Skip to main content

Buku

Buku masih lagi relevan.Pembaca dan pengikutnya masih ramai. Buktinya saya perlu berasak-asak di celah-celah ramainya orang yang mengunjung Pesta Buku Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Saya agak pesimis bahawa jumlah mereka yang menguliti buku semakin kurang dewasa ini. Saya selalunya cenderung untuk beranggapan bahawa perkembangan amat pesat dalam media bentuk baru bakal  mengalih perhatian orang ramai kepada bahan bacaan yang fizikalnya bukan buku. Orang ramai akan lebih teruja untuk menelusuri maklumat di skrin komputer berjam-jam tanpa rasa jemu. Saya silap.Buku tidak akan dipinggirkan. Buku masih punya kekuatan tersendiri.

Lebih kurang tiga jam saya memanafaatkan masa di medan ilmu ini. Kalau tidak kerana keperluan untuk bersegera balik ke Segamat sebelum menjelang malam, mahu sahaja saya "berkampung" di sini. Tidak puas rasanya untuk menikmati sajian aneka buku yang memenuhi hampir setiap ruang pesta. Begitulah kuatnya penangan buku. Masa dirasakan amat cepat berlalu.

Seperti yang diduga dua gerai menjadi tumpuan orang ramai. PTS terus unggul sebagai peneraju buku-buku Melayu yang bermutu dan memenuhi citarasa pembaca. Setiap ruang penuh dengan orang ramai. Saya sempat berkunjung ke gerai DBP dan ingin menyatakan bahawa DBP semakin hilang taringnya. Tidak semeriah di PTS. DBP perlu melakukan suatu rombakan besar-besaran atau dikhuatiri akan tewas dan tumpas dalam kerancakan industri perbukuan negara masa kini.

Telaga Biru juga mencuri tumpuan. Telaga Biru juga amat arif memenuhi kehendak pembaca. Buku-buku agamanya tidak syak lagi memang amat bermutu. Rencam saya membelek satu demi satu buku baru yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang hebatnya. Telaga Biru bagaikan memberi air kepada pembacanya yang benar-benar sedang kehausan!


Pena Tumpul - Sempat berbual dengan Syahrul Nizam Junaini penulis Seni Bahasa Badan

Comments

syahrulnizam said…
Terima kasih kerana sudi berbual-bual dengan saya. :)
Kamil said…
Saya juga menunggu peluang untuk berbual lagi. Saya semakin seronok mengunyah dan menghadam Seni Bahasa Badan. Menarik!

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...