Skip to main content

Hafiz(revisited)

Tujuh tahun yang lalu...

Hafiz semakin bijak bercakap. Setiap patah yang terpacul dari mulutnya terungkap jelas, tidak pelat langsung. Kepetahan anak kecil berusia 2 tahun lebih ini acapkali mencetuskan derai ketawa di kalangan kami. Malam tadi, ketika saya berkunjung ke rumahnya, Hafiz berkeras untuk mengikut kami pulang. Walaupun dipujuk oleh ibunya, Hafiz tetap dengan pendiriannya. Saya dan mama tidak berupaya menahan kemahuan Hafiz, walaupun ibunya sebenarnya agak keberatan untuk melepaskannya; bimbang kalau Hafiz menangis di tengah malam. Syukur, Hafiz tidor nyenyak hingga ke pagi.

Hafiz dibawa bersarapan roti canai, kegemarannya. Di sebelah petangnya kami membawanya ke stesyen keretapi namun kami tidak mampu memenuhi keinginannya untuk menaiki keretapi yang sudah kerapkali keluar dari mulutnya. Hafiz menangis semahunya. Kami katakan kepadanya mungkin dilain kesempatan. Untuk memujuknya saya sempat membawanya ke Taman Permainan sebelum dijemput oleh ibu dan bapanya. Sehari semalam bersama anak saudara yang satu ini membuat hati kami terhibur.

Haziq dilihat sangat berat untuk berpisah dengan sepupunya ini.Sesekali dia merengek kepada mamanya, supaya "melahirkan" seorang adik untuknya. Ia sekadar rengekan!

Pena Tumpul - Harap Hafiz jadi doktor

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...