Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Jelmaan

M enyaksikan perlawanan bola malam tadi memang menyeronokkan. Selain daripada keupayaan pasukan negara membentengi asakan demi asakan pasukan lawan yang kemaruk gol, tumpuan terpaku kepada kehebatan Fahmi penjaga gol dari Kelantan ini. Saya melihat tanpa Fahmi sebagai penjaga gol, pasukan negara mungkin tumpas lebih teruk daripada itu, bukan setakat dua gol yang terbolos itu. Bukan calang-calang penjaga gol yang boleh menyekat kemaraan bola ke dalam pintu gol dari sepakan penalti. Tetapi Fahmi berjaya melakukannya. Bahkan cubaan demi cubaan yang bahaya juga berjaya ditangkisnya. Satu persembahan yang cukup memukau yang dipamerkan oleh anak muda berusia 21 tahun ini. Melihat kehebatan Fahmi, mengingatkan saya kepada dua nama besar dalam lagenda bola sepak negara. Dua nama yang tidak boleh dilupakan hingga kini, tentunya Arumugam yang mendapat jolokan bertangan panjang dan juga Chow Chee Kiong yang pernah hebat sekitar 70an dahulu. Selepas mereka berdua, pasukan bola sepak negara ketandu

Cicak

M antoba bercerita tentang satu lagi bisnes yang boleh buat duit. Dia pernah bercerita tentang kayu gaharu yang didakwanya mampu memberi pulangan yang luar biasa. Berpuli-puli dia cuba meyakinkan saya untuk turut serta. Seperti cubaannya yang gagal meyakinkan saya dengan gaharunya dulu, saya juga tidak mudah tertarik dengan cerita cicaknya kali ini. Katanya cicak tokek atau gecko boleh mencecah harga hingga puluhan ribu ringgit. Mudahnya untuk dapat duit kalaulah betul begitu pun. Namun selalunya yang dikata tidak semudah yang dilaku. Kalau semuanya begitu mudah, pastinya sudah ramai yang jadi kaya raya dengan pelbagai lagi cerita menarik tentang lintah, cacing, keli yang juga dilaporkan boleh menunaikan impian mereka yang ingin kaya cepat. Hebat sangatkah cicak tokek ini? Saya terus menyelongkar maklumat tentang reptilia ini. Fakta tentangnya memang menarik.Ia didapati mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap ujian klinika

Bola

S aya menyaksikan Haziq dan mamanya bersorak kegirangan meraikan kehebatan Malaysia menundukkan Indonesia dalam perlawanan bola beberapa hari lalu. Saya tidaklah teruja sangat kerana secara peribadinya minat saya pada bola tidaklah sangat tinggi. Tetapi bila diheret sama oleh Haziq saya tidak berupaya menolaknya. Saya melihat prestasi pemain bola negara kini memang boleh dibanggakan. Suntikan jurulatih Rajagopal memang berkesan menyembuhkan penyakit yang melanda pasukan negara sejak berdekad lalu. Percaturan dengan meletakkan pemain muda juga berbaloi. Persembahan mereka jelas tidak mengecewakan. Sumbatan tiga gol yang membolosi pintu gol lawan ketika semua cemas tanpa sebarang gol di waktu 45 minit awal permainan benar-benar mengejutkan. Namun, jangan terlalu selesa sangat dengan kemenangan ini. Keselesaan bakal mengundang kecundang. Saya masih ingat bagaimana pasukan bola negara tumpas di tangan Indonesia dalam perlawanan ulangan di tempat sendiri walaupun menang di perlawanan pertam

Penduduk

K alau ada yang masih beranggapan bahawa bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki ia sebenarnya tidak tepat langsung. Hasil banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah dilaksanakan pada 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang lalu mendedahkan penemuan yang amat menarik. Bilangan penduduk lelaki di negara ini sekarang 14,112,667 orang manakala perempuan pula 13,453,154 orang. Ratio jantina secara keseluruhan pula menyaksikan bahawa kini ia adalah 105 lelaki bagi setiap 100 wanita. Jumlah penduduk pula 27.6 juta orang. Dengan kadar pertumbuhan 2.7% dalam tempoh 10 tahun (2000-2010) hasrat negara untuk mencapai 70 juta penduduk menjelang 2010 bagaikan amat jauh dari jangkauan. Statistik tidak pernah berbohong berbanding pandangan mata kasar dan persepsi orang ramai. Kalau benar lelaki memang lebih ramai bilangannya dari wanita, di mana mereka? Yang pasti mereka tidak dilihat ramai di mana-mana pun. Bilangan lelaki semakin menyusut di pusat pengajian tinggi. Malah di mana-mana kelomp

