Skip to main content

Posts

Rotan

" T engok ni, Haziq kena rotan hari ni, ". Haziq menunjukkan kesan birat di ponggong kepada saya dan mamanya sesampai sahaja di rumah. Kami berdua tidak terkejut kerana sudah mengetahuinya daripada Angahnya. "Padan muka, semalam lawan cakap mama kan. Tengok dah dapat balasannya. " Mama menggunakan peluang itu untuk melepaskan rasa kecewanya kepada Haziq yang menyinggung hati kecilnya semalam. Kata mama, Haziq marah-marah balik dari sekolah semalam kerana mama tidak memasakkan untuknya telur goreng berempah seperti yang dijanjikan sebelumnya. Mama kata Haziq bikin kecoh di dapur dan mogok tidak mahu makan. Saya tidak enak mendengar Haziq sampai begitu tindakannya terhadap mamanya. Saya memilih untuk tidak menyebelahinya pun walau dia kata mamanya sengaja tidak menunaikan janjinya. Saya nasihatkan Haziq, walau pun mama salah dia tidak sepatutnya bertindak melawan mamanya begitu. " Tidak baik melawan cakap mama tau, berdosa. Haziq perlu minta maaf dengan mama dan ...

Peperiksaan

B anyak pihak yang bersuara dalam memberi reaksi balas kepada cadangan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan. Pelbagai pandangan yang terpacul. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju. Namun lebih banyak pandangan yang menjurus supaya cadangan ini dihalusi sebelum sebarang kata putus dibuat. Perlu dilihat perlu tidaknya untuk kedua-dua peperiksaan awam ini diteruskan. Saya melihat para pelajar sekarang dihimpit dan ditekan untuk memburu "A". Malah di kebanyakan sekolah silibus sudah habis dijelajah pada awal-awal tahun lagi. Selebihnya bulan-bulan yang bersisa diguna untuk membalun habis-habisan soalan-soalan tahun lalu. Para pelajar akan di"dera" semahunya dalam mempersiapkan diri untuk berdepan dengan peperiksaan. Matlamatnya tidak lain, kecuali untuk menghimpun sebanyak "A" yang boleh. Pantakan terhadap pelajar tidak berakhir di kelas. Setibanya di rumah belum pun kering air basuh tangan selepas makan tengahari, ibu dan bapa sudah mengom...

Kebun

K ata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.Kerjaya tukang kebun perlu dinaik taraf sebagai pekerjaan profesional terutama yang melibatkan industri pelancongan di negara ini. Katanya lagi pekerjaan tukang kebun perlu dipandang tinggi dan dihargai kerana kemampuan mereka menghasilkan taman bunga yang indah dan kreatif sehingga mampu menarik pelancong ke negara tersebut. Lazimnya pekerjaan tukang kebun tidak pernah dipandang tinggi pun. Itu realitinya. Pekerjaan ini tidak pernah menjadi kerjaya pilihan utama pun kecuali sebagai pilihan terakhir. Itu pun kerana kelayakan yang ada tidak memungkinkan untuk memilih kerja yang lebih baik dari itu. Saya sendiri pernah meletakkan Haziq di posisi tukang kebun sekiranya dia malas belajar. Dia pantas menolak kerana kerjaya tukang kebun tidak dipandang tinggi. Dia mahu kerjaya yang lebih baik dari itu. Saya kata kalau begitu, kenalah belajar rajin-rajin dan saya berjaya mengubah sikap malasnya itu namun sedikit kecewa kerana pandangan renda...

Bola

P iala Dunia yang menyaksikan 32 pasukan seluruh dunia bertarung untuk merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini bermula hari ini. Saya bukanlah peminat fanatik bola. Bermain bola pun sudah lama ditinggalkan selama saya meninggalkan bangku sekolah. Menonton perlawanan bola pun bukan juga sesuatu yang ditunggu-tunggu seperti kebanyakan orang yang gila bola. Keseronokan menonton bola sudah lama diragut bersama-sama dengan persembahan pasukan kebangsaan yang selalu mengecewakan. Kecewa dengan aksi yang memualkan membunuh terus minat saya untuk terpaku di depan tv berbanding ketika zaman kehebatan Shaharudin Abdullah, M.Chandran, Soh Chin Aun, Ali Bakar, Isa Bakar dan ramai lagi yang pernah memeriahkan dunia bola sepak negara. Selepas era Mokhtar Dahari, dunia bola sepak negara terus suram. Bila Haziq tanya, "Ayah, kenapa ayah tak suka tengok bola?" Jawapan saya mudah. " Dulu melihat perlawanan bola walaupun di layar tv hitam putih amat mengujakan. Ayah dapat rasakan yan...

