Skip to main content

Kacang

Seorang Ustaz ini bercerita kisah yang sangat menarik di corong radio pagi ini. Kata Ustaz, tidak berapa
lama dulu telah berlaku hujan lebat di sebuah kampung dan akibatnya tanah perkuburan dipanah petir. Habis semua kawasan perkuburan itu terbakar kecuali satu kubur sahaja yang tidak terjejas. Ia memanglah kejadian yang amat menakjubkan. Tanda kebesaran Allah pastinya.

Guru empunya kisah ini khabarnya telah bertanya kepada ahli keluarga berkenaan. Menurut cerita anak perempuannya, arwah ibunya setiap hari mengamalkan membaca surah al-Ikhlas (Qulhuwallah) setiap masa terluang. Ayat itulah yang menjadi basahan lidahnya supaya diri rasa selalu kenyang dan kurang makan. Ibunya tidak menggunakan tasbih untuk bertasbih sebaliknya butir-butir halus kacang hijau dijadikan alat teman untuk berzikrullah.

Si anak telah menunjukkan sebiji guni yang sarat biji-biji kacang hijau milik ibunya yang meninggal dunia itu. Ibunya akan mengisikan biji-biji kacang yang sudah dizikirkan ke dalam guni itu.

Walau wanita itu cuma seorang ibu tua yang tinggal di kampung, ketelitiannya dalam menjaga amalan merupakan satu tamparan hebat kepada kita yang mendengarnya. Kita tidak kurang apa pun. Biji tasbih tidak terkira banyaknya yang kita simpan namun menggunakannya belum tentu. Malah sekarang ini dibantu pula dengan gajet yang memudahkan hitungan untuk berzikirullah.

Kisah ini memang sangat elok dijadikan iktibar. Tunaikanlah amal ibadah walau sekecil biji kacang hijau. Biar nampak kecil, namun jika dilakukan secara istiqamah, ganjaran yang dituai kelak bukan kepalang besarnya!

Pena Tumpul - Cuaca panas begini, alangkah sedapnya kalau dapat makan bubur kacang hijau

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...