Skip to main content

Balasan

Allah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi kita perlu yakin, apa yang kita beri, kita akan dapat balik namun tidak pernah kita tahu dalam bentuk apa dan bila ketikanya. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat selalunya akan kembali kita. Kita kena yakin dengan ketetapan ini, tanpa ragu.

Ketetapan Allah mutlak dan muktamad. Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa ia dipanggil "golden rule". Begitu juga sebaliknya, kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu semula akan kembali semula kepada kita. Ia umpama bola yang dibaling kedinding, akan melantun semula kepada pembalingnya. Kalau baik yang kita beri, baiklah yang kita dapat. Kalau yang buruk kita beri, maka yang buruklah bakal kita dapat.

Analoginya cukup mudah. Katalah kita sedang memandu. Di persimpangan ada kereta yang ingin mencelah masuk ke jalan yang sedang kita lalui. Ini biasa kita lihat dan alami. Jalan memang penuh sesak. Lampu isyarat di hadapan. Memberi kereta tersebut laluan untuk mencelah masuk bermakna akan melambatkan perjalanan kita untuk melepasi lampu isyarat. Selalunya berdepan dengan keadaan ini, kita beralah dengan memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.

Kemudian tidak lama selepas itu kita pula yang berada di persimpangan jalan dan mengalami apa yang di alami oleh pemandu yang kita berikan laluan tadi. Kini kita pula yang mengharap belas pemandu memberi laluan kepada kita untuk mencelah. Adalah tidak logik untuk kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Dan selalunya, pasti ada kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk membalas kebaikan kita tadi.

Bagaimana yang berlaku dalam litar di jalan raya begitu jualah litar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi mungkin B atau C atau D. Inilah hakikat kehidupan.

Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan!

Pena Tumpul - Ada ubi ada batas

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...