Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Bersyukurlah

Kita perlu bersyukur ini tidak berlaku disini “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak”  (Hadis Riwayat Ahmad) Bajet 2013 sudah dibentang. Rasanya, bajet kali ini memang bajet dari rakyat untuk rakyat. Tiada kelompok yang terpinggir pun dari mendapat habuan, tidak kiralah kecil atau pun besar nilai yang diterima. Kendatipun begitu, terdengar juga suara-suara sumbang dan nakal yang tidak puas hati dengan bajet ini. Kononnya ia adalah bajet pilihanraya lalu kerajaan mahu memancing undi rakyat dengan memberi mereka habuan. Kerajaan dikatakan dalam keadaan panik digugat tampuk kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini. Justeru untuk membelai hati rakyat, segenap lapisannya, dari muda hingga ke tua, kecil dan besar tidak kira latarbelakang dan keturunan, pelbagai bentuk imbuhan dibagi kepada mereka. Bantuan BR1M diteruskan kepada yang layak, yang bujang pula dapat RM250, baucer buku RM100 untuk pelajar sekolah dan RM

Puisi

S aya mendengar puisi ini dideklamasikan oleh Ahmad Tamimi Siregar lewat Radio Klasik petang ini. Bukan sahaja bait-bait puisi ini yang sangat menarik namun cara ia disampaikan juga turut menarik. Pada saya puisi yang baik bukan sahaja disulami dengan pemilihan kata-kata yang indah dan puitis tetapi perlu juga mudah untuk difahami dan dihayati. Sajak secara khususnya adalah genre puisi yang saya minati. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya berkesempatan mendeklamasikan sajak di depan umum. Mungkin sewaktu di sekolah agaknya.   AKSARA MERDEKA Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka,kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya yang kenal angka tetapi terlupa nilainya yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya. Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdek

Zalim

Pena Tumpul - Alhamdulillah, tidak zalim

Al-Fatihah

M embaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat dan perlu diberikan perhatian dalam cara bacaannya. Apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Justeru itu adalah sangat dituntut kita memperbaiki bacaanya dengan ilmu tajwid yang sempurna. Tanpa kita sedari, kalau tersilap sedikit bacaannya, kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Nauzubillah! Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujud di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati membacanya. Jadi, jangan pandang remeh. NAMA SYAITAN 1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH 2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB 3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU 4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK 5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS 6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta per

Bangun

B angun pada malam hari pada saat mata sedang mengantuk, bukan pekerjaan yang sangat mudah hendak dilakukan.Ia makin sukar apabila bangun itu untuk beribadah. Namun kalau bangun untuk tujuan selain daripada ibadah itu, tidaklah sukar sangat. Bangun untuk menonton bola di tv pada awal pagi misalnya, tidaklah sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi pada kaki bola. Pagi ini, dalam bicara motivasi Hajinya lewat TV3, Prof Kamil berkongsi idea yang sangat menarik namun sedikit melucukan. Lazimnya, kita menggunakan jam loceng untuk mengejutkan kita. Selalunya juga, bunyi jam loceng memang cukup kuat untuk menembusi gegendang telinga kita dan sekaligus menyedarkan kita. Kita memang sedar namun untuk bangkit dan bingkas dari tempat tidor itulah yang menjadi masalahnya. Selalunya kita sedar hanya untuk mematikan bunyi jam loceng yang membingit anak telinga itu sahaja dan kemudian kita akan tidor balik! Lantas beliau mencadangkan kalau satu jam loceng tidak boleh membangunkan kita, pasang s

Gementar

“Sesungguhnya orang beriman yang sebenar itu apabila disebut sahaja nama Allah, gementar dalam hatinya dan apabila dibaca sahaja ayat Quran, mereka   terus sahaja beriman dan menyerah diri.” Surah Al-Anfal : 2 I mam Hj Muda menyampaikan khutbah yang menyentuh tentang kiamat. Beberapa ayat dari surah al-Takwir dibacakan beserta dengan terjemahannya. "Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berguguran. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan.  Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan. " Saya sepatutnya sangat gementar bila ayat-ayat itu dibacakan. Malah semua yang ada dalam masjid ketika itu yang mendengar ayat-ayat ini dibacakan selayaknya perlu rasa gementar. Imam yang membacanya juga patut gementar. Namun, gementarkah saya dan kita. Riak-riak yang kelihatan di wajah tidak menampakkan rasa gementar pun. Teruknya kita. Bagaimana sukatan iman kita.Bila azan dilaungkan, bagaimana perasaan kita. Bergegaskah kita menyahutnya? Bila ayat-ayat Quran dibac

