Skip to main content

Kehilangan

Negara kehilangan dua orang personaliti yang hebat dalam bidangnya masing-masing. Seorang ulama dan seorang lagi pengulas sukan.

Meskipun secara peribadi saya tidak pernah bersua muka apatahlagi mengenali secara dekat kedua-dua tokoh besar ini,namun pemergiannya tetap meninggalkan kesan dalam diri. Kedua-duanya mengadap Ilahi pada tarikh yang sama cuma waktu yang berbeza.

Hasbullah Awang tidakdinafikan seorang pengulas sukan tersohor yang tiada tolok bandingnya. Penyampaiannya memukau pendengar dan penonton. Pengetahuannya dalam sukan yang diulasnya mendalam tanda beliau tidak mengulas dengan tangan dan minda yang kosong. Bahasanya juga sangat menarik. Itulah Hasbullah Awang yang tiada penggantinya. Keinginan untuk menonton sebarang perlawanan yang disiarkan secara langsung di kaca tv pada saya dipengaruhi juga oleh siapa pengulasnya. Pengulas membuatkan kita semacam berada di medan perlawanan. Kelebihan Hasbullah ialah beliau berjaya menarik kita sama di padang bola.

Ribuan yang hadir di hari permakaman Nik Aziz sudah cukup untuk menggambarkan bahawa kedudukannya sebagai ulama terunggul tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun oleh kawan mahu pun lawan.Saya sendiri melihat bahawa beliau adalah contoh pemimpin Islam yang wajar dicontohi, serba sederhana dalam kehidupannya. Beliau tidak tinggal dalam rumah besar, tiada juga kereta besar.

Pena Tumpul - Ingin lihat Rahim Razali mengulas sukan semula


Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...