Skip to main content

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja.
Biasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu sahaja. Yang lain-lain itu kalau pun berlaku tidak lebih sekadar satu kebetulan sahaja.


Namun bukan isu kemiripan wajah anak dengan ayah atau ibunya yang menarik perhatian saya tetapi bagaimana Islam menjelaskan fenomena ini. Petang ini saya tertarik dengan seorang Ustaz yang ada menyentuh soal ini lewat corong radio.

Ia tentang seorang pendita Yahudi yang tekenal di kalangan kaumnya iaitu Abdullah bin Salam yang bertanya kepada Nabi Muhammad tiga soalan "Sesungguhnya aku ingin brtanya kepada engkau tentang tiga perkara,tidaklah mengetahuinya melainkan Nabi katanya: 1) Apakah tanda pertama hari kiamat? 2) Apakah makanan terawal yg akn dimakan oleh ahli syurga? 3) Dan sebab apakah seorang anak menyerupai bapanya atau ibunya?

Nabi bertanya kepada Jibril dan menjawab soalan tadi, "Ada pun tanda pertama hari kiamat apabila timbulnya api dan manusia dihimpunkan daripada timur hingga ke barat. Mankala makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah hati ikan paus.  Dan tentang anak yang serupa ayah atau ibunya, jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu air maninya mendahului air mani isterinya maka anak itu akan menyerupai bapanya,jika air mani isterinya mendahului air mani suaminya maka anaknya akan meyerupai ibunya"

Maknanya apabila air nutfah (air mani) seseorang melebihi air nutfah seorang lagi, maka jika takdirkan benihnya itu dibiakkan oleh Allah, maka ia akan menyerupai kepada orang yang air nutfahnya yang lebih itu .Wajah bayi itu, nanti akan menyerupai rupa yang mempunyai lebihan air nutfahnya, tidaklah kira apa pun jantinanya .Adapun kemiripan wajah anak, jika seorang suami bersetubuh;dengan isterinya, jika sperma suami (lelaki) mendahului (melebihi) sperma isteri (perempuan), maka wajah si anak akan mirip dengan bapanya, sebaliknya jika air mani sperma isteri (perempuan) mendahuluinya (melebihi) sperma suami (lelaki), maka wajah si anak akan mirip si ibuā€ (Sahih al Bukhari: 3329)

Ada juga yang memberi kenyataan yang agak nakal sedikit bahawa kalau anak menyerupai ayah, bermakna ayahlah yang "puas" dahulu berbanding ibu dan begitulah sebaliknya. Betulkah begitu?

Pena Tumpul - Tengok anak, rupa sapa

Comments

PENA KASIH said…
Kedua-dua anak ada iras....
Tiada yang paling indah selain melihat kerukunan rumahtangga dengan dilimpahi kasih sayang serta sentiasa mengingatiNya.Terima kasih untukmu yang saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Mendengar bacaan suci al-Quran dibaca disertai dengan terjemahan,itulah impianku selama ini untukmu, membimbing keluarga....InsyaAllah.

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...