K ata orang tua-tua "sikit-sikit lama jadi bukit". Ia berkaitan dengan amalan menyimpan duit sedikit demi sedikit. Waktu kecil-kecil dulu saya selalu disaran oleh ayah ibu supaya menyimpan duit. Dulu ayah beri 30 sen sahaja untuk belanja sekolah. Sekitar 70an dulu, 30 sen agak besar nilainya. Selalunya saya akan simpan 10 sen dalam tabung ayam.Saya tidak pernah gagal melakukannya setiap hari sehinggalah saya tamat sekolah. Kalau waktu raya, bila ada saudara mara yang datang makin bertambahlah wang tabung saya. Bila tabung ayam penuh, akan pecahlah tabung itu. Duit yang terbarai bukan hendak dibelanjakan tetapi disaran pula oleh emak agar menyimpannya di Pejabat Pos. Dulu, menyimpan wang di bank hanya untuk orang yang banyak duit sahaja. Amalan menabung saya lakukan tanpa gagal. Hasilnya bila sahaja saya tamat Tingkatan Lima duit yang terkumpul mencecah hampir empat ribu. Hati gerang bukan kepalang. Dalam hati sudah berkira-kira hendak membeli apa-apa yang diidam. Mahu beli ...