S aya berkesempatan berbuka puasa dengan keluarga petang ini. Hampir semua adik beradik melapangkan diri balik untuk berbuka bersama emak. Sesekali berpeluang berbuka bersama memang menyeronokkan. Emak dilihat gembira bukan kepalang. Emak terjemahkan kegembiraannya itu dengan menyajikan lauk pauk yang memenuhi citarasa hampir setiap orang anak-anaknya, malah cucunya juga. Sesekali berkumpul begini saya cadangkan kepada emak untuk makan bersila di lantai sahaja. Bukan luar biasa kalau juadah berbuka puasa tidak setakat yang dimasak sahaja. Pasti ada kecenderungan untuk tambah dan tambah lagi dengan yang dibeli pula. Tidak lengkap gamaknya kalau berpuas hati dengan apa yang ada. Walaupun emak sudah menyediakan ayam dalam pelbagai versi, ada kari, ada masak kicap juga malah ada sup juga, ia tidak cukup lagi sebenarnya. Tarikan bazar Ramadan sangat kuat walaupun juadah yang emak sediakan sebenarnya sudah cukup kuat untuk menutup selera kami pada juadah yang di jual di bazar Ramadan i