Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Kebah

H ari ini baru terasa sedikit kebah selepas tiga hari demam ditambah dengan jangkitan tonsil yang begitu memeritkan. Kata doktor demam berpunca dari jangkitan tonsil itu. Sejak beberapa tahun yang lalu doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk mengelak jangkitan berulang. Saya tidak sangat bersetuju justeru saya boleh bertahan dan doktor pun berkata ia tidaklah begitu serius. Saya cuma perlu berjaga-jaga dalam soal makanan. Pastinya menjauhi makanan pedas dan berminyak yang berlebihan. Dan paling penting kurangkan minuman berais dan kalau boleh hentikan terus. Ia begitu mudah tetapi cuaca panas gagal menyekat keinginan untuk mengambil ais secara berlebihan. Dan saya dilanda sakit tekak lagi. Saya mendatangi dua doktor yang berbeza. Pandangan dan jenis ubat yang diberi juga berbeza. Lantas impaknya turut berbeza.Lazimnya saya tidak akan beralih arah pada mana-mana doktor selain setia pada doktor yang pertama ini. Namun selepas 3 hari tanpa sebarang tanda pemulihan, isteri m

Hujan

H ujan turun lagi. Bumi Segamat dibasahi. Lembab. Sejuk. Fikiran jauh melayang terkenang saat-saat merandai air bah waktu kecil-kecil dahulu. Lagu dendangan Sudirman kedengaran di corong radio mengiringi rintik-rintik hujan yang jelas kelihatan di luar jendela. Hujan yang turun bagaikan mutiara Berkilau bersinar berkerdipan Subur menghijau bumi terbentang Dan bayu berpuput lembut Cinta yang bersemi Diwaktu hujan turun Menyirami ketandusan hati Dan hujan turut mengiringi Engkau pergi... Selembut hujan bercurahan Begitulah cinta ini Semesra bumi yang disirami Begitulah hati ini Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih, bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi... Pena Tumpul - Moga Allah mengampunkan semua warga Segamat, Amin...

Pengaruh

A dakalanya kita rasa cukup kecewa bila kata-kata kita tidak diendah dan dipandang sepi, lebih-lebih lagi mereka yang sangat dekat dalam hidup kita. Mereka yang sebelum ini dengan mudah sahaja mendengar apa yang kita sampaikan tiba-tiba bertukar sebaliknya. Apa yang kita kata langsung tidak menarik perhatian mereka pun. Bila ini berlaku, lazimnya kita akan menyalahkan mereka dan bukan diri sendiri.  Menyalahkan orang lain kerana enggan mendengar dan memberi perhatian bukanlah tindakan yang betul sebenarnya. Kita patut melihat di mana silapnya kita terlebih dahulu. Muhasabah dan mencari kesalahan diri sendiri. Kata Ustaz yang saya petik dari tulisannya di majalah Solusi, kita patut belajar dan mencontohi ulama terdahulu. Beliau mencoretkan kisah Fudayl bin Iyad yang bertaubat akan setiap kesalahan yang mungkin pernah dilakukannya sekiranya isteri, anak-anak dan keldainya melawan perintahnya. Setelah membetulkan dirinya dia akan segera melihat perubahan dalam diri mereka. Mereka a

Syaitan

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya" (Surah AlBaqarah: 268) Dalam pembacaan rutin saya sambil mentadabur isi alQuran, saya sangat tertarik dengan maksud ayat di atas. Agenda syaitan pelbagai bentuk dan caranya. Rupa-rupanya memang kerja jahat syaitan untuk selalu menakut-nakutkan  orang-orang yang berinfak dan membujuk kita manusia  agar bersifat bakhil dan kedekut. Syaitan membayangkan kepada manusia bahwa berinfak atau bersedekah itu akan menghabiskan harta benda, dan akan menyebabkan kita menjadi miskin dan sengsara. Oleh sebab itu harta benda mereka harus disimpan untuk persiapan di hari depan dan tidak perlulah disedekahk

