendatang haram dan kini pendatang tanpa izin (PATI) tidak hanya untuk mencari rezeki di negara ‘lombong emas’ ini tetapi juga turut membiakkan pelbagai masalah sosial, jenayah dan juga kesihatan.
Sebenarnya masalah pendatang asing ini berlaku di kebanyakan negara yang sedang pesat membangun malah juga di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Australia.
AS misalnya sedang menangani kemelut pendatang tanpa izin yang berjumlah 12 juta orang tanpa dokumen yang sah. Dilaporkan kongres telah meluluskan undang-undang yang menggariskan tiga langkah penting untuk menangani masalah PATI iaitu: Penghantaran balik PATI ke negara asal, pembinaan pagar secara besar-besaran sepanjang sempadan Amerika dan Mexico bagi menyekat kemasukan dan juga hukuman jenayah yang lebih berat ke atas majikan yang menggaji mereka.
Malangnya undang-undang ini telah mendapat bantahan yang cukup hebat daripada mereka yang memperjuangkan hak golongan PATI ini. Tunjuk perasaan yang melibatkan ribuan puak yang menyokong PATI pada 1 Mei lalu yang mereka namakan sebagai ‘Satu hari tanpa PATI’ turut disertai oleh pemilik-pemilik syarikat yang sebahagian besarnya menggunakan tenaga buruh PATI.
Pemilik syarikat besar ini mendakwa bahawa peranan PATI perlu diiktiraf kerana sumbangan mereka dalam pertumbuhan ekonomi AS.
Menurut pakar-pakar ekonominya, ekonomi AS bakal lumpuh sekiranya undang-undang ini dikuatkuasakan kerana majoriti tenaga kerja yang bertumpu di sektor pertanian dan pembinaan terdiri daripada golongan PATI. Kajian terbaru yang dilakukan oleh Persekutuan Biro Perladangan Amerika mendapati tindakan terhadap PATI akan mengakibatkan kerugian dalam pengeluaran pertanian negara itu dari AS$5 sehingga AS$9 bilion dalam tempoh tiga tahun dan mungkin mencecah AS$12 bilion dalam tempoh empat tahun berikutnya.
Senario yang sama juga berlaku di negara ini kerana sejumlah 2.4 juta seperti yang dilaporkan itu termasuk PATI kini sedang bertumpu di sektor yang paling penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara iaitu perladangan dan pembinaan dan juga perkilangan. Bayangkanlah kesan yang bakal ditanggung oleh ekonomi negara sekiranya tenaga buruh asing ini direntap secara tiba-tiba daripada ketiga-tiga sektor ini?
Walaupun kita mengakui bahawa peningkatan luar biasa kadar jenayah sejak akhir-akhir ini ada kaitannya dengan kebanjiran pendatang asing namun menyelesaikannya bukanlah semudah yang kita fikirkan. Seperti yang biasa diutarakan selama ini kemelut yang membabitkan pendatang asing ini berpunca daripada sikap orang kita juga. Tidak ramai kalangan kita yang sanggup melakukan seperti yang dilakukan oleh buruh asing ini.
Di sektor perladangan misalnya, amat sedikit daripada orang kita yang rela bermandi peluh di bawah panas terik matahari berbanding dengan buruh asing dari Indonesia dan sebagainya.
Malah di sektor pembinaan, pemaju yang ditemui mengeluh kerana sukarnya mendapatkan khidmat buruh tempatan berbanding dengan buruh asing.
Sebenarnya kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan dalam menghambat masalah jenayah oleh pendatang asing ini.
Menghantar pulang PATI ke negara asal mungkin boleh mengurangkan sedikit beban jenayah tetapi langkah ini bukanlah baik untuk pertumbuhan ekonomi negara. Kecuali rakyat negara ini yang masih menganggur bersedia mengisi tempat tenaga buruh ini, tidak perlulah kita bermimpi di siang hari untuk tidak memerlukan khidmat buruh asing lagi.
Lagipun, menggaji buruh asing ini lebih murah berbanding dengan buruh tempatan.
Kadangkala sikap majikan yang ingin untung besar juga turut menyumbang kepada masalah PATI ini seperti perbuatan menggaji 1,700 pekerja asing yang telah tamat permit kerjanya oleh syarikat pengeluar sarung tangan getah yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia iaitu Top Glove Corporation Bhd. Besar kemungkinan terdapat banyak lagi majikan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini tetapi terlepas daripada dihidu oleh pihak berkuasa.
Dalam menangani masalah jenayah oleh PATI ini, langkah yang perlu diambil sewajarnya tidak akan merugikan mana-mana pihak. Kita perlu mengakui bahawa khidmat buruh asing amat diperlukan dalam menjanakan ekonomi negara. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menyekat kemasukan pendatang asing baru dan dalam masa yang sama memastikan pendatang sedia ada memiliki status pendatang yang sah.
Dalam mengemaskinikan maklumat ini, kerjasama pihak majikan amat diperlukan supaya tampil ke hadapan membantu kerajaan demi kebaikan bersama. Pihak berkuasa sepatutnya mempunyai sistem pangkalan data yang lengkap tentang pendatang asing di negara ini.
Agensi-agensi penguat kuasa perlu bekerja keras untuk menyekat kemasukan pendatang asing ini daripada segenap pintu masuk bagi memastikan tidak ada yang terbolos masuk ke negara ini secara haram.
Sekiranya kadar jenayah yang semakin meningkat ini dikatakan ada kaitan dengan kebanjiran pendatang asing yang sudah tidak terkawal, selain daripada menyumbat mereka ke dalam tahanan, suatu kaedah yang lebih menguntungkan dalam jangka panjang perlu dilakukan sekarang.
Kajian yang dibuat di Australia yang dibanjiri oleh pendatang dari Asia mendapati bahawa tidak wujud kaitan peningkatan kadar jenayah dengan golongan ini. Ini berlawanan dengan dakwaan sebelum ini bahawa kejadian jenayah di negara itu ada hubungannya dengan pendatang Asia. Kajian sebaliknya mendapati sikap penduduk tempatan yang memandang serong, kebencian dan ketakutan (xenophobia) terhadap pendatang Asia yang menyumbang kepada kejadian jenayah.
Ekoran daripada sikap penduduk tempatan yang enggan menerima mereka dalam masyarakat, pendatang asing ini merasa tersisih, kecewa lantas melampiaskan kemarahan mereka dengan melakukan perbuatan jenayah terhadap penduduk tempatan. Justeru di Australia kejadian jenayah pendatang asing yang melibatkan orang awam lebih tinggi berbanding jenayah terhadap harta.
Implikasi kajian ini terhadap fenomena jenayah dan pendatang asing di negara ini ialah kurangkan persepsi negatif serta xenophobia terhadap mereka dan mengambil langkah yang lebih bijak untuk menerima mereka dalam masyarakat. Masalah akulturasi dan asimilasi sebenarnya yang menjadi punca kepada perlakuan jenayah pendatang asing ini. Lebih dari itu, kajian perlu dilakukan untuk mencari jawapan kepada kemelut jenayah dan pendatang asing ini

Comments