Tolong

S eorang ibu yang menyara hidup keluarganya dengan harapan setinggi langit merayu kepada saya, "Encik Kamil, tolonglah saya dapatkan tempat untuk anak saya di UiTM. Dia minat sangat nak belajar di UiTM." Saya tengok keputusan SPM anaknya dan saya kira cukup layak untuk di pertimbangkan belajar di universiti yang sinonim dengan orang Melayu ini. Entah di mana silapnya permohonannya dahulu ditolak ketika rakan-rakannya yang lain diterima masuk. Ini yang menggusarkannya, kata ibunya. Dia ingin sama belajar dengan mereka termasuk anak saya yang juga diberi peluang untuk belajar di universiti mega ini. "Saya tidak boleh janji apa-apa. Saya akan majukan permohonan ini ke UiTM Shah Alam dan tengoklah macam mana nanti. Kalau ada rezeki, adalah" , saya memberinya sedikit harapan. Saya sedar saya bukan berada di kapasiti yang cukup ampuh untuk menyediakan tempat belajar untuknya. Siapalah saya. Namun jauh di lubuk hati kecil saya, saya amat berharap dapat merealisasikan imp...

Belanja

K ata orang makanan yang paling sedap sekali ialah bila makanan itu orang yang belanja. Selalunya bila kita tahu bukan kita yang perlu bayar, kita akan minta semahu-mahunya apa yang teragak di rasa. Minta apa sahaja kerana akhirnya yang membayar bukan kita. Sungguh tidak eloknya begitu. Petang ini, bapa mentua mempelawa saya sekeluarga makan di luar. Agak terkejut juga, kerana beliau bukanlah selalu sangat menawarkan peluang makan "free" begini. Namun kata orang rezeki jangan ditolak kerana peluang makan begini bukan selalu hadirnya. Haji Muda ini memang murah sangat rezekinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sesekali beliau ingin berkongsi rezeki yang dinikmati dengan dua orang anak perempuanya bersekali dengan dua menantunya dan empat orang cucunya yang tidak pernah bertambah bilangannya itu. Keluarga kami memang kecil. Sebab itu, apa sahaja yang didamba cucu-cucu yang berempat ini mudah sahaja ditunaikan. Di Juara Ikan Bakar, kami melabuhkan punggung. Pada mulanya ...

Pelukan

" S eorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun." Itu kata pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah yang didengar lagi celotehnya lewat Sinar FM awal pagi ini. Sekali lagi isteri yang duduk di sebelah tersenyum lebar. Saya tahu kenapa dia tersenyum. Mungkin saya tidak memeluknya seragat yang dianjurkan oleh Dr Fadzilah. berkata, fakta tersebut berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. " Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, " katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selai...

Merajuk

I steri yang duduk di sisi cepat mencelah apabila Dr Fadzilah Kamsah kata lelaki tidak sepatutnya merajuk. Cuma perempuan sahaja yang layak untuk merajuk. "Dengar tu, abang kan kuat merajuk, mana boleh" , katanya. Saya memilih untuk tidak bersetuju dengan kenyataan pakar motivasi tersohor ini yang didengar lewat Sinar FM awal pagi ini. Lelaki juga punya perasaan dan kerana itu tidak ada sebab mengapa lelaki tidak boleh merajuk. Tetapi tidaklah seteruk wanita rajuknya. Bunyi macam pelik apabila ada lelaki yang merajuk. Namun itulah realiti.Pastinya ada sebab mengapa lelaki merajuk. Faktor cemburu boleh dilihat sebagai faktor utama kenapa lelaki merajuk. Lelaki dihinggap rasa cemburu apabila ada pihak lain yang cuba mengambilalih tumpuan dan perhatian pasangannya daripada dirinya.Kalau pasangan dilihat begitu mesra berbual dengan kawan-kawan tiba-tiba terbit rasa cemburu ini lalu merajuklah dia. Kadang-kadang kerana begitu asyik dengan pekerjaan sampai terjejas perhatian kepad...

