Skip to main content

Kulit

Sejak memiliki kenderaan sendiri, menaiki kenderaan awam bukanlah satu keperluan lagi. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya naik bas mahu pun teksi. Petang ini bila keperluan naik teksi itu datang semula, saya sangat teruja. Walaupun perjalanan sangat singkat namun saya belajar sesuatu yang berharga dalam hidup. Bahawa dalam hidup ini setiap orang dilahirkan sama walaupun berbeza warna kulitnya.

Di kerusi belakang, duduk seorang wanita yang  putih kulitnya bersama anak perempuannya yang berusia enam tahun. Dari awal perjalanan lagi, saya dapat mendengar perbualan rancak si anak dan ibunya.Saya dengar anak yang petah bercakap itu menyatakan rasa takutnya kepada pemandu teksi di sebelah saya.

"Ibu, apakah orang ini penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?"
Pemandu kulit hitam itu terdengar pertanyaan budak perempuan tersebut. Dia agak terkilan mendengarnya. Ya, memang pemandu teksi itu hitam kulitnya tidak seperti anak dan ibunya. Saya pula tidaklah putih dan tidak juga hitam,sawo matang kata orang.

Mendengar pertanyaan anaknya, si ibu berkata pada anaknya,
“Pakcik ini bukan orang jahat, dia orang yang baik.”
Anak itu terdiam sejenak, lalu bertanya lagi ,“Jika dia bukan orang jahat, mengapa kulitnya begitu hitam?” Saya sempat menoleh pemandu teksi itu yang agak terkejut sambil matanya pula berkaca- kaca menahan sebak, pun begitu dia hanya diam. Dia tentunya tertunggu-tunggu jawapan ibu itu terhadap soalan anaknya tadi. Ibunya menjawab, “Dia orang yang sangat baik, juga tak pernah buat jahat. Bukankah bunga2 di kebun rumah kita ada yang berwarna merah, putih, kuning dan berbagai.bagai lagi warna?

“Ya, betul ibu!. jawab anaknya. "Bukankah biji benih dari semua bunga tersebut berwarna hitam?”tambah ibunya lagi,
Anak ini berfikir sejenak, “Benar ibu! Semuanya berwarna hitam.”
"Benih hitam itu yang memekarkan bunga-bunga berwarna-warni yang indah, sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga, bukankah begitu?", terang si ibu.

“Benar ibu!”, anak itu seakan tiba-tiba tersedar dan berkata,
"Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat! Terima kasih pakcik ! Pakcik telah membuat dunia menjadi penuh warna-warni..."

Anak itu kemudiannya meminta maaf kepada pemandu teksi  tersebut kerana bersangka buruk dengannya. Pemandu teksi itu saya lihat tersenyum lebar. Saya kagum dengan si ibu yang bijak memberikan jawapan.


Pena Tumpul - Bukan rasis

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...