Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Jawatan

M engajak seseorang untuk hadir ke masjid untuk solat berjemaah bukanlah tugas yang mudah. Kesediaan untuk solat  berjemaah sebenarnya banyak didorong oleh diri sendiri dan bukan kerana dorongan orang lain. Walaupun umum sedar dan sangat tahu bahawa ada 27 ganjaran pahala yang diraih, namun ia masih bukan tarikan yang amat kuat. Pagi ini ketika melintasi sebuah masjid mata saya ditarik untuk memandang iklan Jawatan Kosong yang amat menarik ini. Saya fikir iklan ini mewarwarkan maklumat jawatan kosong di kilang atau syarikat tertentu. Ini pastinya peluang baik yang akan saya sampaikan kepada rakan-rakan atau kenalan yang memang sedang memburu pekerjaan. Saya dekati iklan itu. Ia bukan iklan pekerjaan rupanya. Namun ganjarannya lumayan. Kelayakannya pun sangat minimal. Malah tarikh tutup pun cukup panjang, selama hayat dikandung badan. Sangat sangat menarik. Membaca iklan itu dan menghadam maklumatnya satu perkara.  Manakala menyahut tawaran itu juga satu perkara dan inilah yang le

Bersih

"Kalau tolong kita pungut sampah lagi bagus"  S aya dengar kata-kata itu terpacul dari mulut seorang pengutip sampah DBKL yang sedang memerhatikan beberapa orang berbaju kuning lalu lalang di depan mereka. Namun mereka bukan untuk membersihkan sampah. Itu bukan misi mereka. Mereka mahu membersihkan "sesuatu" yang mereka dakwa kotor lalu mereka memilih untuk berjalan-jalan sambil mempamerkan bantahan mereka. Saya selalu percaya demonstrasi jalanan bukanlah kaedah terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ada jalan penyelesaian yang saya kira lebih baik, lebih sesuai malah lebih bertamadun daripada itu. Meja rundingan boleh dijadikan pentas terbaik untuk melunaskan apa yang terbuku dalam hati Tidak perlulah sampai melibatkan ramai orang yang sebenarnya tidak menyumbang kepada penyelesaian pun. Ia cuma memcetuskan dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Secara peribadi, saya terjejas secara langsung angkara demonstrasi ini. Hampir dua jam saya tersangku

Menuding

A wal petang kelmarin saya terserempak dengan orang ramai yang berkerumun di landasan keretapi Jalan Genuang. Saya dan isteri tangkas membuat telahan bahawa pasti ada kemalangan di situ. Saya pada mulanya ingin singgah namun tidak cukup berani selain daripada ada urusan lain yang lebih segera. Kami tidak silap. Selang beberapa minit kemudian di bank cerita sudah mula tersebar. Seorang pelajar sekolah digilis keretapi. Hari ini kesahihannya terpapar di akhbar. Pagi ini ketika minum-minum di sebuah warung, cerita yang sama dibualkan. Beberapa orang didengar bercakap tentangnya. Seperti biasa bila kejadian begini berlaku, soal siapa salah yang dititikbengikan. Salah menyalah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah kerana tidak memberi peringatan kepada pelajarnya supaya jangan melintas di situ. Ada yang menyalahkan Pihak Berkuasa Tempatan kerana tidak menyediakan papan tanda amaran atau lebih baik lagi menyediakan jejantas untuk pejalan kaki. Pun ada yang menyalahkan KTM namun atas alasan

Satu

A da beberapa isu menarik menyentuh umat Melayu Islam dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung di Dataran Segamat malam tadi. Syeikh Ismail Hashim membicarakan agak panjang lebar soal kesatuan umat Melayu Islam. Bercakaran sesama sendiri, kutuk mengutuk, cemuh mencemuh dan fitnah memfitnah dilihat menjadi amalan biasa yang sudah diterima sejak akhir-akhir ini. Atas dasar perbezaan pandangan dan ideologi, soal permuafakatan dijadikan korban. Sepatutnya dan sewajarnya umat Melayu Islam bersatu dan bukannya berpecah dan berpuak begitu. Alasannya amat mudah. Umat Melayu Islam menyembah Allah yang satu, berkiblatkan yang satu, mengikut ajaran yang disampaikan oleh Nabi yang juga satu dan berpandukan kepada AlQuran yang juga satu. Namun kesatuan itu sukar berlaku. Sebabnya juga mudah. Ustaz ini memberi analogi yang cukup menarik. Ia tentang seekor ayam jantan dan kambing jantan. Kambing mengutuk ayam jantan yang berkaki ayam walaupun punya balong yang cantik di atas kepala. Ayam

