Skip to main content

Kampung

Gulai masak lemak cili padi ayam kampung masakan nenek  memang tiada tolok bandingnya. Saya memang langkah kanan bila berkunjung ke rumah atok malam ini. Sudah agak lama saya tidak berjumpa atok. Sesampainya saya dan isteri, Haziq dan emak kedua-dua atok dan nenek sedang menyantap penuh selera. Tanpa rasa malu saya tumpang duduk bersama mereka menikmati sajian yang cukup menyelerakan. Saya juga tidak segan menambah nasi kerana penangan gulai atok dan sambil petai bukan kepalang hebatnya.

 Saya mengajak Haziq untuk turut sama merasai keenakan ayam kampung. Dia menolak dan saya tahu dia memang akan terus menolak sampai bila-bila pun. Ketaksubannya pada ayam 'bandar' tetap tegar dan tidak pernah ada tanda-tanda untuk merudum pun. Sehari tanpa ayam bandar dalam menu masakan mamanya menyaksikan dia rela tidak makan pada hari tersebut.

Lepas itu Mak Utih sajikan pula rebus ubi panas dan empuk. Makin enak bila ada sambal tumis ikan bilis. Masa itu tidak ingat lagi soal sebu perut kalau banyak makan ubi. Sempat atok bercerita tentang kesengsaraan zaman Jepun makan ubi siang dan malam. Kisah lari dalam hutan dan gantung kelambu pada pokok dan buai untuk emak yang ketika itu baru berusia empat bulan.

Seronoknya mendengar cerita atok dan pengalamannya waktu Jepun sampai tidak sedar malam kian larut.

Pena Tumpul - Mahu bela ayam kampung

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...