Senangnya

D ila aka Diko diberitahu oleh mama longnyanya berazam cukup tinggi untuk muncul antara 10 pelajar terbaik dalam peperiksaan setengah tahun yang sedang dihadapinya. Dia mahu menjadi lebih baik daripada Haziq sepupunya. Haziq dan Dila memang bersaing sesama mereka. Kedua-duanya sentiasa sahaja mahu dilihat sentiasa lebih baik. Saya kagum dengan semangat berlumba-lumba yang mereka pamerkan. Malam tadi Haziq memberitahu saya tentang Dila yang tidak berapa enak didengar. Dila dikatakan tidak bertungkus lumus menyiapkan dirinya untuk peperiksaan itu sebenarnya. Berbanding Haziq yang lebih bersungguh-sungguh, Dila seolah-olah tidak ambil kisah langsung dengan buku-bukunya tetapi dilihat banyak menghabiskan masa depan tv sambil di selang seli dengan kemaruknya terhadap Facebook. Saya hairan kerana ketika dia begitu berazam sangat untuk menggapai kecemerlangan, dia dilihat pula bersantai sahaja. Senangnya dia melakar impian begitu. Tanpa jerih, tanpa usaha. Saya tidak mahu dia leka begitu ker...

Kerjarumah

"Kan bagus kalau duduk rumah, buat kerja rumah, masak ke, cuci baju dan kemas rumah, bila mama balik kan senang semua dah siap, Lagi pun itu tugas suami tau! " S aya bercuti hari ini dan sepanjang hari duduk di rumah. Isteri saya menjangkakan malah mengharapkan bila saya bercuti kerja-kerja rumah boleh saya bereskan. Dia sebenarnya mengusik saya. Membuat kerja-kerja rumah bukanlah asing pada saya. Dari mencuci kain, menyidainya pula dan kemudian mengangkitnya malah melipatnya dan menyusun rapi di almari pakaian tidaklah susah sangat untuk dilunaskan. Saya selalu melihat adalah tidak adil untuk meletakkan beban kerja rumah di atas bahu isteri semata-mata. Sebab itu saya tidak betah hanya sekadar lepas tangan sahaja. Lagi pun seronok kalau rumah yang kita diami kemas dan selesa. Cumanya keghairahan untuk memasak itu memang tidak pernah singgah di hati. Sebabnya memang tidak pandai masak pun. Lagi pun isteri lebih wajar untuk melakukan tugas memasak untuk suaminya. Melakukan ker...

Wujud

H ari ini tidak semena-mena Haziq bertanya tentang kewujudan Allah. Satu soalan yang agak berani keluar dari mulutnya, "Kenapa Allah tidak boleh dilihat' ? Saya tahu dia tidak berniat hendak menafikan kewujudan Allah. Dia cuma ingin sangat tahu jawapan kepada persoalan yang mungkin sudah lama bermain di kepalanya. Saya percaya Haziq bukan sendirian berdepan dengan persoalan ini. Malah ada yang berhujah bahawa setiap benda yang wujud, sepatutnya boleh dilihat. Berdasarkan premis mudah itu, Allah juga sewajarnya boleh dilihat kerana Allah wujud. Saya katakan pada Haziq bahawa bukan semua benda yang wujud boleh dilihat. Sebagai contoh, kuman dan bakteria wujud, namun kita tidak boleh melihat kewujudannya dengan mata kasar sehinggalah mikroskop dicipta. Begitu juga dengan angin dan udara termasuk kentut yang bangar baunya itu. Kewujudannya tidak dinafikan namun tidak pula bermakna kita sampai boleh melihatnya. Itulah hakikatnya yang perlu kita terima. Saya ceritakan kepadanya sebu...

