Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Api

"Aduuuuuhhhh, panasnya" , H aziq menjerit menahan sakit terkena api bila membakar sampah semalam. Dia terkena api yang terbit dari cairan botol plastik yang dijadikannya umpan. Saya tahu dia memang menyakitkan. Saya pernah mengalaminya beberapa kali.   "Kecik aja api tu, api neraka lagilah panas", saya membalas dan sekaligus cuba mengingatkannya tentang seksa neraka. Ada cerita yang menarik tentang asal usul api ini sebenarnya. Dari maklumat yang saya baca, dikisahkan bahawa Allah pernah mengutus Malaikat Jibril untuk menemui Malaikat Malik. Jibril mendapat tugas untuk meminta api dari malaikat penjaga neraka ini. Kelak, api ini akan dimanfaatkan oleh Adam dan anak cucunya untuk pelbagai keperluan, misalnya memasak. Setelah mendengar keperluan Jibril, bertanyalah Malaikat Malik, "Saudara ku Jibril, berapa banyak api yang akan kau ambil?" "Tidak banyak. Hanya sebesar buah kurma." "Jika ku berikan api neraka sebesar itu, nes

70K

S ebaik-baik amalan zikrullah ialah Lailaha illallah seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah. Lafaz ini merupakan pernyataan ketauhidan kita kepadaNya. Ini antara yang disampaikan oleh seorang Ustaz dan singgah di telinga seterusnya melekat di hati melalui corong radio awal pagi ini. Kata Ustaz ini, ia berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud, " Sesiapa yang mengucap Lailaha illallah 70,000 kali, Allah akan merdekakan dari api neraka" Mendengar angka 70 ribu itu, memang terasa cukup berat untuk diamalkan. Pun begitu, bila merenung pula kepada seksaan api neraka yang akan dihadapi lagilah berat dan sangat dahsyat. Lalu bertanya pada diri sanggupkah menerima seksaan di neraka yang kalau terjun sehari pun di akhirat tempohnya menyamai seribu tahun di dunia! Kata Ustaz lagi, amalan 70 ribu ini sebenarnya sangat minima untuk meningkatkan pemantapan rohaniah kita. Namun, adalah lebih baik daripada tidak mengamalkannya langsung. Ia tidak sangat payah dan tidak juga senang

Balasan

A llah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi kita perlu yakin, apa yang kita beri, kita akan dapat balik namun tidak pernah kita tahu dalam bentuk apa dan bila ketikanya. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat selalunya akan kembali kita. Kita kena yakin dengan ketetapan ini, tanpa ragu. Ketetapan Allah mutlak dan muktamad. Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa ia dipanggil "golden rule" . Begitu juga sebaliknya, kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu semula akan kembali semula kepada kita. Ia umpama bola yang dibaling kedinding, akan melantun semula kepada pembalingnya. Kalau baik yang kita beri, baiklah yang kita dapat. Kalau yang buruk kita beri, maka yang buruklah bakal kita dapat. Analoginya cukup mudah. Katalah kita sedang memandu. Di persimpangan ada kereta yang ingin mencelah masuk ke jalan yang seda

Keberkatan

A capkali isteri berlipur lara tentang anak-anak di sekolah yang tahap hormat mereka kepada guru yang semakin menurun dan berkemungkinan terhakis. Tidak hormat itu dip ame rkan d alam tindakan yang pelbagai sifatnya. Tidak fokus dalam kelas , bercakap-cakap semasa guru sedang mengajar, tidak buat kerja sekolah dan sebagainya.  Saya pernah dengar seorang cikgu berkata, "Ada se setengah mak bapak siap pesan pada kami panggil anak mereka 'sayang', tak boleh panggil nama. Ada pula yang bekalkan telefon bimbit siap ada k amera. Siap pesan pada anak-anak, kalau cikgu marah, cepat call mama atau sms mama" Malah ada yang lebih mengecewakan dari itu pun. Bukan tidak ada di kalangan ibu bapa yang yang mengajar anak macam mana perlu jawab kalau cikgu marah. Kalau telefon dirampas, ib u bapa akan menjadikan guru sebagai sasarannya . Guru seakan hilang harga diri apabila diperlakukan begitu. Guru ikhlas berhempas pulas untuk mengaja r anak-anak mereka, begitu pula layanan

