Skip to main content

Boikot

Saya makan malam di sebuah warong dan sangat terkejut dengan harga yang dikenakan. Sekadar makan ala kadar dan minum seadanya harga yang dikenakan sangat tidak masuk akal. Saya melihat ia satu penganiayaan kepada saya sebagai pengguna. Adalah tidak wajar untuk membiarkan kos diserap pengguna sendirian.Sebagai peniaga, sebarang kenaikan dalam kos pengeluaran seharusnya diserap bersama.Senang sama senang, susah sama susah.

Saya melihat kedegilan melampau golongan peniaga untuk mengaut untung berlebihan dengan menggunakan kenaikan harga minyak sebagai alasan. Minyak selalu dijadikan alasan sejak bertahun-tahun dan selama itu jugalah pengguna dijadikan mangsa. Aneh dan pelik bila pula minyak turun, harga barang tidak pula ikut sama turun. Lalu, alasan lain pula dicari dan dijadikan sandaran untuk tidak menurunkan harga. Beginilah sikap kebanyakan peniaga kita yang tamak dan haloba.

Sudah kena pada ketikanya untuk kita mengambil tindakan boikot secara kolektif. Jangan beli barang dari kedai yang terang-terang mencekik darah pengguna. Jangan kita makan di kedai makan yang berniaga untuk buat untung banyak sahaja. Kita pengguna ada pilihan rupanya. Kita boleh pergi kedai yang menjual barang dengan harga yang berpatutan. Bukan tidak ada kedai yang menawarkan harga yang memuaskan hati pengguna.

Persatuan pengguna kena kuat dan jadi peneraju untuk tindakan memboikot habis-habisan. Jangan beri muka kepada mereka lagi. Golongan peniaga begini mesti diajar cukup-cukup. Mereka lintah darah yang tidak berperi kemanusiaan. Mereka perlu disedarkan bahawa tanpa pelanggan mereka tidak akan ke mana pun. Yang penting, kita pengguna kena bersatu dan bulat hati serta dalam membenteras perbuatan yang tidak berhati perut ini. Gunakan media sosial sebagai alat untuk mendedahkan kebobrokan peniaga begini kepada orang ramai dan ia memang berkesan.

Kita boikot dan lihat mereka mengerekot!

Pena Tumpul - Pilih kedai yang murah


Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...