Saya menyaksikan kesesakan luar biasa malam tadi. Kereta berderet panjang dan memenuhi ruang jalan sehingga menggendalakan perjalanan. Saya,isteri dan Haziq tertanya-tanya di awalnya. Pun begitu persoalan terjawab bila melihat kesesakan luar biasa dihampir semua stesyen minyak. Kenderaan sampai melimpah di jalan raya.
Minyak naik semula sebanyak 20 sen. Keseronokan merasai nikmat minyak murah mampu bertahan selama sebulan sahaja. Mulai hari ini naik minyak semula. Tidak hairanlah kenapa berbondong-bondong kereta malam tadi. Orang ramai mengambil kesempatan beberapa jam berbaki untuk mengisi tangki minyak dengan harga lama kerana keesokannya sudah harga baru.
Fenomena ini begini akan dilihat setiap malam awal bulan. Kuatnya penangan minyak!
Pena Tumpul - Elok naik basikal saja

Comments