Renyok

"Ini mee rebus ke ?, saya bertanya kepada seorang penjual wanita ini. "Ini mee goreng!!!!, keras sekali nadanya. Saya tau ia memang bernada keras. "Berapa semua?, saya tanya lagi. " Tiga ringgit . Jawapannya kurang jelas kerana dia dilihat acuh tidak acuh pun. Saya bertanya pada Haziq untuk kepastian. Haziq pun tidak jelas. Saya bertanya lagi, "Berapa ya,? " Kali ini dengan nada tingggi dia kata, "Tiga ringgit!!! Saya hampir meletakkan sahaja dua bungkus mee goreng yang saya beli daripada sebuah gerai di pasar malam kalau hati yang diikut dan diturut. Saya ingin memberi pengajaran kepada seorang penjual ini bahawa setiap pelanggan perlu dihormati dan dilayan dengan baik. Berurusan dengan pelanggan bagai acuh tak acuh. Hendak tak hendak. Ditambah pula dengan wajah masam mencuka. Gamaknya bagai ada sesuatu yang mengganggu diri sendiri lantas dipamerkan pula kepada pelanggan yang tidak tahu apa-apa. Mudahnya melampiaskan masalah yang bersarang dalam d

Milo

M acam-macam cara dilakukan kalau hendak untung lebih. Dalam keghairahan dan kehalobaan itu, sudah barang pasti penggunalah yang menjadi mangsanya. Persoalan yang sering kami utarakan terjawab juga. Milo yang tidak berasa M ilo seperti sebelumnya rupanya bukan Milo asli. Ada segelintir yang tidak bertanggungjawab dan hendak kaya cepat memasukkan bahan serupa Milo atau koko tiruan dalam tin Milo kosong. Kemudian godak air Milo dan hidangkan kepada pelanggan. Pandainya mengaut untung dengan mengeksploitasi pengguna yang ditipu hidup-hidup selama ini. Peniaga kedai makanan ini memang banyak muslihatnya. Tentang air Milo ini pun, lain peniaga lain rasanya. Di sebuah warung saya menjumpai secawan Milo yang amat jalang dan nipis. Pastinya Milo yang diguna amat sedikit kuantitinya justeru hendak untung lebih. Di sebuah warung yang lain pula, segelas Milo sesedap rasa dan elok pekat Milonya. Namun harga tetap sama. Itu baru secawan atau segelas air Milo. Saya selalu berpandangan, berniaga per

Pembantu

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi s.a.w : “Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur ”. (Muslim) I slam sebenarnya menganjurkan bahawa seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Isteri sepatutnya duduk di rumah mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Rasulullah bersabda, “Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya”. (Bukhari & Muslim) Pun begitu, tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu

Puasa

D aripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu ." (Riwayat Muslim) Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad) Semoga diberi kekuatan untuk melaksanakannya. Pena Tumpul - Terima kasih Ustaz Zaharuddin

Tetamu

"لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah." ( AlBaqarah:284) D unia ini bukan milik kita. Ayat di atas menegaskan bahawa pemilik dan pencipta dunia dan segala isinya adalah Allah. Justeru itu Allah sahaja yang berhak mengaturnya, bahkan Allah sahaja yang berhak membuat jalan. Lalu tentulah tidak kena sama sekali kalau ada yang mendabik dada berkata, " Biarkan saya lakukan dengan cara saya, orang lain tidak berhak campur". Betulkah begitu? Sudah tentu ia bukan begitu. Kita yang hidup di muka bumi milikNya ini tidak berhak pun untuk membuat jalan hidup sendiri. Yang pasti kita hanya dituntut untuk mengikut jalan yang telah ditentukanNya. Tidak sukar pun untuk memahaminya. Ia mudah difaham dengan pengalaman yang pernah kita lalui. Anak kita menemui RM10 di tepi jalan. Ia bertanya., " Bolehkah saya belanjakan duit ini?" Saya pasti jawapan begini akan kita ungkapkan, " Tidak

