Skip to main content

Model

Dua puluh tahun lalu saya kenal Encik Saufi sebagai seorang Pembantu Am Rendah (PAR) atau dalam panggilan yang lebih biasa lagi ialah budak pejabat. Ya, beliau hanya seorang budak pejabat di sebuah sekolah menengah. Lazimnya, dengan memegang jawatan ini, tugas beliau banyak berpandukan arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Antara lain, menaip surat, mengepos surat dan sesekali diminta bantuannya untuk membuat garisan padang dan juga melatih pasukan sekolah dalam permainan seperti bola sepak misalnya.

Secara peribadinya selama tiga tahun bersamanya, Saufi komited dengan tugasnya dan paling penting tiada masalah untuk didekati dan juga diajak berunding.

Hari ini bila saya menjumpainya semula, Saufi bukan lagi Saufi yang dahulu. Kerjayanya berubah 360 darjah. Dia bukan lagi budak pejabat. Dia kini dan sejak lima tahun yang lalu adalah salah seorang staf akademik di sebuah institut latihan pendidikan di puncak Tanah Tinggi Genting. Kalau dulu dia diarah oleh Pengetua kini kerjayanya melibatkan kelompok Pengetua sebagai pelanggannya. Pengetua-pengetua adalah pelajarnya.

Saufi berubah kerjayanya namun peribadinya masih macam 20 tahun dulu. Dia senang berseloroh. Selama dua jam bersamanya kenangan pahit manis dicungkil semula dan bersama-sama Pak Lah, Pak Khilid dan Pak Latif deraian ketawa tidak mampu ditahan.

Tuah ayam nampak ditaji, tuah orang nampak diusahanya. Saufi adalah model terbaik dan perlu dicontohi!

Pena Tumpul - Pantasnya masa berlalu

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...