Malam

S elalu orang berkata, malam pertama perkahwinan adalah malam yang amat membahagiakan malah menyeronokkan. Pun begitu ada yang melihat ia malam yang menggusarkan lebih-lebih lagi kepada sang isteri. Kegusaran pastinya bersebab. Tidor sebilik dengan seorang yang sangat asing mengundang seribu satu macam perasaan. Saya ingin berkongsi secebis kisah yang agak melucukan di malam pertama ini.Ia gara-gara sang isteri yang salah fahamannya tentang malam pertama. Sang suami yang baru menikahi gadis pilihan hatinya merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang. Dengan jengkel suaminya berkata... "Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" "Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi" , ujar isteri penuh yakin. Kesian suami yang menungg

Pandangan

S aya mengunjungi seorang rakan lama malam tadi. Lama saya bersembang dengannya namun perbualannya tidak serancak ketika beberapa bulan lalu. Dia kelihatan sugul bagai mengendong masalah yang cukup berat. Dia sudah tiga bulan tanpa pekerjaan rupanya. Dia hilang pekerjaan justeru syarikatnya tenat dan memaksa ramai pekerja diberhentikan. Saya tahu dia cukup sedih berdepan dengan kenyataan hidupnya sekarang. Dia bernasib baik kerana isterinya masih bekerja. Begitu juga bergantung harap kepada sedikit simpanan. Namun selama manalah dia boleh bertahan tanpa kerja tetap begitu. Saya tidak mampu memberi pekerjaan kepadanya. Saya cuma mampu berkongsi apa yang saya baca. Buku "Jangan Bersedih" yang kerap saya baca mengatakan begini, ambillah hikmah dari setiap kejadian. Ketika mana orang bodoh melihat musibah sebagai satu malapetaka yang amat memeritkan, orang cerdik pula melihatnya sebagai satu usaha untuk merubah kerugian menjadi keuntungan. Bukan gelap yang dilihat tetapi cahaya

Telingkah

S aya melihat Hadif dan Hafiz berebut sesama sendiri sebuah basikal kecil yang baru dibeli oleh ayahnya sempena hari lahir Hadif yang ke enam tahun. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Hafiz sebagai abang tetap berkeras untuk mengenderai basikal itu. Hadif adiknya juga berkeras sama. Pertelingkahan berakhir dengan kedua-duanya bergaduh sesama sendiri dan Hadif menangis kuat. Ibu mereka geram. Basikal diambil meninggalkan kedua-duanya berputih mata. Dua-dua kalah. Keadaan pastinya tidak begitu, kalau Hadif dan Hafiz boleh bertolak ansur. Ia menjadi mudah kalau Hafiz mengayuh basikal dan Hadif pula membonceng di belakang. Dua-dua akan menang. Amat mudah. Namun dalam banyak keadaan apa yang dilihat tidak berlaku begitu. Ada pihak yang lebih rela bertelagah sesama sendiri sebangsa malah seagama untuk sesuatu yang tidak tentu pastinya. Fitnah sesama sendiri. Cucuk mencucuk. Dalam keadaan yang lebih ekstrim, medan rusuhan dan pertempuran menjadi pilihan. Meja rundingan tidak dilihat pent

Hati

K alau batang tubuh atau anggota badan sakit, ia selalunya mudah dikesan dan nampak di mata. Kalau sakit gigi misalnya, ubatnya ialah cabut dan hilanglah sakitnya. Pun begitu kalau hati yang sakit, ia tidak boleh diubat dengan sebarang ubat yang disyorkan oleh mana-mana doktor pun. Sakit hati ialah sakit rohani dan ubatnya juga perlu rohani sifatnya. Kata Dr Fadzilah Kamsah ada beberapa kaedah untuk merawat hati yang sakit. Di antaranya ialah: 1. Jaga solat lima waktu selain membanyakkan solat-solat sunat. 2. Lakukan solat taubat setiap hari ; istighfar minimum 70 X sehari 3. Baca Quran; hayati maknanya juga setiap hari 4. Bersangka baik dengan memaafkan semua orang sebelum tidur 5. Menangis dan  insaf akan dosa-dosa yang lalu 6. Berbuat baik kepada ibubapa dan  memohon doa daripada ibubapa 7. Berpuasa sekerap mungkin 8. Berdamping dengan orang-orang soleh dan alim ulama' 9. Jauhi orang-orang yang sakit hati atau busuk hati agar terhindar auranya 10. Doa bersungguh-sun

