Skip to main content

Rotan

Sekali air bah sekali pasir berubah. Najib membawa masuk Dr Mohd Puad Zarkashi, anak Batu Pahat ke Kementerian Pelajaran,kementerian paling panas dan penuh cabaran. Kerenah para pelajar yang semakin memeningkan kepala dan membungkam jiwa antara cabaran paling getir bagi Pak Menteri yang duduk di kementerian ini. Tindak tanduk palajar sukar untuk direncana dan diduga. Ada pelajar yang senang dikawal dan tidak kurang juga yang gemar bertindak liar dan sukar diurus. Pelajar era dunia tanpa sempadan dan langit terbuka yang diterobos minda mereka dengan pelbagai maklumat tanpa sekatan bertanggungjawab menelurkan spesis pelajar yang terhakis nilai moral dan hormat kepada gurunya. Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa mengurus pelajar masa lalu ( zaman tv hitam putih dan nasi lemak 10 sen sebungkus) lebih enteng daripada menangani pelajar masa kini. Dahulu, guru bukan sahaja ditakuti malah dihormati. Kita biasa dengar, dahulu pelajar yang dihukum disekolah akan ditambah lagi hukuman di rumah oleh ibu bapa mereka sekiranya pelajar mengadu dihukum guru. Sekarang, pelajar tidak boleh dijentik sedikit pun atau guru menghadapi kemungkinan implikasi undang-undang. Pelajar dilihat begitu kebal. Pendekatan psikologi dan mesra pelajar berakhir dengan pelajar menjadi semakin manja dan ada yang sampai pijak kepala kerana tidak semua pelajar boleh diurus begitu. Setengah-setengah pelajar perlu pendekatan yang lebih keras. Justeru cadangan Dr Puad untuk mengembalikan semula hukuman rotan di sekolah ibarat sirih pulang ke gagang dan belut pulang ke lumpur. Dalam mendepani kebejatan disiplin pelajar yang semakin kalut kini, kita tidak ada pilihan. Sekolah adalah institusi yang berperanan besar melahirkan barisan pewaris kepimpinan negara masa depan. Sekolah perlu menjadi makmal untuk menghasilkan klon-klon manusia yang bukan sahaja berilmu tetapi berdisiplin dan berwibawa seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun dalam kita melaksanakan hukuman rotan ini nanti, segalanya perlu dilakukan secara berhemah bak kata pepatah; menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berserak.

Pena Tumpul - Terbayang Mr Francis Lee guru disiplin yang garang dengan rotan sentiasa di tangan

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...