Model

D ua puluh tahun lalu saya kenal Encik Saufi sebagai seorang Pembantu Am Rendah (PAR) atau dalam panggilan yang lebih biasa lagi ialah budak pejabat. Ya, beliau hanya seorang budak pejabat di sebuah sekolah menengah. Lazimnya, dengan memegang jawatan ini, tugas beliau banyak berpandukan arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Antara lain, menaip surat, mengepos surat dan sesekali diminta bantuannya untuk membuat garisan padang dan juga melatih pasukan sekolah dalam permainan seperti bola sepak misalnya. Secara peribadinya selama tiga tahun bersamanya, Saufi komited dengan tugasnya dan paling penting tiada masalah untuk didekati dan juga diajak berunding. Hari ini bila saya menjumpainya semula, Saufi bukan lagi Saufi yang dahulu. Kerjayanya berubah 360 darjah. Dia bukan lagi budak pejabat. Dia kini dan sejak lima tahun yang lalu adalah salah seorang staf akademik di sebuah institut latihan pendidikan di puncak Tanah Tinggi Genting. Kalau dulu dia diarah oleh Pengetua kini kerjaya

Belon

P agi ini lewat corong radio seorang Uztaz membawa analogi yang sangat menarik dengan memilih belon sebagai objeknya. Katanya, dalam satu ceramah dia meminta pandangan hadirin mengenai sudut mana pada belon itu yang jika dicucuk dengan jarum, belon tidak pecah. Berdasarkan pandangan hadirin, kata Uztaz dia mencucuk belon itu dengan jarum. Belon pecah. Sebiji belon lagi ditup. Dicucuk di bahagian lain, juga pecah. Begitulah seterusnya. Akhirnya satu bahagian yang kendur pada belon dicucuk, barulah belon tidak pecah. Bahagian itu adalah bahagian berhampiran mulut belon yang diikat. Selalunya, setegang mana pun belon ditiup, bahahian itu memang kendur sedikit. Begitulah secara perbandingannya, walau sekeras dan sedegil mana hati seseorang pasti ada sesuatu yang membuat hatinya tersentuh dan mendorongnya membuat perubahan diri atau sikap. Dalam mendidik anak misalnya, kita pasti berdepan dengan anak-anak yang degil dan keras kepala serta sukar untuk menerima nasihat. Pun begitu denga

Kampung

G ulai masak lemak cili padi ayam kampung masakan nenek  memang tiada tolok bandingnya. Saya memang langkah kanan bila berkunjung ke rumah atok malam ini. Sudah agak lama saya tidak berjumpa atok. Sesampainya saya dan isteri, Haziq dan emak kedua-dua atok dan nenek sedang menyantap penuh selera. Tanpa rasa malu saya tumpang duduk bersama mereka menikmati sajian yang cukup menyelerakan. Saya juga tidak segan menambah nasi kerana penangan gulai atok dan sambil petai bukan kepalang hebatnya.  Saya mengajak Haziq untuk turut sama merasai keenakan ayam kampung. Dia menolak dan saya tahu dia memang akan terus menolak sampai bila-bila pun. Ketaksubannya pada ayam 'bandar' tetap tegar dan tidak pernah ada tanda-tanda untuk merudum pun. Sehari tanpa ayam bandar dalam menu masakan mamanya menyaksikan dia rela tidak makan pada hari tersebut. Lepas itu Mak Utih sajikan pula rebus ubi panas dan empuk. Makin enak bila ada sambal tumis ikan bilis. Masa itu tidak ingat lagi soal sebu per