Titik

S aya mengambil "marker pen" dan meninggalkan satu titik di atas papan "whiteboard" Saya tanyakan kepada Haziq apa yang dilihatnya. Jangkaan saya dari awal tidak silap. Haziq kata dia nampak titik hitam. Saya mengharapkan dia memberitahu saya bahawa dia nampak "whiteboard " dan bukannya titik hitam yang amat kecil itu. Haziq tidak keseorangan. Saya juga akan nampak titik hitam itu lebih daripada "whiteboard" itu sendiri. Kita selalunya lebih nampak yang kecil-kecil daripada yang besar. Sesuailah kata pepatah lama, "Kuman seberang laut boleh pulak kita nampak, tetapi gajah yang tertonggok depan mata buat-buat tak nampak aja". Selalunya juga apabila benda-benda baik yang kita buat jarang sangat hendak di tonjolkan. Tabiat orang kita agaknya lebih tertarik untuk menggembar gemburkan benda-benda yang tidak elok walaupun ia cuma perkara kecil sahaja. Kita lebih berminat untuk memfokuskan minda kepada sisi negatif sampai mengkesampingkan s...

Pakaian

"Ada jugak yang pakai t-shirt datang ke majlis malam ni". B egitu kata-kata tersebut di dengar dilontarkan dari sebuah mulut sebaik sahaja saya, isteri dan Haziq melewati sekelompok orang yang dilihat lengkap berbaju Melayu dan kemas bersongkok. Saya amat sedar saya tidak berbaju Melayu seperti kebanyakan mereka yang hadir malam terakhir tilawah AlQuran di Dataran Segamat. Kata orang saya ini disifatkan tidak mengikut masbuk orang. Sepatutnya saya juga berbaju Melayu seperti yang lain. Saya seharusnya tahu menyesuaikan diri dengan keadaan. Saya cuba bersetuju dengan lontaran suara tadi. Bak kata orang, "masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau kenalah kita mengaum". Atau kata pepatah Inggeris " When in Rome, do as Roman do" Namun di lihat dari sisi lain, saya boleh sahaja untuk memilih tidak ambil peduli dengan apa orang lain kata. Justeru bukanlah sangat soal pakaian yang perlu dititikbengikkan. Saya hadir dengan niat untuk menghayati bacaa...

Hikmah

S elalu orang berkata setiap apa yang berlaku baik atau buruk pasti ada hikmahnya. Sebagai orang mukmin kita sewajarnya tidak perlu mempersoalkan apa yang berlaku. Kalau baik yang datang kita sepatutnya bersyukur. Sebaliknya kalau buruk yang kita dapat, anggaplah ia sudah ketentuan dariNya yang mungkin berpunca dari kelemahan kita juga. Yang penting kita bersabar menerima apa sahaja yang berlaku. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya.Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya.Mereka menerima yang buruk dengan sabar,namun dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada Allah. Banyak kejadian dalam hidup kita yang memperlihatkan soal hikmah ini. Kita mungkin sedar atau buat-buat tidak sedar. Misalnya, petang ini Haziq merungut kerana tidak boleh bermain bola seperti mana biasa hanya kerana diminta mama untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan minggu depan. Dia didengar mengomel sendirian dan membaca dalam keadaan yang terpaksa. Lewat petang...

Cinta

H aziq baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka. "Astaghfirullah ", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah , indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu," kau kenalkah gadis itu? " “Kenal. Dia sungguh berbud...

Ibu

S aya berpeluang menonton drama televisyen sempena Hari Ibu lewat TV3. Kisah anak- anak yang tidak sepakat dan ibu yang naif. Klise dan stereotaip. Naskhah Rashid Sibir berjudul "Serapuh Arang" gagal menyajikan tema yang mengangkat darjat seorang insan bernama ibu. Seperti biasa Rashid bermodalkan tema yang melankolik disulam dengan lagu mendayu dendangan Kartina Dahari untuk meraih simpati penonton dan sekaligus mengundang rasa sebak. Seorang ibu yang gigih, lakonan Khatijah Tan, telah bekerja selama 30 tahun di sebuah kilang arang untuk menyara dua orang anak lelakinya setelah kematian suami. Anak sulung, Yusuf sanggup berhenti kerja di bandar untuk menemani ibunya sambil bekerja di kilang arang yang sama. Anak kedua, seorang kontraktor yang kerjanya hanya menuruti kemahuan isteri, bekas penari kelab malam.Si abang menyerahkan wang gajinya untuk disimpan oleh si ibu sebagai persediaan perkahwinan dengan Nor, teman sekerja di kilang arang.. Malangnya, secara diam-d...