Memilih

"Sikap memilih yang senang-senang dan enak-enak sahaja daripada sunah perlu diperbetulkan" S ambil marah-marah Pak Ya bercakap tentang pengalamannya menunggu sehingga berjam-jam akan kedatangan seorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menikahkan anak saudaranya. Upacara yang sepatutnya berlangsung sekitar jam tiga petang tidak seperti yang telah dirancang dan ditetapkan. Seperti biasa soal masa tidak begitu sangat diberikan perhatian oleh orang kita. Dalam banyak keadaan ketepatan masa sering dilihat enteng. Darjah kemarahannya tidaklah tinggi sangat kalau dia bukan berurusan dengan seorang pegawai dari Jabatan Agama ini. Umum selalunya mengharapkan betapa kepimpinan melalui teladan diterjemahkan dengan baik dalam setiap tindakan mereka. Ia membawa imej Islam dan perlu dilihat begitu oleh orang ramai. Tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberi implikasi negatif kepada orang ramai tentang kita orang Islam dan sekaligus orang Melayu. Pernah seorang Ustaz berbicara p

Peringatan

S ejak beberapa hari yang lalu menelusuri jalan masuk ke UiTM Segamat perhatian kita pastinya akan tertumpu kepada papan-papan tanda di kiri jalan masuk dan keluar. Ia bukan papan tanda biasa-biasa. Papan tanda ini menyedarkan kita agar tidak sangat lalai untuk mengingatiNya saban masa. Ia amat bagus dan terima kasih kepada yang menelurkan usaha mencacakkan papan tanda ini. Allah berfirman; الذّينَ ءَامنُوا وتَطمَئنّ قُلوبهُم بِذِكرِ الله أَلَا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنّ القُلُوبُ (سورة الرعد : 28) "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia .” Papan tanda begini memang sudah sangat biasa kita lihat dicacak di tepi-tepi jalan terutamanya di lokasi-lokasi menghampiri masjid. Saya percaya sesiapa pun yang terpandang papan tanda ini akan terdorong hatinya untuk melafazkan kalimah-kalimah suci ini dan berzikrullah. Malah dilaporkan di tempat-tempat dicacakkan papan tanda begini kadar kemala

Belasah

D ua hari berturut-turut saya "membelasah" tubuh badan saya. Saya ingin memberi sedikit ruang kepada minda untuk berehat pula. Sudah teruk diasak. Kata orang tua badan jangan dimanjakan sangat. Nanti manai, lemah dan tidak bermaya. Sesekali perlu dibelasah. Tidak susah pun. Lihat sekitar rumah. Rumput-rumput tebal dan panjang. Saya perlu "mengerjakan" rumput-rumput itu. Dua jam saya menghepong mesin rumput menulusuri keliling rumah. Memang penat namun kesannya melegakan. Tiada lagi kemuncup yang menyemakkan mata. Paling penting peluh membasahi seluruh badan. Amat menyegarkan. Kegiatan paling mudah dan murah untuk mengeluarkan peluh. Pokok-pokok yang memagari keliling rumah nampak tidak menarik. Daun-daun dan dahan-dahan yang tidak perlu wajar dicantas. Saya memerah keringat dan membanting tulang empat kerat saya. Memang memenatkan malah cukup melengohkan. Namun hati diulit puas kerana pandangan sekeliling tidak lagi memualkan. Pena Tumpul - Suka buat sendiri

Hijrah

Doa Akhir Tahun Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah

Tujuan

P etang ini saya sengaja mencabut tiang gol dan biarkan Haziq dan kawan-kawanya bermain di padang tanpa tiang ini. Saya ingin mengajarnya satu perkara yang cukup penting dalam hidupnya. Haziq agak pelik dan mahukan penjelasan tetapi saya tidak akan menjelaskan apa-apa pun. Selepas beberapa minit saya memanggilnya dan mendapatkan reaksinya bermain tanpa tiang gol. "Ajik tak tahu nak bawa bola ke mana. Nak sepak dalam gol, tiang tak ada. Bawa ajalah bola dan rebut-rebut bersama yang lain " katanya. Dia memberi jawapan yang amat saya harapkan. Mudah bagi saya untuk menjelaskan tujuan saya membiarkan dia bermain tanpa tiang gol tadi. Sememangnya bermain tanpa tiang gol akan mencetuskan beberapa kecelaruan. Bagaimana kemenangan hendak dikira? Ke mana bola hendak dibawa oleh pemain? Di mana pula posisi penjaga gawang? Saya melihat betapa huru-haranya Haziq dan kawannya bermain tanpa tiang gol. Nampak sangat bodoh. Dalam konteks kehidupan kita sebagai manusia begitulah kita kalau di