Hadiah

S aya diberikan hadiah yang saya kira sangat istemewa hari ini. Dan saya rasa sangat-sangat terharu. Hadiahnya mungkin tidak mahal namun sangat tinggi nilainya. Hadiahnya cuma nasi bungkus. Seketul ayam masak lada hitam dan sedikit goreng bayam. Tidak ketinggalan juga sebungkus air sirap. Pada hemat saya harganya tidak sampai lima ringgit pun. Hadiah ini datang dan diberikan kepada saya pada waktu yang sangat tepat. Seawal pagi lagi saya sudah mengambil keputusan untuk tidak keluar makan tengahari seperti selalu. Saya bercadang untuk makan-makan ringan sahaja sekadar terjangkau apa yang ada di dalam bilik sahaja. Namun rezeki datang tidak diduga. Saya menyelamatkan dua perkara- masa dan juga tenaga dan tentunya sedikit ongkos juga. Saya sangat-sangat berselera menjamunya. Tidak putus-putus saya mengucap syukur kepadaNya. Selalunya, hadiah walau pun tidak sangat mahal harganya jika diberikan pada waktu yang tepat dan betul, akan dihargai setinggi langit. Sebaliknya, hadiah berapa p

Khutbah

Masjid besar tetapi kosong I si khutbah Jumaat minggu ini sangat menarik dan perlu diambil perhatian. Imam Muda Hisham aka Angah di kalangan penduduk Kampung Gudang Garam menyampaikan khutbah yang menyentuh tentang kepentingan memakmurkan masjid. Kita sangat kaya dengan masjid namun miskin pengisiannya. Sesetengah masjid cukup meriah dengan makmum dan melimpah ruah pada ketika tertentu sahaja iaitu pada setiap hari Jumaat dan paling menyesakkan di waktu dua hari raya disambut. Namun ketika solat fardu lima waktu, bilangan yang datang ke masjid boleh dibilang dengan jari. Kadang-kadang untuk memenuhkan satu saf pun sangat sukar! Bila gejala masjid kurang makmum ini berbangkit, siapa yang harus disalahkan? Selayaknya kita sendirilah yang disalahkan kerana tidak bersolat di masjid dan memilih untuk mendirikannya di rumah. Inilah yang banyak berlaku. Sebenarnya kita boleh melihatnya berasaskan dua faktor - penarik dan penolak. Selalunya apa yang ada di rumah tidak cukup kuat untuk

Merdeka

S aya singgah di Balai Polis Bukit Kepong dalam perjalanan ke Batu Pahat. Ia cuma balai polis lama yang sudah tidak beroperasi lagi. Ia tinggalan sejarah yang sangat signifikan dalam hubungannya dengan kecintaan kepada tanah air. Haziq bertanya mengapa perlu singgah di balai polis yang tidak berpenghuni ini? Saya tidak terkejut dengan soalan itu, justeru rata-rata generasi muda kini sudah agak jauh dengan sejarah. Saya juga anak pasca merdeka namun masih tidak buta sejarah. Saya rasa perjuangan orang-orang dulu demi mempertahankan maruah watan perlu dihargai sangat-sangat. Kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana meninggalkan kita sebuah negara yang merdeka dan aman untuk diduduki. Jangan kita memperlekeh perjuangan mereka walau apa pun sebabnya. Bukit Kepong adalah simbol keberanian warga bangsa yang berjuang menentang komunis durjana. Bahawa komunis kejam kepada rakyat adalah fakta. Lantas kalau ada yang ingin menjulang mereka yang berjuang di bawah payung komunis sebaga

60

N ombor 60 adalah angka keramat buat Haziq. Kira-kira dua bulan dari sekarang dia akan menduduki peperiksaan yang paling besar dan penting dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar sejak sebelas tahun berlalu. Umum bersetuju tidak ada peperiksaan sepenting SPM. Walaupun UPSR, PMR dan STPM penting namun ia tidaklah sepenting SPM. SPM boleh diibaratkan sebagai titik pusingan dalam menentukan hala tuju masa depan. SPM penentu sama ada ingin terus belajar atau berhenti dan berfikir soal kerjaya atau paling malang tanpa arah dan hala tuju akhirnya. Pencapaiannya boleh dianggap sederhana sahaja. Tidak cemerlang namun tidak juga teruk. Sikap rajin atau malas sahaja yang boleh memisahkan dua jenis pencapaian tadi. Sekiranya dia lebih rajin dalam pelajarannya kemungkinan sangat tinggi untuk dia memetik buah kejayaan. Namun kalau dia masih berpuas hati dengan usahanya yang setakat lebih tidak dan kurang pun tidak itu, pencapaiannya akan tetap ditakok lama iaitu sederhana. Pun begitu sebagai