Bakti

U stazah Siti Norbahyah yang digandingkan dengan Ustaz Kamarudin dan Ustaz "favourite' saya Ustaz Zahazan dalam Forum Perdana Ehwal Islam TV1 bercakap tentang hikmah berbakti kepada ibubapa. Dia memaparkan sebuah kisah yang cukup menarik untuk dijadikan tauladan. Kata Ustazah, Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin Ifrit menyelam ke dalam lautan hingga sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan. Dengan pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. Nabi Sulaiman kehairanan. Pemuda itu menceritakan riwayatnya sehingga memperolehi karamah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehin...

Tiang

S aya cuba diyakinkan berkali-kali oleh Edy bahawa adalah cukup selamat tanpa meletakkan tiang tengah di antara dua batang tiang berjarak 30 kaki itu. Namun saya melihat sebaliknya. Dalam jarak yang agak luas begitu saya khuatir kalau "beam" di atasnya tidak mampu menampung beban kayu dan atap yang bukan kepalang beratnya nanti. Ada kemungkinan "beam " itu akan melendut dan akhirnya runtuh. Ia mungkin tidak berlaku dalam jangka pendek tetapi dalam jangka panjang kemungkinan itu pasti ada. Saya dan isteri memang dari awal yang meminta agar tiada tiang tengah kerana ia dilihat mengganggu, tetapi antara yakin dan tidak yakin pula. Namun, apabila Edy kata besi yang lebih besar saiznya di gunakan khas untuk "beam" tersebut barulah saya berpuas hati bahawa adalah cukup selamat tanpa tiang tengah itu. Begitulah, ada kalanya sesuatu bangunan itu perlu di lihat cukup selamat di mata orang ramai. Ia perlu dilihat amat kukuh dan tidak sampai membahayakan orang. Pent...

Tempelak

"Inilah kerja anak orang 'baik-baik', naik motosikal tanpa lesen dan langgar anggota kita yang sedang melakukan tugas." Itu kata Musa Hasan ketika ditemui selepas melawat seorang anggota trafik, Sarjan Roslan Bachik, 49, yang patah kaki kanannya akibat dirempuh dalam sekatan jalan raya kelmarin, di Hospital Serdang hari ini. Saya faham perasaan Ketua Polis Negara itu. Ia pastinya ada kaitan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun yang ditembak polis beberapa hari yang lalu dan mendapat perhatian yang luar biasa. Ia mungkin satu tempelak kepada para ibu bapa bahawa anak-anak mereka baik dan tidak boleh disalahkan. Saya sendiri amat simpati dan sedih dengan kematian itu dan tentunya apatahlagi perasaan yang di alami oleh ibu dan bapa remaja berkenaan. Kematiannya memang meraih simpati ramai orang. Namun untuk menyalahkan pihak polis bukanlah satu tindakan yang adil. Pun begitu usaha untuk menyiasat kes ini untuk berlaku adil kepada keluarga mangsa memang tepat. C...

Drama

S aya menonton drama yang boleh dikatakan menarik lewat TV2. Kebun Getah Tok Ayah membawa tema cerita yang sudah biasa sangat di angkat dan dipaparkan cuma pendekatannya dilihat menarik dan berkesan. Suasana kampung menguatkan lagi drama ini. Ia mengisahkan suami berusia terpikat dengan wanita muda hingga mengabaikan keluarga. Ia bukanlah isu baru pun dalam masyarakat kita. Meskipun sedar impak yang bakal diterima atas tindakan mereka itu namun sang suami nekad untuk mengecap bahagia bersama isteri muda yang belum tentu menjamin kebahagian berkekalan lama.Keseronokan mengulit bahagia bersama teman baru ‘membutakan mata’ mereka soal tanggunjawab terhadap isteri dan anak-anak yang terbiar tanpa pembelaan. Malah terus luput daripada ingatan tentang kenangan manis yang pernah dilalui bersama. Kisah bermula dengan babak-babak ketenangan hidup Tok Ayah sekeluarga bersama isteri dikenali sebagai Lijah dan anak tunggalnya, Adam. Begitu pun situasi tenang mula berkocak setelah kehadi...