Pilihan

"Anak ibarat kain putih, coraknya pilihan kita" P etang ini Hafiz menunjukkan saya dan isteri tadikanya. Saya tidak memintanya tetapi dia yang bersungguh-sungguh untuk itu. Dia teruja sangat. "Inilah sekolah Hafiz. Cikgu dia baik. Hafiz suka sekolah ni". Dia belum bersekolah pun lagi di Tadika Khalifah Bestari ini. Dia dibawa ayahnya mendaftar di tadika itu dua hari lalu. Sesuatu yang baru pastinya menyeronokkannya dan suka pula untuk dikongsinya dengan Pak Uda dan Mak Udanya ini. Begitulah gelagat anak kecil. Cukup seronok dengan dunia yang baru dilaluinya. Pada saya ayahnya tidak salah dalam memilih tadika ini untuk anak sulungnya ini. Ia baik untuk pembentukan seeorang Hafiz yang diinginkan. Luarannya Islamik. Dalamnya juga pasti begitu.Saya lihat kurikulumnya. Lengkap dan menyeluruh. Dunia dan akhirat. Ia baik untuk Hafiz. Kata ibunya dia hendak Hafiz pandai membaca, mahir bahasa Inggeris dan pandai solat. Dan boleh juga hafal doa-doa. Saya rasa semua ibu dan b

Musang

"Berhati-hati dengan musang berbulu ayam" Sejak beberapa pagi yang lalu, ketulan-ketulan bagaikan biji kopi di kesan berlonggok di atas lantai garaj. Hampir setiap pagi. Saya mengesyaki sesuatu. Malam tadi saya intai dari celah tingkap sekitar 1 pagi, namun tiada apa yang kelihatan. Kata isteri ada kemungkinan musang berdasarkan "benda" yang ditinggalkan itu. Binatang yang aktif di waktu malam ini barangkali ingin berehat sambil menunggu mangsa. Kalau ayam yang diburunya, ia tidak mungkin kerana saya tidak membela ayam pun. Menurut Yako, musang ini ada banyak jenisnya. Ada yang makan ayam dan ada juga yang makan buah-buah. Ia mungkin musang pulut yang bersaiz kecil dan boleh menyelinap masuk melalui lubang-lubang kawat pagar yang kecil sekali pun. Biarlah musang dengan sifatnya yang musang itu. Cuma yang dibimbangkan kalau ada musang yang berbulu ayam. Musang jenis beginilahlah yang amat ditakuti. Susah dikesan dan licik tindakannya. Ia bagai gunting dalam lipatan.

AsmaulHusna

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari. (Fadhilat ini dipetik dari buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &

Tebas

"Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri " S aya ditegur isteri untuk kesekian kalinya pagi ini. Dia tidak selesa melihat saya yang serabai dan bagai tidak terurus. Sejak beberapa hari lalu saya secara sengaja memilih untuk tidak mencukur jambang dan janggut yang sudah mula melebat di muka. Wajah kelihatan kusut masai dengan misai yang dibiarkan tumbuh melata. Sudah sangat lama saya menyimpan keinginan untuk membiarkan bulu-bulu di muka tumbuh semahunya. Namun kesempatan itu tidak pernah saya dapat pun. Isteri amat mudah mengesannya dan sekaligus "mengarahkan" saya "menebasnya". Rimas dan selekeh katanya. Saya akur. Sesekali terlintas juga difikiran bahawa kita tidak berlaku adil pada isteri sebenarnya. Ketika kita mendambakan isteri tampil kemas, cantik dan menawan suami pula adakalanya tidak begitu. Sepatutnya, suami juga perlu menjaga personaliti atau perwatakan peribadinya. Isteri perlu dipersembahkan seor

Zikir

"Zikir itu pelita hati" B agaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam). Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya; “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, ayat 205) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.

