Skip to main content

Merdeka

Saya singgah di Balai Polis Bukit Kepong dalam perjalanan ke Batu Pahat. Ia cuma balai polis lama yang sudah tidak beroperasi lagi. Ia tinggalan sejarah yang sangat signifikan dalam hubungannya dengan kecintaan kepada tanah air. Haziq bertanya mengapa perlu singgah di balai polis yang tidak berpenghuni ini? Saya tidak terkejut dengan soalan itu, justeru rata-rata generasi muda kini sudah agak jauh dengan sejarah.

Saya juga anak pasca merdeka namun masih tidak buta sejarah. Saya rasa perjuangan orang-orang dulu demi mempertahankan maruah watan perlu dihargai sangat-sangat. Kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana meninggalkan kita sebuah negara yang merdeka dan aman untuk diduduki. Jangan kita memperlekeh perjuangan mereka walau apa pun sebabnya.

Bukit Kepong adalah simbol keberanian warga bangsa yang berjuang menentang komunis durjana. Bahawa komunis kejam kepada rakyat adalah fakta. Lantas kalau ada yang ingin menjulang mereka yang berjuang di bawah payung komunis sebagai hero tulin, ia memang tidak boleh diterima. Ia bagai menafikan fakta sejarah dan wajar ditolak mentah-mentah. Ia cuma mencelaru kelirukan generasi muda.

Kita bertuah hidup di tanah merdeka. Kita mungkin merdeka dari segi fizikal namun bagaimana jiwa kita? Adakah jiwa kita juga betul-betul merdeka. Lalu, apakah neraca dan ukuran merdeka itu sebenarnya. Saya berpandangan bahawa jiwa yang merdeka adalah bila kita patuh kepada Allah dan tidak terikat dengan sanjungan dan pujian manusia..Segala yang dilakukan kerana Allah. Juga punya jiwa yang subur dan kental. Tetap rasa bahagia walau duit tidaklah banyak sangat. Juga bebas dari cengkaman sesiapa pun untuk membuat keputusan sendiri. Jiwa yang merdeka juga tidak mudah menyalahkan sesiapa.


Kita tentunya tidak mahu  merdeka hanya tinggal gah pada perayaan tetapi tidak berkesan pada jiwa. Kita tidak sangat menghayatinya. Kita kurang menyuntikkan semangat pada anak zaman kini. Perayaan merdeka tidak diangkat secara jiwa. Peralihan budaya menukar persepsi tentang merdeka. Anak-anak rasa sangat selesa dan mewah lalu merdeka itu tidaklah sangat bermakna pada mereka.

Pena Tumpul - Tonton Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...