Puisi

K ata Marsli NO, penyair dari Trengganu ini, dia tidak boleh menulis dalam keadaan senang hati.Dia cuma sangat terdorong untuk menghasilkan bait-bait puisi bila dalam keadaan susah hati, marah dan sangat geram. Ketika marah membara dan geram memuncak ketika itulah juga ilham melahirkan puisi membuak-buak.  Dan puisi "Politikus" ini saya kira pastinya tersurat dari apa yang tersirat dalam batang tubuh penyair yang mendakwa marhaen ini. Dia mendeklamasi puisi ini di hujung bicaranya dalam "Jom Borak Buku" selama dua jam di UiTM baru-baru ini. Amat menarik dan menggoncangkan. Dia dewasa di dunia yang tamak mengasuhnya menjadi cerdik  dengan muslihat dan kehendak  yang dipertahankan dengan  serakah. Sesekali, dengan topeng maruah,  dia menyalak di pentas dan dewan perhimpunan.  Wajah anjingnya ditutup dengan pekik dan jerit.  Sambil menjilat ludah dan kencing autanya sendiri. Katanya dia seniman yang melawan. Tidak suka sangat terikat dengan p

Bergesa

S esekali saya dengar Diko mengeluh. Dia macam mahu segera habis menamatkan zaman sekolahnya. Sudah jemu barangkali. Tidak seronok dengan suasana sekolah. Banyak kerja atau tekanan dari rakan. Pelbagai kemungkinan yang boleh disenarai. Saya pun pernah rasa begitu dulu. Namun sebabnya jelas.Saya ingin habis sekolah cepat dan kemudian boleh cari kerja dan seterusnya boleh pegang duit sendiri. Saya sedar saya terleka dengan keseronokan punya duit sendiri hanya bekerja sebulan dua masa cuti sekolah. Itu sahaja sebabnya. Saya tahu Diko tidak sabar untuk bertahan lama dalam dunia yang sedang dilaluinya kini. Berada di dunia remaja yang diisi dengan belajar dan belajar tanpa kesudahan mungkin meletihkan dan membosankannya juga.Lantas berharap agar masa hadapan cepat datang. Dilanda juga rasa tidak sabar untuk melakukan perubahan atau mencapai impian. Memiliki pekerjaan yang diimpikan dan mempunyai wang sendiri misalnya. Seeloknya kita tidak terlalu tertekan mengimpi masa depan. Sebali

Kerjasekolah

A ntara soalan yang ditanya bila anak kita pulang dari sekolah ialah "Ada kerja sekolah tak?" Selalunya anak yang jujur akan kata guru ada bekalkan kerja sekolah. Pun begitu ada juga yang agak kurang rajin akan mengatakan tiada walaupun pada hakikatnya memang ada. Bila anak mula berbohong tentang kerja sekolahnya ayah dan ibu akan dibangkit kemarahannya. Anak akan dileter ibu manakala ayah sama ada memilih untuk diam atau bertindak lebih dari sekadar leteran ibu. Ada potensi anak akan dihukum secara fizikal. Pun begitu masih di bawah kawalan tindakannya. Namun tidak mustahil kalau ada ibu bapa yang bertindak di luar kawalan andai bila cukup marah dengan anak yang enggan menyiapkan kerja sekolahnya. Jarang kita dengar ayah atau ibu yang sampai sanggup menanam anaknya hidup-hidup dan seumpamanya hanya kerana anak malas menyiapkan kerja sekolahnya. Ini mungkin tidak berlaku di sini tetapi ia berlaku di China . Seorang ayah di China bertindak menanam anakny

Ad-Dhuha

S urah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, di tinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad bahawa Allah telah membenci dan meninggalkan baginda.   Allah  dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi , bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini. Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu. Terjemahan: [1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi - [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya

Rahmat

"Jangan simpan patung dalam rumah, nanti Malaikat Rahmat tak masuk" S elalu kita dengar orang sebut tentang Malaikat Rahmat yang tidak masuk rumah. Selalunya patunglah yang dikaitkan. Adakah setakat simpan patung itu sahaja? Mengapa Malaikat Rahmat ini perlu masuk ke dalam rumah kita? Tempat tinggal yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni sebagai tempat berlindung atau berteduh adalah idaman semua. Malah, sebagai umat Islam, pasti kita juga mengharapkan rumah yang diduduki sentiasa mendapat rahmat dan berkat Allah. Sebenarnya, antara faktor menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah itu sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat. Penghuni yang beriman akan dikawal dan dijauhkan daripada gangguan syaitan, memperoleh ketenangan dan ketenteraman hati serta dipohonkan keampunan oleh malaikat. Mereka dipelihara ketika tidur dan jaga, didoakan malaikat, selain doa mereka turut ‘diaminkan’ malaikat ketika mengerjakan sola