Kebaikan

Saya didatangi oleh seorang kawan lama yang bercerita tentang dirinya yang baru berpisah dengan isterinya. Usia perkahwinan mereka sangat lama mejangkau hampir 30 tahun namun sudah sampai situ jodoh mereka. Dia menerimanya dengan hati terbuka. Namun ada seperkara yang tidak sangat suka saya dengar bila dia asyik bercerita tentang keburukan pasangannya. Semuanya buruk sehingga tiada satu pun yang baik diceritakannya. Saya rasa ini tidak adil untuk bekas isterinya. Kita perlu sedar dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Dalam hubungan ini pernah Rasulullah s.a.w membantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat in

Cetek

A ntara kolum yang paling menambat hati saya dalam majalah Solusi ialah Angguk Geleng yang memaparkan kisah-kisah walaupun pendek dan santai tetapi ada mesej yang boleh dijadikan renungan. Kisahnya tentang manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini. Adakalanya kisah yang disajikan diselit sindiran. Siapa makan cili akan terasalah pedasnya. Ia kisah Yang Berhormat yang dijemput untuk majlis khatam Quran di salah sebuah sekolah tahfiz di Segamat. Dalam majlis itu dia diperkenalkan kepada beberapa orang pelajar tahfiz. Dalam sesi ramah mesra itu berlakulah sesuatu yang agak melucukan malah memalukan juga. Yang Berhormat ini bertanya kepada seorang pelajar bertubuh kecil.  " Nama anak sapa?" "Hafiz" "Anak umur berapa tahun?"  "7"tahun"  "Sudah hafal berapa juzuk? "30" Dia terus bertanya lagi soalan yang tidak cerdik ini. "Jadi berapa juzuk lagi hendak hafal tahun ini?" Pelajar itu keliru dengan soalan yang tidak dija

Merokok

"Saya tidak risau harga rokok dinaikkan tetapi yang membimbangkan saya bila rokok sudah tidak ada di pasaran lagi" Begitulah reaksi spontan seorang kawan rapat saya terhadap harga rokok yang naik melambung hari ini. Dia kata dia tidak kisah pun berapa pun harga rokok kerana dia tetap akan membeli rokok dan merokok. Malah dia sanggup beralih kepada rokok berjenama tiruan sekiranya dia memang sudah tidak mampu untuk membeli rokok berjenama popular yang sudah mahal itu. Umum mengetahui rokok tiruan jaub lebih murah tetapi kandungannya sangat diragui. Jadi, sudahlah merokok itu memang membahayakan ditambah lagi dengan dengan penggunaan bahan yang murah dan meragukan. Saya bersyukur saya tidak merokok. Selain daripada kepantangan isteri terhadap bau asap rokok dan penolakannya yang bukan kepalang terhadap penghisap rokok, saya tidak dapat membayangkan sejumlah wang yang perlu dileburkan sekiranya saya merokok. Ketika saya melihat segelintir kawan rapat yang bagaikan sudah c

Hantaran

L ebih seminggu tidak menulis di sini. Bersawang dan sebun. Pena sudah benar-benar tumpul rupanya dan perlu diasah biar tajam semula. Tiada apa yang hendak ditulis juga. Masa yang agak menghambat juga turut menjadi sebab. Pejam celik siang bertukar malam begitu pantas terasa. Banyak kerja yang lebih penting lagi perlu diberikan keutamaan. Kerja kursus pelajar yang perlu disemak. Begitu juga proses memasukkan markah yang memerlukan ketelitian. Selain kewajipan mengawasi peperiksaan di hujung minggu juga. Alasan memang bijak dicari kerana pada akhirnya yang lebih penting ialah kegagalan mengurus masa sebenarnya. Hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadiri majlis pertunangan anak kepada seorang kawan. Majlis yang agak sederhana. Saya tertarik dengan hantaran anak perempuanya. Di celah-celah lebih kurang 9 dulang itu, terisi sebuah dulang dengan senaskah majalah bola sepak. Macam-macam boleh dijadikan bahan hantaran sekarang rupanya, hatta majalah sekali pun. Barangkali dengan har