Kita perlu bersyukur ini tidak berlaku disini |
Bajet 2013 sudah dibentang. Rasanya, bajet kali ini memang bajet dari rakyat untuk rakyat. Tiada kelompok yang terpinggir pun dari mendapat habuan, tidak kiralah kecil atau pun besar nilai yang diterima.
Kendatipun begitu, terdengar juga suara-suara sumbang dan nakal yang tidak puas hati dengan bajet ini. Kononnya ia adalah bajet pilihanraya lalu kerajaan mahu memancing undi rakyat dengan memberi mereka habuan. Kerajaan dikatakan dalam keadaan panik digugat tampuk kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini. Justeru untuk membelai hati rakyat, segenap lapisannya, dari muda hingga ke tua, kecil dan besar tidak kira latarbelakang dan keturunan, pelbagai bentuk imbuhan dibagi kepada mereka. Bantuan BR1M diteruskan kepada yang layak, yang bujang pula dapat RM250, baucer buku RM100 untuk pelajar sekolah dan RM250 untuk pelajar universiti. Penjawat awam senyum agak lebar kali ini kerana diberi 1.5 bulan bonus kali ini!
Jadi,kalau ada pihak yang tidak senang dengan bajet itu, ia bukan kerana bajet itu tidak baik tetapi kerana sikap tidak puas hati tidak mendapat sesuatu yang lebih penting daripada habuan bajet itu. Tidak dapat kuasa yang mereka dambakan pastinya. Itu sahaja.
Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan!
Pena Tumpul - Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar
Comments