Skip to main content

60

Nombor 60 adalah angka keramat buat Haziq. Kira-kira dua bulan dari sekarang dia akan menduduki peperiksaan yang paling besar dan penting dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar sejak sebelas tahun berlalu. Umum bersetuju tidak ada peperiksaan sepenting SPM. Walaupun UPSR, PMR dan STPM penting namun ia tidaklah sepenting SPM. SPM boleh diibaratkan sebagai titik pusingan dalam menentukan hala tuju masa depan. SPM penentu sama ada ingin terus belajar atau berhenti dan berfikir soal kerjaya atau paling malang tanpa arah dan hala tuju akhirnya.

Pencapaiannya boleh dianggap sederhana sahaja. Tidak cemerlang namun tidak juga teruk. Sikap rajin atau malas sahaja yang boleh memisahkan dua jenis pencapaian tadi. Sekiranya dia lebih rajin dalam pelajarannya kemungkinan sangat tinggi untuk dia memetik buah kejayaan. Namun kalau dia masih berpuas hati dengan usahanya yang setakat lebih tidak dan kurang pun tidak itu, pencapaiannya akan tetap ditakok lama iaitu sederhana. Pun begitu sebagai ibu bapa, saya dan mamanya tidak pernah patah semangat dan putus harap mengasak mindanya agar terus berubah kearah yang lebih baik atau pun sedikit lebih baik, sekurang-kurangnya.

Saya memberinya peluang untuk buat pilihan, sama ada untuk bersenang-senang santai selama 60 hari atau pun lebih lama daripada sekadar 60 hari itu. Kalau dia memilih untuk senang selama 60 hari, bermakna dia tidak akan bertungkus lumus menyiapkan dirinya untuk berdepan dengan peperiksaannya itu. Dia boleh mengambil pendirian untuk rileks dan baca ala kadar sahaja. Namun, kalau dia memilih untuk bersenang lenang lebih lama dari 60 hari itu, dia perlu bekerja sangat kuat untuk peperiksaannya. Pilihan di tangannya!

Pena Tumpul - Biar bersusah dahulu, kemudian pasti senang

Comments

PENA KASIH said…
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.....

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...