Pencuri

S eorang Ustaz berkongsi cerita yang saya kira sangat menarik ini. Ia tentang seorang pemuda yang berguru dengan seorang alim dan diperintahkan supaya keluar bekerja dan mencari pekerjaan. Yang menariknya pekerjaan yang perlu dilakukan mestilah pekerjaan yang pernah dilakukan oleh ayahnya dahulu. Dan yang paling penting dalam melakukan pekerjaan itu, perlulah jujur dan bertakwa kepada Allah. Pemuda itu tidak tahu tentang pekerjaan ayahnya kerana ayahnya telah lama meninggal dunia. Dia pun segera pulang ke rumah untuk menanyakan hal tersebut kepada ibunya.Setibanya di rumah, pemuda itu menemui ibunya, lalu berkata, "Bu, tolong beri tahu kepadaku apa pekerjaan sepeninggal ayah dahulu? " Ibunya rasa sangat hairan dengan pertanyaan anaknya yang tiba-tiba itu. Dia pun bertanya, "Kenapa nak tau kerja apa ayah kamu buat dulu? " .Pemuda itu terus-menerus mendesak ibunya agar memberitahu pekerjaan ayahnya. Lama-kelamaan  ibu tewas dengan desakan anaknya. Dengan

Romantis

"Baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah isterinya, apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, berapa ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?" S aya mendengar seorang Ustazah menyampaikannya lewat corong radio pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja. Isteri yang duduk di sebelah saya lihat tersenyum. Dia tahu sama ada suaminya ini buat atau tidak. Saya mengakui saya tidak buat pun. Itulah cara Nabi junjungan kita. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah  ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.” Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepa

Wuduk

M aklumat yang bertaraf ilmu ini amat berguna untuk dikongsi dan lebih penting diterjemahkan dalam bentuk amalan. Kita mungkin selalu berwuduk paling kurang lima kali dalam sehari. Namun, wuduk bukan sekadar membasuh anggota yang mungkin kotor dek sampah, habuk dan sebagainya  secara lahiriah tetapi ia melangkaui kotoran-kotoran batiniah yang dilakukan oleh anggota wuduk itu.  Ketika Ambil Wuduk kita niatkanlah dalam hati, 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de ngan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 5. Ketika membasuh kepala, bern

Metafora

"Kehidupan adalah pantai" " Kehidupan adalah peperangan" D ua kenyataan di atas adalah metafora. Metafora adalah umpama simbol atau ibarat. Kebiasaannya manusia menggunakan metafora ini bila melihat sesuatu dari pandangannya yang mungkin berbeza dengan pandangan mata orang lain..   Setiap orang pastinya melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza. Ia bergantung kepada pengalaman mereka dalam melalui kehidupan. Lantas kerana itu lahirlah seribu satu metafora tentang kehidupan itu sahaja. Jika kita melihat kehidupan itu peperangan, ia seolah-olah menggambarkan kehidupan itu negatif sifatnya. Penuh ranjau dan duri. Kita boleh  membayangkan kehidupan yang penuh peperangan di mana setiap orang saling bergaduh antara satu sama lain. Tiada unsur harmoni dan kepercayaan antara manusia. Pun begitu ia boleh dilihat secara  positif juga  Ia menuntut kepada keperluan untuk kita agar berhati-hati dan bersemangat dalam berjuang meredah kehidupan agar dipenghu

5

K erap kali kita rasa amat sukar untuk memulakan dan melakukan sesuatu. Lebih-lebih lagi untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Juga untuk sesuatu yang boleh membangkitkan rasa jemu dan bosan. Untuk memulakannya pun sudah begitu sukar apatah lagi untuk terus bertahan lama. Teringat sewaktu sekolah dahulu bila setiap kali diingatkan oleh arwah ayah dan ibu supaya jangan leka mentelaah pelajaran. Terasa liatnya bukan kepalang. Namun diuja dan dipaksa juga diri walau dengan rasa payah. Memang beginilah yang acapkali kita hadapi sekiranya kita ingin melakukan sesuatu yang tidak kita suka sangat sebenarnya. Sebaliknya kalau sesuatu yang mahu dilakukan itu menyeronokkan dan tidak juga membosankan, boleh pula kita bertahan lama dengannya.  Hari ini saya mengesan Haziq tidak mengulangkaji pelajarannya langsung. Dia mengambil kesempatan cuti umum hari ini dan berfikiran bahawa dia juga perlu berehat tanpa buku. Saya tidak terdorong untuk membiarkannya berleka-leka begitu. Dia mula memb

