Skip to main content

Mudahnya

Dalam hidup ini kita sering di beri dua pilihan. Ada yang memilih jalan mudah dan tidak kurang yang cenderung untuk memilih jalan susah. Ada benda yang mudah untuk diperoleh dan ada yang susah juga untuk kita miliki. Kadang-kadang kita tidak perlu bersusah-susah pun untuk mendapatkan sesuatu yang kelihatannya susah. Tidak kurang yang memandang remeh benda yang nampak mudah. Namun yang nampak mudah itulah yang sebenarnya bukan susah pun sangat untuk kita kecapi. Saya ingin berkongsi cerita yang memaparkan bahawa mudahnya untuk memperolehi sesuatu sekiranya kita memandangnya mudah.

Mantoba, seorang pencari kerja yang bakal masuk ke bilik temuduga, memungut sampah kertas di lantai ke dalam tong sampah,dan hal itu terlihat oleh seorang yang bakal menemuduganya, dan dia mendapatkan pekerjaan tersebut.Ternyata untuk memperoleh penghargaan sangat mudah, cukup memelihara kebiasaan yang baik.

Di situasi yang lain, Mantoba dilihat bekerja di bengkel kereta. Suatu hari ada seorang yang agak tinggi kedudukannya menghantarkan keretanya yang rosak untuk diperbaiki. Selain memperbaiki kereta tersebut, Mantoba cukup rajin untuk membersih dan menggilap kereta tersebut. Rakan-rakannya mentertawakan perbuatannya. Keesokan hari tuan punya kereta datang mengambil semula keretanya, dan sekaligus menawarkan Mantoba pekerjaan yang lebih baik di syarikatnya. Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil sangat mudah, cukup punya inisiatif sedikit sahaja.

Mantoba dilihat pula berkata kepada emaknya: ā€œEmak nampak sungguh cantik hari ini.ā€ Emak menjawab: ā€œMengapa?ā€ Anak menjawab: ā€œKerana hari ini emak sama sekali tidak marah-marah seperti selalunya."Ternyata untuk memiliki kecantikan sangatlah mudah, hanya perlu tidak marah-marah.

Katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di pinggir jalan:ā€œTempatmu terlalu berbahaya, tinggallah denganku.ā€ Katak di pinggir jalan menjawab: ā€œAku sudah biasa, malaslah nak pindah.ā€ Beberapa hari kemudian katak ā€œsawahā€ menjenguk katak ā€œpinggir jalanā€ dan menemukan si katak sudah mati dilenyek kereta. Ternyata sangat mudah untuk menggenggam nasib kita sendiri, cukup hindari kemalasan sahaja.

Ada segerombolan orang yang berjalan di padang pasir, semua berjalan dengan berat, sangat menderita, hanya satu orang yang berjalan dengan gembira. Ada yang bertanya: ā€œMengapa engkau begitu santai?ā€ Dia menjawab sambil tertawa: ā€œKerana barang bawaan saya sedikit. Ternyata sangat mudah untuk memperolehi kegembiraan, cukup untuk tidak serakah dan memiliki secukupnya sahaja.

Hidup ini akan terasa ringan jika kita menjadikannya mudah.

Pena Tumpul - Kadang kala ada perkara yang tidak boleh kita ambil mudah







Comments

PENA KASIH said…
Take it easy.Itulah perkataan yang sering kita dengar dan semudah itu pula apabila mereka mengambil sesuatu tindakan tanpa memikirkan kesannya.

Popular posts from this blog

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...