Skip to main content

Poligami

Poligami adalah isu yang sangat sensitif kepada kaum Hawa. Hampir semua wanita jika diajukan tentang poligami rata-rata menolaknya mentah-mentah. Memang wanita sangat benci kepada hidup berkongsi pasangan ini. Kebencian mereka tentunya berasas kerana tidak seronok untuk berkongsi suami. Malah dalam keadaan yang melampau, ada isteri yang lebih rela dilepaskan daripada hidup bermadu jika suaminya berkahwin baru.Begitulah senario biasa kita lihat tentang poligami.

Pun begitu, sewaktu raya baru lepas,saya melihat poligami dipamerkan dalam bentuk yang sangat luarbiasa dan menakjubkan. Sepupu saya yang hampir sepuluh tahun tidak pernah bersua berkunjung ke rumah membawa bersamanya dua orang isteri serentak. Isteri pertama bersekali dengan tiga orang anak,manakala isteri muda yang baru dinikahinya beberapa bulan lalu masih belum bergelar ibu. Isteri baru dinikahi atas permintaan bapa perempuan yang terhutang budi dengannya lalu mewasiatkan supaya mengahwini anaknya itu dan sekaligus memegang jawatan penting dalam syarikat isteri mudanya itu.  Saya tidak pernah menyangka dia akan memegang tangan Tok Kadi sebanyak tiga kali. Dia pernah berkahwin dan memperoleh dua orang anak dengan isteri pertamanya dulu. Selang beberapa tahun, kahwin untuk kali kedua dan kali ketiga. Dia memang hebat. Atau memang dia terpilih untuk berpoligami.

Khabarnya setelah selesa berjalan bersama begitu,dalam masa terdekat bercadang pula untuk tinggal sebumbung. Pasti ada rahsia yang tersembunyi sehingga sesuatu yang sukar menjadi begitu senang kepadanya.

Sekurang-kurangnya persepsi yang tidak baik tentang poligami dikendurkan oleh pasangan Badrul Hisham ini yang pernah jatuh bangun dan susah senang dalam meniti hidupnya dulu.

Pena Tumpul - Teringat episod hidupnya yang pernah menyewa bilik yang semuat-muat untuk tidor sahaja



Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...