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu

RM5

F antastik. Luar biasa. Menakjubkan. Mana tidaknya saya cuma perlu bayar RM5 untuk mengikuti kursus selama lima jam. Macam sukar hendak percaya. Namun itulah hakikatnya. Saya menyertai kursus di Kolej Komuniti hari ini. Paling menarik, cuma dua orang sahaja pelajarnya, saya dan seorang lagi pesara guru. Kolej Komuniti memang diwujudkan untuk menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada orang ramai. Justeru itu yurannya memang sangat murah dan sangat sangat berbaloi. Saya melihat peluang ini tidak direnggut oleh masyarakat setempat untuk belajar ilmu baru dan kemahiran baru. Saya melihat senarai kursus yang ditawarkan dan ia memang bermanafaat pun. Ada kursus jahitan, buat coklat, pengukuhan AlQuran, perpaipan dan banyak lagi. Di negara-negara maju pembelajaran sepanjang hayat ini memang mendapat tempat. Sayangnya, masyarakat kita masih belum mencapai ke tahap ini. Kita masih melihat bahawa pembelajaran akan terhenti di peringkat usia tertentu. Apalah perlunya warga emas un

Dosa

D osa itu memang meresahkan jiwa. Jika kita melakukan kesalahan, selalunya kita akan dihantui rasa gelisah yang kemudiannya akan mengocak rasa tenang dalam jiwa. Rasa takut, cemas dan curiga akan sentiasa berkecamuk di dalam hati yang menyebabkan kita rasa tidak normal dan tidak selesa juga. Walapun tiada siapa yang tahu kita melakukan kesalahan dan dosa, tetapi kita tidak berupaya membendung rasa bersalah yang bagai tidak tertanggung. Begitulah hebatnya penangan membuat salah dan dosa. Rasa bersalah itu lebih perit lagi daripada perbuatan salah yang kita lakukan itu. Ia amat mencengkam jiwa. Pagi ini tanpa diminta apatah lagi dipaksa, Haziq tampil ke muka membuka cerita tentang salah lakunya. Sengaja saya biarkan dia berperang dengan rasa bersalahnya kerana dosanya itu dengan fitrah hatinya sebagai manusia yang memang bencikan kejahatan dan sukakan kebaikan. Saya mahu melihat sejauh mana dia mampu untuk terus berperang menangkis rasa gelisah dan resah dalam dirinya. Dia tidak berup

BIdadari

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya". (Ad-Dukhan:54) Bila saya sampai di ayat atas tadi, sengaja saya baca kuat-kuat kerana Haziq kebetulan berada tidak jauh dari saya. Saya tahu dia memang mendengar apa yang saya baca. Bila saya usai membaca, dia bertanya kepada saya tentang bidadari. Dia ingin tahu lebih dari sekadar apa yang pernah didengar dan dibacanya tentang bidadari. Bahawa bidadari hadiah Allah untuk mereka yang beriman dan beramal soleh di syurga. Setakat itu sahajalah  yang dia tahu. Saya juga tidak tahu banyak tentang bidadari. Saya rujuk kepada Pak Cik Google dan menemui maklumat ini dan harap ia maklumat yang betul. Dan maklumat ini saya kira cukup mengujakan. Diriwayatkan  Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku

Meminta

" Sekiranya meminta, tangan harus berada di bawah" A dakalanya kita rasa sukar sangat untuk meminta sesuatu dari orang lain sedangkan dalam masa yang sama kita melihat ia cukup senang bila orang lain melakukan perkara yang sama itu. Ketika kita sukar mendapatnya, orang lain senang pula memperolehinya. Pastinya ada sesuatu yang membezakan kita dan orang lain itu. Petang ini bila Hafiz disuruh oleh atoknya melakukan kerja sekolahnya saya dapat melihat Hafiz enggan melakukannya.Dia memberi pelbagai alasan untuk menolak permintaan atoknya itu.  Atoknya mencuba pelbagai cara, hatta menggertaknya dengan rotan, Hafiz tetap berkeras tidak mahu melakukannya. Atoknya gagal membuat Hafiz mengikut kata-katanya. Dan saya memang selalu melihat dia selalu gagal pun mempengaruhi cucu sulungnya ini. Selang beberapa ketika, seorang lagi atoknya mendekati Hafiz juga dengan tujuan yang sama. Atoknya yang satu lagi ini tidak membentak apatah lagi meninggi suara berbanding dengan atok yang