Skip to main content

Semangat

Hari ini saya bertiga di KFC, beberapa hari sebelum Ramadan menjenguk. Sejak beberapa hari yang lalu Haziq tidak putus-putus memberitahu saya supaya ke restoran segera ini. Katanya, sudah agak lama tidak merasai ayam goreng yang resipinya diasaskan oleh Kolonel Sanders ini. Ayam goreng yang lain pernah dirasanya hatta yang digoreng oleh mamanya sendiri pun tidak boleh menandingi rasa lazat dan sedap ayam KFC ini. Lalu, sesuai sangatlah dengan taglinenya, 'sehingga menjilat jari' itu!

Sambil menikmati ayam goreng, saya sempat bercerita tentang Kolonel Sanders dengan harapan boleh menyuntik semangat kami, lebih-lebih lagi Haziq. Kata orang, sambil menyelam minum air. Ketika makan bersama adalah momen terbaik untuk berkongsi cerita dan meyampaikan pesan nasihat juga. Haziq memang mudah sangat patah semangat sedangkan semangat cekal sangat diperlukannya untuk mendepani peperiksaan besar yang semakin hari semakin hampir.

Khabarnya Kolonel Sanders berjaya dengan resepi ayam gorengnya setelah mencuba 1009 kali. Kalaulah dia berhenti di saat dia gagal pada percubaan pertamanya dahulu, sudah pasti dia tidak berjaya seperti sekarang. Dengan ribuan kali cubaannya itu, rasanya berbaloilah dengan apa yang dikecapinya sekarang.

Sebenarnya bukan Kolonel Sanders yang gagal berulang kali begitu. Sejarah membuktikan bahawa hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali  Nelson Mandela pula menjadi presiden Afrika Selatan setelah dipenjarakan hampir sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah.Tidak ada kejayaan yang mudah diraih dengan setakat sekali cubaan sebenarnya. Kejayaan cuma berhak untuk menjadi milik mereka yang rajin berusaha dan tidak pernah surut semangatnya. Juga untuk mereka yang bingkas bangun apabila jatuh dan gagal.


Pena Tumpul - Makan kentang goreng sahaja kerana sudah sangat jemu dengan ayam

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...