Al Mulk

S aya menemui sebuah kisah yang sangat elok untuk dijadikan iktibar. D i ceritakan di dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-Mulk, bila tiba kematiannya,  terus datang malaikat untuk menyoal.. Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata "ya ahlul kitab .. Aku kenal kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?" Lantas Al-Mulk menjawab " Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.." Malaikat menjawab, " Wahai al-Mulk,kau tidak boleh menghalang tugas kami.." Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. "Wahai Allah.. Aku adalah kitabMu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU. ." Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kep

Pengarah

S elalunya, sebuah drama menjadi menarik untuk ditonton kerana pengarahnya. Skrip yang baik pun sekiranya jatuh ke tangan pengarah yang tidak baik akan berkesudahan dengan sebuah drama yang hambar dan membosankan. Selain daripada Rashid Sibir, saya tidak pernah tertarik untuk menonton drama yang dihasilkan oleh pengarah lain. Sebabnya mudah- jalan cerita lebih menjurus kepada soal cinta. Ia adalah tema yang sudah selalu sangat diketengahkan lalu ia tidaklah menarik lagi untuk ditonton. Baru-baru ini kita digemparkan dengan sebuah drama yang berwajah Islamik namun persembahannya tidak pula Islamik. Begitulah jadinya kalau pengarah yang separuh masak diminta memasak sebuah skrip tanpa ramuan yang sempurna sifatnya. Menggunakan wajah Islamik untuk meraih minat penonton bukanlah tindakan yang bijak sebaliknya menjatuhkan martabat Islam itu sendiri di kacamata orang bukan Islam. Saya melihat sudah sampai masa dan ketikanya graduan yang berpendidikan Islam masuk ke kancah pembikinan dr

Alpa

M alam tadi dalam hiruk pikuk suasana di pusat beli belah saya dan isteri dikejutkan dengan pengumuman tentang seorang anak yang menangisi kehilangan ibu bapanya. Anak yang hilang ibu memang selalu berlaku di pasaraya. Ada kemungkinan ibu sangat sibuk membeli belah sehingga sampai lupa dan alpa memberi perhatian kepada anaknya. Dalam keadaan kelam kabut beginilah, si anak akan mengambil kesempatan merayau-rayau dan akhirnya putus hubungan dengan si ibu. Sikap alpa begini bukan sahaja dipamerkan di tempat awam, malah di rumah juga. Sering kita baca dan dengar kisah kealpaan ibubapa terhadap anak-anak khususnya yang masih kecil di rumah. Anak-anak dibiarkan bersendirian melakukan sesuatu tanpa perhatian. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah seorang anak berusia dua tahun yang maut ditimpa peti televisyen. Khabarnya peti tv itu diletakkan di atas rak yang bukan sebenarnya rak tv dan sangat tidak selamat untuk anak-anak kecil. Adalah tidak bijak sama sekali untuk membiarkan a

Amalan

P agi ini ketika mendengar radio di dalam kereta ada tiga perkara yang disampaikan oleh seorang Ustaz yang sangat elok dijadikan amalan. Ustaz ini  bercerita tentang seorang ibu yang mengadu tentang anak gadis suntinya yang lari dari rumah. Anak-anak sekarang pantang ditegur dan dimarah apatah lagi dipalu akan mengambil jalan mudah dengan lari dari rumah. Mereka tidak memikirkan langsung perasaan ibu dan bapa yang ditinggalkan. Memarahi atau memukul bukan bermakna mereka tidak disayangi tetapi untuk mengajar mereka sebenarnya. Ustaz menyarankan si ibu supaya melambung-lambungkan buah dada kanannya dan sambil menyeru nama anak yang lari itu dibaca selawat Nur di bawah. Dengan izin Allah, anak mungkin akan kembali asbab buah dada ibu yang pernah dihisap susunya oleh anak. Sangat menarik. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى نُورِ الأنْوَارِ وَسِرِّ الأسْرَار وَتِرْيَاقِ الأغْيَار  وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَر سَيْدِنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَار وَ آلِهِ الأطْهَار وَأصْحَابِهِ ا