Bunuh

K antung email dibuka awal pagi ini dan saya menemui kisah yang cukup menarik ini. Ia tidak mungkin kisah benar dan sekadar rekaan semata-mata namun tetap terselit pengajaran. Umum mengetahui betapa orang Melayu kita begitu berhati-hati dalam membicarakan perkara ini. Cukup malu. Pernyataan secara terbuka dianggap taboo. Lain kali kalau terdengar dek telinga kita ada yang menyatakan hasratnya hendak bunuh syaitan fahamlah kita apa maksudnya. S eorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri

Keupayaan

"Setiap manusia lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan" D iko cukup berpuas hati dengan pencapaian 4A dan 4B yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Emaknya juga mengiktiraf kejayaannya itu yang sepatutnya boleh lebih baik daripada itu. Emaknya menyangka bahawa itulah pencapaian terbaik yang boleh dimanifestasikan oleh anak perempuannya itu. Lalu Diko diberikan hadiah sebuah komputer riba. Ia bagus dan tidak salah pun. Diko memang berhak untuk itu berkat usaha gigihnya itu. Saya tidak mahu Diko hanyut dalam pencapaiannya yang tidak seberapa itu. Saya perlekehkannya supaya dia tidak berpuas hati di takuk itu sahaja. Apalah sangat 4A itu. Diko dilihat tercabar. Memang itu pun tujuan saya dan saya berjaya. Saya selalu percaya Diko boleh buat lebih baik daripada itu pun. Cumanya, Diko mungkin anggap kemampuannya setakat itu sahaja, walaupun sebenarnya ia boleh capai 8A malah 10A kalau dia mahu! Saya merangsangnya dengan kisah wanita dengan anjing gar

365

"Tidur yang belebihan memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung dan angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam selepas makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. " Itu kata Dr Mohammad Ali Toha dalam bukunya 365 tip sihat gaya Rasullulah. Ada 364 tip lagi yang cukup menarik dan boleh diamalkan. Setiap manusia memang dambakan kesihatan bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam

Umur

Z izi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada Hari Raya Haji. Saya dirayu emaknya supaya hadir dan membawa bersama emak. Tidak sampai satu jam pun kami sampai di Serting. Ia tempat yang menarik. Sebuah petempatan yang cukup terancang. Ia bermula dari sebuah petempatan Felda yang ditransformasi kepada sebuah bandar yang lengkap segalanya. Ada sebuah masjid bernilai 8 juta tersergam dan sebuah hospital juga. Bertambah lagi umur Zizi. Umur sesiapa pun sentiasa meningkat setiap hari. Semakin hampirlah juga untuk dijemputNya semula setelah seketika berada di bumi yang fana ini. Ketika yang lain tidak putus-putus mengucap serta mendoakan supaya Zizi dimurahkan rezeki, dikurnia kesihatan yang baik dan semoga panjang umur, ucapan saya sedikit berlainan. “Selamat pendek umur,” saya bergurau. Semua tersentak. “Kenapa pula ucapan pendek umur?” tanya Adah, emak Zizi . Dia amat hairan “Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, se

Dialog

K antung e-mail di intai dan saya menemukan kiriman yang amat menarik ini. Cukup elok untuk dikongsi bersama. S uatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan, " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab, " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi, "Tetapi di sini didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pe

Pertemuan

S aya ke Kg Spang Loi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak penulis novel terkenal Cikgu Abd Talib Hassan. Kesebokan melayan tetamu yang datang tidak memberi sedikit ruang pun pada saya untuk bersembang dengan penulis yang melonjak naik namanya lewat novel Saga 1976. Sekurang-kurangnya untuk bertanya karya terbaru daripadanya. Cikgu Talib sebenarnya bukanlah asing pada saya. Saya pernah menjadi anak muridnya sekitar 70an dahulu. Beliau merupakan kawan baik kepada arwah bapa saya. Saya masih ingat sekitar tahun 1970 beliau yang berasal dari Teluk Intan telah menggabungkan anak-anak muda yang berminat di kampung untuk satu pementasan teater purba yang amat menarik. Sambil menyelam minum air. Saya tidak melepaskan peluang mengunjungi atuk saya yang nampak ceria di samping isteri baru yang dinikahinya sejak setahun yang lalu Di usia 88 tahun atuk nampak masih sihat dan bertenaga. Menurut Utih, atok amat manja dan sentiasa ingin dibelai oleh isteri barunya itu. Baguslah tu. Perjalanan

E-mails

T here are a lot of ways to make mistakes while working with the computer. The most embarrassing one is when you send an email to the wrong person….above all when this person is the object of insults the email is referring to! Forget about it and lets share this joke. A man checked into a hotel. There was a computer in his room, So he decided to send an e-mail to his wife. However, he accidentally typed a wrong e-mail address, and without realizing his error, he sent the e-mail. Meanwhile... Somewhere in Houston , a widow had just returned from her husband's funeral. The widow decided to check her e-mail, expecting condolence messages from relatives and friends. After reading the first message, she fainted. The widow's son rushed into the room, found his mother on the floor, and saw the computer screen which read: * * * * * * * To: My Loving Wife Subject: I've Reached Date: 5th November 2010 I know you're surprised to hear from me. They gave computers here, and we are

