Skip to main content

Sentuhan

Seorang remaja yang menunggang motosikal tersasar dari laluannya dan masuk dalam laluan bertentangan. Saya hampir sahaja bertembung dengannya kalau saya tidak pantas bertindak mengelak kemaraannya. Dari jauh lagi saya dapat melihat walau tidak jelas remaja ini sedang asyik dengan telefon bimbitnya. Saya pasti dia sama ada sedang membaca mesej yang masuk atau pun sedang menulis mesej. Pemandangan begini bukan baru sekali dua saya lihat malah sudah acap kali.

Akrabnya kita dengan telefon bagai tidak boleh dipisahkan. Justeru itu di atas motosikal pun masih boleh "bermain" dengan alat ajaib ini.Keakraban ini menjalar hampir di mana-mana dan pada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Namun ia lebih dominan di kalangan Generasi Y yang sebahagian besarnya memang lahir dalam zaman ketika mana alat-alat canggih ini sudah sedia berkembang. Bukan pemandangan luar biasa lagi kini, kalau sambil jalan-jalan di bandar dan lihat di sekeliling kita komunikasi yang berlaku lebih bertumpu dengan gajet moden ini. Selain sibuk dengan SMS, kecanggihan teknologi kini memberi peluang seluas-luasnya untuk merentasi dunia tanpa sempadan. Ada Viber, Facebook, Twitter, Talk Box, Tango, Skype yang boleh digunakan dengan percuma.

Perhubungan memang pantas dan tanpa had serta sempadan, namun ada sesuatu yang sangat berharga yang sedikit demi sedikit terhakis dan di ambil tempatnya oleh alat-alat berteknologi tinggi ini. Komunikasi bersemuka semakin mengurang dan hubungan antara manusia sudah tidak akrab lagi berbanding beberapa tahun yang lalu.

Mereka yang kita tembungi di jalan lebih cenderung dengan telefonnya dan tidak sangat kisah dengan apa yang ada di sekitar. Kita juga makin kurang berziarah kerana laman sosial sudah menyediakan ruang itu untuk kita bersembang walau tidak bersua.

Teknologi pintar mungkin mengakrabkan kita dan orang lain namun hakikatnya kita sangat jauh. Hubungan yang dibina dalam jaringan siber ini pun sangat rapuh sebenarnya. Ia tidak akan bertahan lama pun

Pena Tumpul - Masih relevankah lagi telefon awam?

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus