Skip to main content

Bangun

Bangun pada malam hari pada saat mata sedang mengantuk, bukan pekerjaan yang sangat mudah hendak dilakukan.Ia makin sukar apabila bangun itu untuk beribadah. Namun kalau bangun untuk tujuan selain daripada ibadah itu, tidaklah sukar sangat. Bangun untuk menonton bola di tv pada awal pagi misalnya, tidaklah sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi pada kaki bola.

Pagi ini, dalam bicara motivasi Hajinya lewat TV3, Prof Kamil berkongsi idea yang sangat menarik namun sedikit melucukan. Lazimnya, kita menggunakan jam loceng untuk mengejutkan kita. Selalunya juga, bunyi jam loceng memang cukup kuat untuk menembusi gegendang telinga kita dan sekaligus menyedarkan kita. Kita memang sedar namun untuk bangkit dan bingkas dari tempat tidor itulah yang menjadi masalahnya. Selalunya kita sedar hanya untuk mematikan bunyi jam loceng yang membingit anak telinga itu sahaja dan kemudian kita akan tidor balik!

Lantas beliau mencadangkan kalau satu jam loceng tidak boleh membangunkan kita, pasang sahaja dua jam lagi. Letakkan satu jam loceng lagi di hujung kaki. Untuk mematikannya, kita pasti akan bangkit. Kalau tidak bangkit sepenuhnya dari katil, pasang satu lagi jam loceng sedikit lebih jauh dari katil. Kita pasti akan bangun juga untuk mematikannya kerana tidak tahan bunyinya nanti. Bila kita sudah bingkas, baca sahaja surah AlIkhlas sekali, lalu terbukalah satu ikatan. Kemudian baca lagi dan baca lagi untuk melepaskan terus ikatan yang dibuat oleh syaitan di tubuh kita.


Bagus untuk dicuba!

Pena Tumpul - Kalau susah nak bangun juga, bisikkan sahaja di telinga   إنّا لله وإنّا إليه راجعون


Comments

PENA KASIH said…
InsyaAllah..jika niat untuk terjaga waktu malam,Allah permudahkan urusan kita.Syukur kerana sepertiga malam inilah peluang untuk kita berdoa dan berkata-kata kepadaNya.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...