Bongkar

P ersoalan yang berlegar di minda saya sejak sebulan lalu terjawab hari ini. Seorang sahabat lama ini yang pernah saya bersama dengannya semasa di UKM lebih dua dekad lalu merungkaikan kekusutan yang menyemakkan fikiran. Saya berjaya menjejaknya semula di laman sosial FB. Kami pernah senang dan susah bersama bila secara kebetulan menghuni bilik yang sama. Pernah berkongsi sepinggan mee segera bersama. Pernah membonceng motor buruk saya untuk ke kelas bersama. Kami berjumpa semula. Lantas, bagai orang mengantuk di sorong bantal kehadirannya semula membawa kelegaan yang bukan sedikit kepada saya. Sahabat baik ini berjaya membantu saya menelanjangkan identiti seorang pembaca blog ini dan sekali gus menyiatkan topeng kepalsuan yang dipakainya selama ini. Pembaca blog yang seorang ini cukup selesa meninggalkan komen-komen berbaur negatif dan amat tidak ikhlas. Pedas. Tajam. Menjengkilkan. Komen yang terbit dari hati yang busukkkkkkk. Penuh dendam. Dengan berselindung di sebalik nama Pena Ta

Pujian

" S edap betullah gulai ketam ni, siapa yang masak ni". Hari ini saya tidak dapat menahan diri saya untuk mengekspresikan bahawa masakan isteri pada hari ini memang luar biasa sedap dan enaknya. Indikatornya saya menambah nasi sampai tiga kali. Tiada siapa yang boleh menahannya. Selera begitu meluap-luap justeru di jana keenakan gulai ketam. Teruknya. Gulai ketam masak lemak kuning cili api memang kegemaran saya. Ia begitu sedap bila isteri yang memasaknya. Bukan isteri tidak pernah memasak yang dirasa sedap dan enak begini, cumanya dalam banyak keadaan saya memilih untuk tidak meluahkan pujian itu secara terbuka. Namun jauh di sudut hati, pernyataannya ialah sedap, enak dan lazat. Saya terjemahkannya dengan makan lebih daripada biasa. Dan Wati faham, tinggal lagi wanita tetap wanita. Umumnya, wanita tidak seperti lelaki yang sentiasa dahagakan pujian. Dan, lebih teruk dari itu, kalau pujian sudah dilontarkan pun, ia masih menagih agar pujian itu diulang berkali-kali. Paling

Pekak

P emanduan ke Johor Bahru seawal 5.00 pagi agak lembab. Tidak boleh sangat memecut supaya akhirnya boleh sampai di OUM sebelum jam 8 pagi. Hujan renyai-renyai yang berterusan dari hujan yang merengek sejak malam tadi membantutkan sedikit kelajuan. Memandu seorang diri memang membosankan selain menyumbang kepada rasa mengantuk.Isteri dan anak tidak bisa menemani seperti selalu. Jalan masih basah dan sesekali perlu mengelak lopak air yang tidak diduga. "Buat apa nak sebok-sebok sama ada saya sembahyang ke tidak. Kau nak sembahyang, itu urusan kau, lagi pun kubur masing-masing". Saya mendengarnya melalui radio IKIM pagi ini. Seorang ustaz yang saya kagumi ini memang seronok bila didengar berbicara. Dia bercerita ditanya oleh seorang yang memerlukan bantuannya bagaimana untuk menasihatkan kawannya yang begitu liat hendak sembahyang. Dan jawapan itulah yang diterimanya dari kawannya itu. Jawapan begini memang sudah biasa sangat kita dengar. Namun yang menariknya saya tidak pernah

Mengaruk

P emilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman Pihak Berkuasa Tempatan atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak. Itu kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan. Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan. Selain itu katanya, pindaan juga antara lain mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya. Sehingga akta yang dimaksudkan itu dipinda dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang, pemilik kenderaan ada sebab yang cukup kuat untuk tidak berasa gusar. Kalau ke bandar sekarang, penguatkuasa Majlis Bandaran Segamat bagaikan mengaruk dan dilanda kemaruk. Kelibat petugas berpakaian biru gelap sentiasa dilihat terpacak di petak-petak pa